Peminat Setia

Sunday, January 01, 2012

Kisah Kita Bab 5



“Awak cepat lah bagi tau ape yang awak borakkan dengan Fairuz tadi?” kata Sofia dengan nada seakan-akan merayu.
            “Kena bagi tahu ke?” soal Hakim pula yang ingin mengusik isterinya.
            Zasss. Satu cubitan hinggap di peha Hakim.
            “Aduh! Sakit la. Ye la saya bagi tahu ni. Sebenarnya...”
            “Sebenarnya apa wak?” celah sofia.
            “Dengar lah sampai habis dulu. Sebenarnya dia kata dia memang dalam proses melupakan Nora dan dah jumpa pon orang yang mungkin boleh membuatkan dia melupakan Nora.” terang Hakim.
            “Siapa wak?”
            “Dia tak nak bagi tahu. Tak ape lah jangan lah kita mendesak dia supaya bagi tahu kita siapa budaknya. Dia pon kata dia nak fokus kat peperiksaan dia.” kata Hakim lagi.
            “Oh! Kalau macam tu ok la kut. Alhamdulillah kan wak, kurang sikit bimbang saya dengan mak. Terima kasih ye wak” kata Sofia lantas mencium dahi suaminya.
            “ Terima kasih je ker? Saya tahu esok awak tunaikan janji awak untuk buat pai epal tau.” kata Hakim yang ingin melelapkan mata.

*****
            Keesokan harinya selepas Fairuz ke sekolah dengan menaiki motor kesayangannya, Pn Zai menghubungi Sofia untuk mengetahui rahsia Fairuz.
            “Assalamualaikum Pia, apa cerita pasal adik kau tu. Dapat tak Hakim korek rahsia si Fairuz tu?” kata Pn Zai memulakan bicara.
            “Waalaikumsalam mak, dapat la jugak. Hakim kata Fairuz dalam proses nak lupakan Nora. Lagipun dia kata dia nak fokus dekat SPM dia. Termakbul jugak doa kita kan mak?” balas Sofia.
            “Ye lah, mak bersyukur sangat Fairuz kata macam tuh. Ok lah mak nak pergi saloon kejap nak tengok ada masalah ke tidak.” kata Pn Zai lagi lalu meletakkan telefon selepas berbala salam dengan sofia.
            Pn Zai melangkah masuk ke saloonya yang terletak hanya satu kilometer daripada pekan Masjid Tanah. Saloon yang diusahakannya sejak Fairuz berusia sepuluh tahun itu semakin maju  dari masa ke semasa walaupun ketika itu suaminya yang tercinta telah meniggal dunia. Walaupun salah seorang insan yang tercinta meninggalkan dirinya, dia tetap berusaha untuk meneruskan perniagaanya demi dua orang anaknya.
            “Assalamualaikum puan. Hari ini  ada orang nak minta kerja kat saloon ni.” kata Balqis, pembantu Pn Zai.
            “Oh bagus lah lagi pun kita memang kekurangan pekerja ni. Mana orangnya saya nak interview dia sekejap.” balas Pn Zai yang tercari kelibat bakal pekerjanya itu.
            “Yang pakai tudung pink tu puan. Nama dia Zahara. Dah kawin.” balas Balqis lagi.
            “Baiklah. Terima kasih.” kata Pn Zai yang bergerak ke arah wanita tersebut.
            Sambil melangkah ke arah wanita itu, dia memandang wajah pemilik nama Zahara itu.
            ‘Eh! Ni Zahara budak kelas aku dulu nih.’
            “Zahara!! How are you.” tegur Pn Zai yang riang dapat berjumpa kenalan lamanya.
            “Eh! Ni Zai kan. Kita sekelas masa kat SMK Rahmat dulu kan. Lamanya tak jumpa kau.” balas Zahara sambil berpelukan dengan Pn Zai.
            “Eh! Jomlah kita borak dekat kedai makan sebelah sekejap. Kita borak-borak dulu baru bincang pasal kerja.”
            “Boleh juga. Dah lama aku tak jumpa kau.” kata Zahara.
            Dua sahabat yang sudah lama terpisah itu bergerak ke kedai makan di sebelah saloon itu. Mereka berborak panjang tentang kehidupan masing-masing. Dalam perbualan mereka ada juga mereka mengimbas kembali kisah silam mereka. Hari itu juga Zahara diterima bekerja kerana dia mempunyai diploma dalam bidang solekan.
            “Zahara jemput lah datang rumah aku ya hujung minggu ni. Boleh kita kenal-kenal.” kata Pn Zai.
            “Insya-Allah Zai. Nanti aku tengok dulu kalau tak ada jemputan majlis kenduri.” balas Zahara.
            “Ok lah. Kalau kau datang, jangan lupa bawak anak kau sekali ya.”  balas Pn Zai.

No comments:

Random Quote GBS