Peminat Setia

Tuesday, October 18, 2011

Kisah Kita -BAB 2


    
       Sudah masuk waktu ke dua bagi matapelajaran Biologi kelas lima Alpha namun kelibat Cikgu Patimah masih tidak kelihatan. Suasana kelas yang ditinggalkan sunyi kini sudah riuh.

            “Wei! Cikgu Patimah dah nak sampai la. Ada awek ikut dia. Cepat buat-buat bace buku daripada kena denda nanti.”arah Fairuz apabila bayangan Cikgu Patimah kian menghampiri kelas mereka.

            “Maaf ya, hari ini kita tidak dapat belajar seperti biasa kerana hari ini ada rakan baru yang akan menjadi ahli kelas kamu. Jadi tadi saya terpaksa tinggalkan kamu semua untuk menguruskan rakan baru kami ini. Baiklah mari sini Putri, perkenalkan diri kamu sekali ya.

            ‘Eh! Ni awek yang aku selamatkan tadi. Rupanya dia kelas aku. Ada chance la aku nak usher dia nih. Yeah!’gumam Fairuz dalam hatinya.

            “Assalamualaikum. Nama saya Putri Adlina Bt Ramli. Saya berasal dari Melaka tetapi sebelum ini menetap di Pekan, Pahang kerana ikut keluarga berpindah. Sila beri tunjuk ajar kepada saya ya. Saya ada pantun sikit untuk kamu semua. Ini pantunnya ‘Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan’. Sekian”ucap Putri sambil tersenyum kepada Fairuz kerana terkenangkan saat dia di buli sebentar tadi.

            ‘Amboi! Minah ni nak try aku ke apa? Senyum-senyum kat aku pulak. Bibir dah lah seksi. Gigit karang.GRRRR’omel Fairuz sambil membalas senyuman kepada Putri.

            “Wah! Bukan main lagi berpantun ya ucapan awak . Tak pernah pun murid yang baru masuk kat kelas ni sebelum ini bagi ucapan macam awak. Dah awak pergi lah duduk di tempat kosong di sebelah Jannifer tu ya.”

Kelas diteruskan sehingga tamat waktu matapelajaran Biologi dan diteruskan dengan waktu-waktu matapelajaran yang lain. Sepanjang proses pembelajaran hari tersebut Fairuz tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiaannya kerana dia asyik melihat gaya Putri berbicara. Petah. Sama seperti…. Nora.

    “Wei Ruz apesal pulak aku tengok ko punya mata dah berair tuh? Ko teringatkan Nora ke?”tegur Rizal yang pelik dengan kelakuan sahabatnya sepanjang hari.

    “Eh! Mana ada. Aku punya mata masuk habuk lah lagipun kan aku dah kata kat kau yang aku dalam proses melupakan dia Zal.”balas Fairuz yang cepat-cepat menyembunyikan kesedihan hatinya dengan mengesat air mata tiba-tiba sahaja rasa hendak keluar tanpa disedari.

    Sekembalinya Fairuz daripada sekolah Fairuz terus mandi dan menyalin pakaian dan kemudiannya menunaikan solat Zuhur. Dalam doanya hari itu dia meminta Allah agar dia dapat memulakan hidup baru tanpa kenangan Nora.

    “Ruz duduk sini jap mak nak cakap dengan kau.”tegur Pn Zai yang pelik melihat perangai anak lelaki bongsunya itu yang dilihatnya sejak tadi asyik tersenyum sendirian padahal rancangan yang ditontonnya bukanlah rancangan yang mempunyai unsur humor seperti rancangan Senario.

    “Kenapa pulak mak? Orang ada buat salah ker?”soal Fairuz yang merasa janggal apabila dipanggil ibunya sebegitu cara. Dia tidak menyangka kelakuannya yang asyik tersengih memikirkan kepetahan dan gaya percakapan Putri yang mirip Nora itu diketahui oleh ibunya.

    “Kau tu mak tengok dah macam orang gila jer. Asyik tersengeh seorang-seorang dah macam kerang busuk jer.”kata Pn Zai.

    “Mana ada orang tersengeh pulak nih. Orang tengah tengok tv nih. Cara orang ni masak western food lain macam lah. Sebab tu lah orang tersengeh tu.”balas Fairuz yang cuba “mengcover” malunya apabila ibunya perasan kelakuannya.

    ‘Habis lah aku macam mana pulak boleh kantoi dengan mak aku nih? Mungkin dia punya instinct kuat kot tu yang boleh bace isi hati aku’detik hati kecilnya.

    “Banyak lah kau punya alasan. Mak dengar cerita ada budak baru pindah kelas kau, betul ker?”soal ibunya lagi.

    ‘Sah aunty Tim yang bagitahu mak pasal putri ni mentang-mentang dia tuh cikgu kelas aku cerita yang “tak penting” macam ni pon dia bagi tahu mak aku. Tau la adik-dengan mak. Nak jawab ape la lepas ni?’bisik hati kecil Fairuz yang geram dengan perangai mak cik Patimahnya yang suka memberitahu perkembangan terkini kelasnya kepada ibunya.

    “Yup. Memang ada budak baru pon.Kenapa pulak mak nak dia jadi menantu bongsu mak ker?Hahahaha.”balas Fairuz sambil berseloroh.

    “Banyak la menantu bongsu. Kau belajar pon tak habis ada hati nak kahwin pulak. Ruz kejap lagi kita pergi jengok akak kau nak tak sebab mak rindu lah tengok cucu mak yang nakal tu?” soal ibunya.

    “Hmmm. Ok je lah lagipun hari ni kerja sekolah tak berapa banyak. Orang pun rindu jugak dekat Shahrul tu tapi dengan syarat mak kena belanja CoolBlog dulu sebab orang dah lama tak minumCoolBlog Chocolate Oreo Extra Pearl ye mak?”balas Fairuz lagi.

    “Yelah-yelah.”balas Pn Zai ringkas sambil memulakan langkah ke dapur untuk memasak makanan Shahrul iaitu nasi goring kampung dan sebiji telur mata kerbau. Budak kecil itu cukup gemar memakan makanan itu. Mungkin mengikut perangai ayahnya Nazren.

    Setibanya Fairuz di gerai CoolBlog dideretan kedai berhampiran rumahnya, dia perasan kelibat seorang gadis yang bertudung merah sedang menunggu pesanan disiapkan oleh aunty May pemilik gerai tersebut. Rupa-rupanya gadis itu ialah Putri.

    “Dia gadis bertudung merah, hatiku tergoda tergugat…”nyanyi Fairuz ditujukan khas buat Putri.

    ‘Eh mamat budak kelas aku. Overnya dia. Nak usha cakap jer la’gumam Putri dalam hati sambil memberikan senyuman mautnya kepada Fairuz dan menyebabkan Fairuz tersedak akibat menyanyi kerana terkena pukulan maut yang diberikan Putri.

    ‘Amboi! Minah ni buat aku malu je la depan aunty May. Agk-agak lah kalau nak bunuh aku pun dengan senyuman maut kau tuh’detik hati kecil Fairuz pula.

    “Wei! Putri kenapa senyum sampai macam tuh dekat Fairuz, tengok dia sudah tercikik. Kamu OK tak Fairuz?” soal aunty May kepada Fairuz.

    “Saya OK. Cuma tersedak sikit la aunty bukanya tercekik. Aunty macam biasa ya.”balas Fairuz.

    “Baiklah Fairuz. Ini amoi kawan kamu ya?”soal aunty May lagi.

    “Yalah aunty. Dia budak baru. Baru masuk hari ni. Nakal lah dia asyik tersenyum kat saya jer.”balas Fairuz lagi.

    “Eh! Mana ada, dia yang asyik tersenyum kat saya. Tapi apa-apa pun terima kasih ya sebab selamatkan saya pagi tadi.”sampuk Putri.

    Setelah selesai berurusan di gerai itu, mereka berpisah buat seketika. Fairuz terus bergerak ke kereta ibunya yang berada berhampiran deretan kerdai tersebut. Ibunya tidak banyak soal sebaliknya meneruskan perjalanan ke rumah kakaknya, Poya.

No comments:

Random Quote GBS