Peminat Setia

Tuesday, October 18, 2011

Kisah Kita - BAB 1


“Hoi! Korang semua ni apesal? Dah tak ada duit sangat ke sampai budak perempuan yang bukan tandingan korang nih pon korang nak buli?”sergah Fairuz menyebabkan lima orang budak lelaki yang giat membuli seorang pelajar perempuan itu lari lintang-pukang.

 Siapa yang berani melawan kata-kata Fairuz, pelajar tingkatan lima Alpha merangkap ketua pengawas sekolah itu.

 “Awak taka pa-apa?” soal Fairuz kepada pelajar itu.

            “Saya taka pa-apa” balas pelajar itu.


‘Fulamak, suara awek nih buat iman gua goyah lah pulak’ detik hati kecilnya. Dipandangnya pelajar tersebut dari atas ke bawah dua tiga kali.

            “Awak budak baru ke? Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni?” soal Fairuz bagi mengelak daripada perlakuannya sebentar tadi daripada diketahui pelajar tersebut.

            “ Yup. Saya plajar baru kat sekolah ni. Terima kasih ya, sebab tolong saya sebentar tadi. Nama saya Putri.” Balas pelajar tersebut sambil memperkenalakan dirinya.

  “Saya nak ke pejabat, erm boleh awak tunjukkan jalannya?” soal Putri dengan secebis senyuman yang manis.

    ‘Errk! Adush senyuman yang bias mencairkan hati aku la pulak minah ni bagi’getus hatinya.

     “ Boleh la lagipun saya rasa memang tanggungjawab saya sebagai ketua pengawas untuk melayan tetamu di sekolah ini. Hahahaha.”usik Fairuz.

Selesai dengan urusan pelajar baru itu, Fairuz melangkah keluar dari pejabat dan menuju kearah kelas lima Alpha.

“Ruz aku dengar cerita kau ada selamatkan seorang awek daripada dibuli dengan budak-budak tingkatan empat tadi. Betul ke?” soal Rizal, sahabat baik Fairuz sejurus dia duduk di tempat duduknya.

“Ye. Memang betul pun. Biasalah lelaki budiman macam aku ni memang pantang nampak budak perempuan dikasari budak lelaki. Dayus!” balas Fairuz.

“Budiman lah sangat kau tuh. Bukan semalam kau ade buli kakak kau ker mase kau nak makan aiskrim? Hahaha!” usik Rizal.

“ Budak baru tu kelas ape?”soal Rizal.

“Mana aku tau. Aku tolong tunjuk jalan kat budak tu je kot bukannye aku pergi menyibuk sekali kat dalam bilik pengetua tuh” balas Fairuz sambil tangannya laju menyelak buku Biology SPM.

Krrrrriiing!!!!!

    Bunyi loceng itu menyebabkan kelas lima Alpha yang hiruk-pikuk kembali senyap. Satu minit kemudian kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi. Siapa lagi pemakainya kalau bukan Cikgu Patimah, yang mengajar subjek Biology kelas tersebut dan merupakan guru kelas lima Alpha. Seketika kemudian kedengaran suara ketua tingkatan memberi salam diikuti suara pelajar lain.

    “Baiklah hari ini saya nak kamu semua buat kerja sendiri ye sebab saya ada urusan dekat pejabat. Saya tak nak dengar suara kelas kamu nanti masa saya berada di pejabat. Fairuz awak dan Luqman tolong jaga kelas ni ya.”kata Cikgu Patimah sejurus sahaja menjawab salam yang diberi oleh anak muridnya.

    “Baik cikgu.” balas Fairuz dan Azri serentak. Seketika kemudian Cikgu Patimah melangkah keluar dari kelas itu.

    “Fairuz kau tolong jagakan kelas ni sekejap ye, aku nak pergi kelas sebelah sekejap” kata Luqman.

            “Yelah cepat sikit tau kau tu ketua kelas. Kau nak pergi kelas sebelah kenapa pulak?”soal Fairuz yang kehairanan apabila melihat Luqman membawa sebuah bungkusan besar menuju ke pintu kelas.

    “Ok. Aku pergi sebelah sebab nak bagi awek aku hadiah ni. Well kan hari ni genap lima tahun kita orang jadi couple. Hahahaha.” balas Azri.

    “Yelah-yelah, kau pergi la. Tapi jangan sampai kantoi pulak dengan Cikgu Azmi sebab tadi aku ada nampak dia tengah merayau kat blok sebelah.”kata Fairuz.

    “Errkkk. Dia tengah merayau eh? Oklah aku kena pergi cepat nih. Gerak dulu ye bro.” balas Luqmani.

    Siapa yang tak tahu tentang kisah percintaan Luqman dan Amalina yang  sudah lima tahun usia perhubungan mereka.

            “Kau tengok Fairuz bahagia jer diorang tu. Sudah-sudah la. Jangan kau ingat lagi kisah percintaan kau dan Nora. Biarlah kisah itu berlalu. Tak tenang roh dia Ruz” tegur Rizal yang tahu bahawa Fairuz sedang mengenang kisah percintaannya dengan Nora yang telah meniggal dunia akibat leukemia. 

    “Kau ni kenapa Zal? Bila masa pulak aku ingat pasal kisah cinta kita orang.” balas Fairuz yang cuba menutup kesalahannya.

    “Aku kenal kau Ruz. Nampak jer ok kat luar tapi kat dalam kau tengah merintih kan?” soal Rizal.
            Fairuz bungkam dan bergerak menuju ke mejanya. Dia menekup mukanya ke atas meja itu. Rizal yang perasan dengan perlakuan sahabat baiknya itu, bergerak ke meja rakannya.

            “Eh Fairuz kau marah aku ke?”soal Rizal.

    “Erm. Mana ade. Aku tengah pikir ape yang kau cakap tu ade betulnye jugak. Ko tau la kan aku nih nampak jer ganas, tapi dalam hati ada taman kan. Aku pun memang tengah dalam proses melupakan kenangan yang memedihkan tu.”balas Fairuz.

    “Oklah kalau macam tuh. Aku tau macam mana nak lupakan Nora. Kau cubalah cari pengganti dia.”cadang Rizal.

    “Yelah aku cuba cara tu. Tapi siapa?”soal Fairuz kembali.

    “Aku yakin Allah akan tunjukkan siapa yang patut kau pilih.”balas Rizal.

    Fairuz mengangguk tanda bersetuju. Dia percaya bahawa setiap yang terjadi di atas muka bumi ini belaku atas ketentuaan Allah sejak azali lagi dan dia juga sering berdoa agar roh Nora sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

3 comments:

potia casadelarossa said...

pergh... jajam... terer la ko...

webmaster said...

good job. buat sampai abis pastu jumpa saya kita cuba terbitkan citer ni.. so sila buat copy right utuk kisah kita ni..

Lovarica de Bueno said...

waah! pandai gak awak buat novel! good job! :)

Random Quote GBS