Peminat Setia

Saturday, December 31, 2011

Kisah Kita Bab 4



            “Hei Fairuz kau berangan eh?” sergah Hakim yang baru saja menyalin pakaiannya.
            “Hish.. Abang Hakim nih buat terperanjat orang aje lah. Mana ada berangan.” kata Fairuz menidakkan soalan abang iparnya.
            Mereka terus berborak mengenai isu-isu semasa dan perkembangan mengenai persediaan Fairuz yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
            “Awak, Fairuz minum nih dulu pastu sambung la borak balik.” tegur Sofia yang membawa sebuah dulang yang berisi seteko air dan dua buah cawan sambil mengenyitkan mata ke arah suaminya tanda arahan untuk memulakan rancangan mereka untuk mengorek rahsia hati Fairuz.
            “Oh! Ok sayang terima kasih buatkan air.” balas Hakim sambil membalas kenyitan mata Sofia sebelum isterinya itu berlalu pergi membawa dulang yang sudah kosong.
            “Fairuz, abang nak tanya sikit boleh tak?” soal Hakim yang ingin memasukkan jarumnya.
            “Tanyelah Fairuz tak kisah”balas Fairuz yang bernada iklan ‘Aiman Tak Kisah’ yang pernah berkumandang di corong radio suatu ketika dahulu.
            “Kau masih ingatkan Nora ke? Tak cuba cari pengganti?”
            “Oh pasal ni rupanya, patutlah siap nak mintak izin tanya. Hmmmm Nora. Memang la ingat. Pasal pengganti, rasanya dah jumpa tapi nak fokus dulu lah pasal SPM ni.” balas Fairuz bernada lemah pada awalnya namun kelihatan ceria apabila menjawab mengenai pengganti Nora.
            “Kalau macam tu baguslah. Sapa penggantinya?” soal Hakim lagi.
            “Eh! Over pulak abang ni. Mana boleh bagi tau.” balas Fairuz yang kemudiannya menjelirkan lidahnya sebelum terjun kedalam kolam renang.
            Hakim kemudiannya mengikuti jejak adik iparnya yang sudahpun terjun ke dalam kolam renang.Mereka memulakan perlawanan yang boleh dikatakan rutin jika mereka berada di dalam kolam renang iaitu perlawanan tahan nafas paling lama di dalam air diikuti dengan pelbagai ‘acara’ lain.
            Tanpa mereka sedari hari semakin gelap. Mereka bergegas masuk ke dalam rumah dan bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum mereka makan malam.
           
            “Hai budak kecik. Sorry lah hari ni pak busu tak layan kau lagi. Hahaha.” kata Fairuz mendapatkan Shahrul yang sedang bermain dengan patung Angry Bird kesayangannya.
            “Ruz bawak Shahrul kat sini, akak nak bagi dia makan bubur dia nih.”arah Sofia yang berada di meja makan.
            Fairuz menggendong anak kecil itu ke arah kakanya.
            “Hah Ruz apa tercegat lagi duduk lah sebelah abang Hakim tu kan kita nak  makan ni” arah ibunya pula.
            Fairuz mengikut arahan ibunya. Hakim memulakan majlis makan malam itu dengan bacaan doa. Hari itu kakaknya dan ibunya telah menyediakan hidangan makan malam yang sangat lazat. Siapa yang tidak gemar apabila hidangan seperti ayam masak lemak cili padi, tahu sumbat dan pelbagai lagi masakan kampung dihidangkan di hadapan mereka.
            “Patutlah  sibuk aje nampaknya kat dapur petang tadi, rupanya semua lauk malam ni special jer kan bang.” kata Fairuz kepada Hakim.
            “Betul tu  betul..”kata hakim ringkas gaya Upin dan Ipin.

            Mereka menikmati hidangan masing-masing dan kadang kali diselangi dengan perbualan-perbualan antara ahli keluarga tersebut.Tepat jam 9 malam Fairuz dan Pn Zai pulang ke rumah mereka.

No comments:

Random Quote GBS