Peminat Setia

Thursday, December 15, 2011

Kisah Kita - Bab 3


“Assalamualaikum…” ucap Fairuz di hadapan pintu rumah kakaknya Sofia.
            Tidak lama kemudian, pintu rumah yang tersergam indah itu terkuak dengan dan muncullah wajah kakak kesayangan Fairuz dengan senyuman yang melebar.
            “Waalaikumsalam. Apesal mak dengan Ruz dating tak call dulu, boleh la orang masakkan benda yang best-best untuk mak dengan Ruz. Tapi tak apa lah budak kecik dalam rumah rumah ni pun dah lama tak jumpa mak dengan pak busu dia.”kata Sofia.
            “Wei dah tak reti nak ajak kitorang nih masuk dalam rumah ker?” usik Fairuz yang tidak sanggup untuk berdiri di bawah cahaya matahari yang membahang.
            “Ooops lupa pulak. Jemput masuk anak raja” balas Sofia dengan sengihan yang maskin melebar.
            Fairuz bergerak masuk ke dalam rumah dan terus  duduk di atas sofa empuk milik kakaknya. Damai fikirannya seketika. Ibu dan kakaknya telah lama bergerak ke tingkat atas untuk bertemu dengan Shahrul. Mengantuk. Itulah yang dirasakan oleh Fairuz ketika itu. Suasana rumah kakaknya yang agak dingin menambah lagi perasaan mengantuknya. Matanya mulai kuyu dan akhirnya tertutup rapat. Dia tertidur di atas sofa kakaknya.
            “Mak mana Fairuz? Bukan tadi dia ikut kita naik atas ker?” soal kakaknya yang sedar dengan ketiadaan adiknya.
            “Eh! Ye lah dia pergi mana ek? Mak rasa dia ada kat bawah kot. Dah ko bawak Shahrul turun kita tengok dia ada tak dekat bawah.” arah Pn Zai.
            “Ok lah mak”balas Sofia.
            Mereka turun ke bawah bersama-sama Shahrul.
            “Hai budak ni apesal pulak boleh tertidur kat atas sofa nih?” kata Pn Zai yang terkejut apabila melihat anaknya sedang enak dibuai mimpi di atas sofa.
            “Mak dia macam mengigau tuh. Cuba kita dengar ape yang dia cakap tu.” cadang Sofia dengan idea yang penuh dengan unsur-unsur ‘kejahatan’.
            “Bagus jugak cadangan kau tuh.”balas Pn Zai sambil melangkah ke arah anak lelakinya yang sedang mengigau.
            “Awak jangan tinggalkan saya awak. Saya sayangkan awak.” gumam Fairuz yang sedang mengigau.
            Pn Zai dan Sofia saling berpandangan. Mereka sebenarnya risau dengan keadaan Fairuz yang masih teringatkan kenangannya bersama dengan arwah Nora. Kerisauan mereka semakin membuak apabila memikirkan keadaan Fairuz yang perlu fokus untuk menghadapi SPM.
            “Ruz, bangun Ruz.” kejut Pn Zai yang ingin menamatkan igauan Fairuz dengan kenangan silamnya.
            Fairuz tersedar dan tanpa disedari air matanya gugur tanpa dipinta kerana masih teringatkan igauaannya sebentar tadi. Apabila dia perasan bahawa ada dua pasang mata sedang melihat perlakuannya, dengan segera dia mengesat linangan air matanya.
            “Hei, ape ni Ruz kata lelaki tapi nangis pulak nih. Dah lah Ruz. Kan Ruz dah cakap dengan mak yang Ruz dah mula nak lupakan Nora. Tapi kenapa Ruz menangis lagi ni?” soal Pn Zai yang runsing dengan perlakuan anaknya.
            “Tak de ape lah mak. Kak orang nak berenang kat swimming pool  dulu eh.” balas Fairuz ringkas kerana tidak mahu meneruskan sesi soal jawab yang baru sahaja hendak bermula.
            “Pergilah tapi berenang tu elok-elok sikit.” pesan Pn Zai.
            Fairuz meneruskan langkahnya yang lemah tidak bermaya kearah kolam renang yang terletak di luar rumah Sofia.
            Tidak lama kemudian deruman kereta mewah milik Hakim kedengaran memasuki ruang parkir yang kosong. Sofia yang perasan dengan bunyi itu bergegas ke arah pintu di ruang tamu dan menyambut baik kepulangan suaminya.
            “Assalamualaikum sayang. Mak datang ye?” soal Hakim.
            “Yup. Mana awak tahu?” soal Sofia kembali sambil tangannya menyambut beg kerja suaminya.
            “Aik? Boleh pulak tanya saya macam tu. Kan ada kereta mak kat sebelah kereta saya ni.” jawab Hakim yang ingin begurau dengan isteri kesayangannya.
            “Eh! Lupa pulak. Hahahaha. Dah lah wak masuk lah pergi salin baju, lepas tu pergi teman Fairuz kat kolam renang. Tapi...”
            “Tapi ape ?” cepat Hakim mencelah apabila mengetahui Fairuz turut serta dalam lawatan ibu mertuanya.
            “Tapi saya nak minta tolong. Kalau boleh, cungkil la sikit rahsia Fairuz tu. Sebab tadi dia menangis sebab teringat pasal Nora agaknya. Tolong eh wak. Awakkan baik dengan dia” pinta Sofia dengan satu kenyitan mata.
            “Main kotor ye nak mintak tolong. Ok lah nanti saya jadi spy ye. Upah nyer aper?” soal Hakim lagi
            “Terima kasih. Nanti saya masakkan awak pai epal kegemaran eh.” balas Sofia.
            “Aik?? Pai epal jer?”
            Zasss.. Satu cubitan hinggap di paha kanan Hakim.
            “Aduh! Siap awak nanti..” kata Hakim yang dalam kesakitan
            “Siapa suruh menggatal kan dah merasa sepit ketam saya. Hahaha” ejek Sofia yang kemudiannya berlalu ke dapur.

No comments:

Random Quote GBS