Peminat Setia

Thursday, June 30, 2011

BACE JOM




JUDUL : KASIH NAN AGUNG
PENGARANG : SRI RAHAYU MOHD YUSOP
TERBITAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
NO. PEROLEHAN :
ISBN : 9789676122766
Permulaan Novel Kasih Nan Agung sudah cukup untuk menarik minat saya untuk membacanya kerana di awal buku karya Sri Rahayu Mohd Yusop ini awal-awal lagi telah menunjukkan unsur suspen yang sudah tentu merupakan unsur yang boleh menarik minat seseorang untuk membaca. Buku ini menunjukkan kegigihan seorang anak muda bernama Jaka Sulaiman yang berasal dari Malaysia yang sedang belajar di tahun akhir bidang Paleoantropologi di Universiti Columbia, Barkeley. Beliau juga mempunyai hati yang murni kerana sebagai seorang penganut agama Islam beliau berusaha untuk memberitahu dunia bahawa teori evolusi yang diutarakan oleh Charles Darwin adalah tidak benar kerana teori yang diutarakan oleh Charles Darwin telah menidakkan kewujudan tuhan dan kuasa tuhan. Akibat tindakan beliau yang telah menimbulkan sedikit kekacauan semasa simposium yang bertajuk “ Kebangkitan Semula Neo-Darwinisme: Bukti Baharu, Kebenaran Lama”, pengajian beliau telah digantung. Semasa simposium itu berlangsung beliau telah berdebat tentang beberapa isu yang jelas mematahkan teori Darwin dengan ahli paleoantropologi, Maximillian Blake, Richard Le Frost, penulis ateis dan ada antara penonton simposium itu menyokong kata-kata Jaka Sulaiman dan hal ini telah menyebabkan beliau diusir daripada simposium itu. Tetapi beliau tenang sahaja kerana rakaman video semasa simposium itu berlangsung telah dimuat naik ke internet oleh rakannya Muhamad Wazir. Video itu telah ditonton oleh anak perempuan Maximillian Blake, Evangeline Ai Li Blake yang kemudiannya bertindak menghantar e-mel kepada ayahnya. Evangeline memberitahu bapanya bahawa dia ingin mengadakan demonstrasi pertolongan cemas kepada masyarakat pedalaman untuk mengagumkan pensyarahnya dan kemudian bertanyakan ayahnya tentang pendapat beliau tentang perkara itu dan keadaan kesihatan ayahnya.
Pada masa yang sama Maximillian telah merancang teori rahsia untuk menggemparkan dunia paleoantropologi bersama dengan rakannya Elizabeth. Selepas berbincang bliau menerima panggilan video daripada rakannya di Malaysia Yazed yang megatakan dia telah menemui orang mawas dan perkara ini telah menarik minat Maximillian untuk bertandang ke Malaysia. Dia turut mengajak anaknya Evangeline ke petempatan Orang Asli di sempadan Kelantan-Pahang. Hal ini telah menggembirakan hati anaknya.
Jaka Sulaiman yang baru tiba di rumah keluarganya di Malaysia telah memberitahu tentang penggantungan pelajarannya selama dua minggu tetapi ibu dan bapanya tidak risau kerana mereka tahu bahawa anak lelaki mereka iu ingin memusnahkan dogma-dogma palsu yang dibawa oleh barat. Ibunya yang sibuk menyemak kertas jawapan Bahasa Melyu PMR pula cuba menjarakkan dirinya daripada Jaka Sulaiman kerana dia masih terkenang peristiwa kehilangan adik Jaka Sulaiman ketika mereka masih kecil. Adiknya hilang ketika mengikuti Jaka Sulaiman ke hutan untuk bermain-main. Hal ini telah menyebabkan ibunya menuduhnya sebagai punca kehilangan adiknya.
Jaka Sulaiman yang ingin mencari ketenangan pergi mengikut bapanya ke kawasan penempatan Orang Asli yang sama dengan tempat yang ingin dituju Maximillian. Ketika Jaka Sulaiman ingin menghantar ubat Maximillian dia telah ternampak kegiatan Maximillian dan Yazed untuk membunuh orang mawas yang telah ditangkap. Hal ini telah menyebabkan Jaka Sulaiman bertindak nekad untuk melepaskan orang mawas tersebut dan kemudiannya beliau telah ditembak oleh Maximillian. Mujurlah ketika itu Evangeline mengikuti Jaka Sulaiman tanpa pengetahuannya kerana Evangeline telah bertindak segera dengan membalut luka Jaka Sulaiman untuk menghentikan pengaliran darah yang terlalu banyak. Jaka Sulaimankemudianya dibawa ke hospitak untuk mendapatkan rawatan.
Maximillian yang gusar kerana tertembak Jaka Sulaiman telah melarika diri dan memohon agar pihak Universiti Columbia, Barkeley menyambung semula pengajian Jaka Sulaiman. Babak terakhir yang ditunjukkan pengarang dalam novel ini ialah babak di mana hidupan yang dipercayai Orang Mawas telah melarikan diri ke kawasan hutan yang lebih jauh untuk mengelakkan pertembungan dengan kaum manusia.
Novel ini juga menarik minat saya untuk membacanya kerana watak utama novel ini iaitu Jaka Sulaiman memaparkan semangat anak Malaysia untuk menegakkan keadilan walaupun berada di negara orang. Selain itu, watak Jaka dalam novel ini juga mengajar saya untuk meneruskan kehidupan walaupun betapa besar pun badai yang mendatang hal ini dapat dibuktikan apabila Jaka pulan ke tanah airnya untuk menenangkan diri buat seketika sambil menunggu keputusan pihak universiti sama ada untuk memberhentikan pengajiannya atau tidak.
            Watak sampingan novel ini contohnya bapa Jaka Sulaiman juga menarik minat saya unuk membaca novel ini kerana saya berasa tertarik dan adakalanya tersentuh apabila terbaca tentang nasihat-nasihat seorang bapa yang diberikan oleh bapa Jaka terhadap dirinya kerana nasihat yang diberikan sangat berguna dan membina.
Tambahan pula, watak antagonis dalam novel ini iaitu Maximillian Blake juga tidak kurang hebatnya dalam menarik minat saya untuk membaca karya ini kerana watak ini sering muncul dalam situasi yang tidak kita sangka. Selain itu, watak ini yang sering muncul dengan teori-teori yang dangkal dan adakala difikir tidak logik dek akal juga menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut sama ada teori itu benar atau salah.
Seterusnya, jalan cerita novel ini yang ada kalanya menyelitkan unsur-unsur suspen dapat menarik saya untuk membacanya. Cerita ini juga ada memberi nilai-nilai murni yang boleh saya praktikkan dan contohi sepersi bertimbang rasa, saling menghormati, saling berkasih sayang sesama makluk dan mencintai alam sekitar. Sebagai pelajar yang mengambil matapelajaran biologi, novel ini tidak kurang menarik kerana terdapat istilah dan terma yang digunakan dalam pelajaran biologi saya.
            Kesimpulannya, buku ini bukan sahaja menarik untuk dibaca oleh pelajar malahan buku ini boleh meluaskan lagi pemikiran pelajar. Tambahan pula nilai-nilai murni dan pengajaran banyak dan pengajaran banyak diterapkan dalam novel ini.

Esok....

Ape yang aku kena buat esok??
  • Pergi sekola
  • Sembahyang Jumaat
  • Kelas GPMS
  • Tengok Naruto

    Semua tu wajib buat.. Kalu satu miss macam tak lngkap.... hehehe

oooops aku terlupa lagi satu... aku nyer favourite activity bila ada masa lapang  :


Ber SMS dengan orang terchenta... ehehehe....

Sunday, June 26, 2011

~Riang Ria Di KELAS~

Form 5 standard la kaluade kelas tambahan.. ni gamba2 mase kelas tambahan... Tengok jgan tak tengok... huhuuu

Aku dengan Anak Tompel


Sholehin pesal ko sengih2 tgk ape tuh?

Tulisan Nie2

Anak Ali tapi cube tgk btol2 Luqman tgah buat ape


Boys From 5 Gamma

My Sista huhu Jannifer

Gadis Pingitan

Cia Tak Laku


Tengah Gile


Cuba Teka Gigi Sape??

Saya Suke AddMath

Buah Sape tuh?

Buah Lagi??

Paling lawa dalam kelas... huhuhuhu
The End~~~~

SoRaNg~~



Ello... skunk tinggal aku sorang jer kat umah nih hahaha... bile ade along ngan angah aku asyik nak gaduh jer.. skunk diorang da blah rase borink pulak~~ hahaha... so nak wat cam maner lagi kalu dah sorang2 tuh bkak 
huhuhu................. lpas tuh tengok la video baru yang di post oleh Henshin Fever....

Ape yang menarik kat Henshin Fever adalah video kamen rider nyer yang lengkap hahaha...
aku nih harap je da form 5 tapi x bole lpas lagi citer FAVOURITE aku tuh... Skarang nih tgah layan Kamen Rider OOO (Ozu) huh..

Kamen Rider OOO
Ok larh tuh je kot citer aku kali nih~
~sayonara

Random Quote GBS