Peminat Setia

Tuesday, December 04, 2012

Reaksi Sensasi Masyarakat : "KEFLATULENAN"

Gedebam Gedebum angin menderu,
Taufan Sandy memangnya ganaih...
Kentut with silencer memang bau..
Apakan daya perut tak mau lepaih...


Kentut atau nama kampungnya  angin suam merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi setiap hidupan di dunia... Ye hidupan mamalia terutamanya!! Pakar kentut telah memberikan nama saintifik bagi kentut iaitu "KEFLATULENAN" sejak berabad dahulu..

Menurut wikipedia:

Kentut dibebaskan dengan tekanan melalui dubur, dengan mana, akibat otot sfinkter dubur bertenang secara sengaja atau tidak sengaja. Ini membebaskan gas dari rektum bahagian bawah. 

AAHHH!! Sudah hentikan kefaktaan entry ini.. Naik nyampah baca fakta kan...

Harini Milah (PSSTT nama baru wartawan Sensasi) akan melakukan temubual dengan orang ramai di Pervertlion, daerah Segamat Timur. Soalan kebanyakannya berkisar tentang Keflatulenan dan kehidupan seharian mereka..

Soalan pertama ditujukan kepada seorang gadis yang hangat menjadi bualan Tuiter iaitu TikaXChumel (@EtiqaCarpet) yang memaksa saya mengajukan soalan semata nak masuk berita Sensasi nih.. *GEDIKS you all!! Nyampah Milah!

Etiqar: HEI Milah wartawan Sensasi!! Mari lah sini soal saya dan masukkan dalam majalah Sensasi!
Milah: ERMM!!*dalam hati taknak tapi soal je lah*
Etiqar: Hah apa lagi dok tecogok je kat Situ mai lah soalh....
Milah: Baik sedia ya dengan soalan saya Tikar oops Etiqar.. Adakah anda tahu apa itu KEFLATULENAN?
Etiqar: Eh apa jenis soalan awak tanya ni Milah, apa maksud perkataan tu.. Ke awak mencarut dekat saya nih!
Milah: Maaf lah Etiqar kalau awak rasa saya mencarut, tapi maksud perkataan tu adalah kentut..
Etiqar: Hei! Apa lah awak ni milah kotor CHOOOIII!! Saya ingat wartawan Sensasi ni nak soal lah pasal saya nak bogel demi mendapatkan Wan Jijah Melon pemain bola sepak terkenal tu.. EWW Gross!! Dah tak payahn la awak soal saya lagi shuh shuh!


Ah nampaknya tak ada orang nak jawab soalan saya.. Maka saya bertanyakan soalan ini kepada diri saya sendiri...

Ya Kentut. Tidak asing lagi bagi kalangan umat manusia, dan sering dilakukan Milah. Tapi saya kentut jenis beradab. Tak pernah saya kentut merata tanpa lihat keadaan dan situasi melainkan TERLEPAS.. Terlepas ni situasi dia adalah ketika dari duduk nak berdiri, atau ketika sukan acara lompat katak... Benda kita tak duga kan...

Tapi Milah sebenanya geram jugak.. Ada setengah orang tuh sengaja je lepas angin dia tak ikut time dan tempat tanpa rasa malu.. EWW!! Geram Milah Geraaam!! Pernah satu ketika tuh time kita makan pon sengaja dilepaskan angin nyer.. Kalau slow tak apa... Ini angin keluar mengalahkan gajah sendawa!!Geram Milah.. Rasa nak je baling lesung batu yang baru je lepas lumatkan cili api 45 biji kat dapur tuh.... Selamat Milah dapat bersabar!

Ada lagi satu jenis manusia ni, membuang tak kuat bunyi tapi bau dia mengalahkan bau telur tembelang... Mengancam! tak terkata tahap bau gas dia tuh!! Tapi bila kita tanya sapa punya dan semestinya lagu "Tapi Bukan Aku" berkumandang... Ahaha,,, Tapi sebenaunya kalau Milah buat milah pon melalak lagu tu hehe!!

Itulah ragam manusia, Lempar Batu Sembunyi Tangan... Tapi kentut bukanlah masalah besar pon Semua orang pernah kentut... Orang jer yang memperbesarkan masalah ni... HAUHAUHAU!!

Renung-renungkan dan selamat Sensasi dari Milah Sensasi... Wartawan sensasi, kalau tak sensasi bukan Milah.. Itu MELAH!! RAWR!!

Monday, December 03, 2012

Oh Kenangan O_o

(Memikir Intro Menarik)
 *Lagu2 dalam playlist CAMPOO di windows media player yang telah gua pin di start menu gua putarkan.. Ahh alangkah indahnya teringat kenangan dimasa Minggu Silaturrahim dikala lagu Kita Hampir Ke Situ diputarkan...

Ahh dah kenapa tah ayat gua memalam ni se-plastic mungkin.. Hentah lah.. RAWR!~!

Dikala ini lagu Taman Astakona dimainkan... Gua masih tercari-cari IDEA untuk update blog...
Denga lagu-lagu leleh ni Idea kejap datang kejap berambus seperti lajunya angin kentut dilepaskan didalam lif....

Kalau update pasal bola karang.. Terlalu ramai dah orang buat post pasal bola..
*Congrats Malaysia - Wish dulu sebelum lupa kan kan kan!!
Kekejap tangan ni  gatai nak bukak tab Fb.. Nothing interesting.. Just people practising drama je yang ramai... Jari terputus kena jahit la.. Memacam budak zaman sekarang ni kan...

Dah kenapa gua cakap macam gua ni bukan budak zaman sekarang.. HAHA!!

Erm interesting story ada tak sepanjang minggu gua kat rumah ni... Rasanya macam tak hado...

Just teringat kenangan sepanjang Sem ni lagi lah kan,... AWHAHA

Layankan Memori Gua
!!! GAMBO SIKIT JER !!!

Ini gambo dikala kami outing ke melaka.. Almaklomlah bandar vendor tu terlalu menarik untuk kami tinggal lelama.. Tu yang kaki gua terjejak dataran 1 Malaysia. Kalau dok terperap je kat hostel pon dok guna jugak kan.. Jauh perjalanan luas pemandangan.. UEKSSS muntah aakakkaa!!! Let me introduce gamba ni.. From left PENCARI MAKANAN TEGAR sapa lagi kalau bukan gua.. Then Iffa, Yang tetengah tu namanya  Ayu, Sebelah kiri aku tu Yaya dan Paling kanan ialah Ilya.. OOPS lupa tuan tangkap gambo ni namanya Tirah..

Done satu gambo.. Next Next!!
Ni gambo sapa lagi kalau bukan gua kan time ni  Kelab Food Micet menganjurkan lawatan *betul ka penggunaan lawatan disitu ekeke* Lawatan ke HalalFest 2012.. OK banyak benda menarik kitorang tengok kat situ.. Cuma berduit dengan tidak sahaja nak beli barang kat situ.. Ada yang murah memang murah but mahal Ya Allah pikir doplohlimaratus kali baru beli..


From Left : Zati, Adib, Gua, Fadzil ni geng HalalFest


















Gua yang macam harimau...
Yang Tirah tu gadis baju purple tu
Ok next gambar adalah gambar dikala kami berjoging petang-petang...


















Next next... Gambar selepas kami penat ber-drama.. dimana Gua melakonkan watak... FOMFUAN dalam cerita DOREMI.... Selamat gambo kecik yang amat kakakaka!!


Carilah gua yang mana.. KAKAKA




Mungkin gambar last.. Ni gambar dimana gua dan Zati bergambar dimalam Talentime,.. Gua malam tuh main caklempong tang percussion *gua main bonggo* manakala Zati main caklempong *lupa nama set dia main kaka*

Ahh banyak lagi kenangan di MICET benonya.. tapi buat masa ni ini sajalah dulu.. nanti bosan pulak klau asik menyingkap kenangan kan.... 

Assalamualaikum.. ^_^

Friday, November 30, 2012

Main Game Dapat DOMAIN

Saja tayang muka RAWR
Muka ceria berkemungkinan dapat domain FREE!!
Domain... Domino.. Dominik!! Eh apa tu!!
gua merapu ke!!
Domain itu adaalah.... Tanya Hincik Google untuk maklumat lanjut..
Tapi Hincik WIKI kata DOmain itu

domain name is an identification string that defines a realm of administrative autonomy, authority, or control on the Internet. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System (DNS).

Domain pecuma ditawarkan oleh Potia!! RAWR!!! OHsem nye abiang potia !! Rasa nak mengerang jer!!! AAH!!!!


Ini Baca INI!!!

Syarat-syarat penyertaan permainan ini;

  1. Buat entry mengenai permainan ini dan war-warkan. Entry bebas mengikut kreativiti anda. Entry yang di nilai terbaik akan di jadikan sebagai blog of the week.
  2. Tinggalkan link blog anda di ruangan komen ini sebagai tanda penyertaan.
  3. Jika anda rasa anda dapat score yang terbaik berdasarkan popup komen yang anda dapat sila print screen dan uploadkan di entry anda dengan cara Edit semula entry pernyertaan anda tadi.
  4. Tiada tempoh tamat dalam permainan ini. Permainan akan tamat jika sudah ada pemenang. (hanya Potia yang dapat menilai siapa pemenang yang tulin).
  5. Sila nyatakan di ruangan komen jika anda rasa anda adalah pemenang berdasarkan komen popup yang potia berikan.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
KASI TEKAN-TEKAN INI LINK!!!

Dah kini masanya gua nak tayang masa yang gua dapat!!
Mohon Pira Dunia Jelles!!

Mengancam!!! Senang gila permainan ni!!

Ini paling laju pernah gua dapat... MOHON POTIA bagi gua domain ni!! ekekee

Korang jangan lepaskan peluang untung2 dapat DOMAIN!!
Tengs kak pira gua tau mainan ni dari kakak sayang!!

Tuesday, November 27, 2012

Suka Duka Berlalu

Burrr.... Entri pukul 1.40 pagi pada 27Nov 2012...
Dalam tak sedar dah habis satu sem gua belajar kat UniKL MICET terchenta..
Dugaan, Cabaran, Halangan, Aral melintang dan yang sesinonim perkataan tadi Alhamdulillah berjaya aku hadapi..

Memang banyak pengalaman manis, tak kurang jugak kenangan masam semasam asam asin...

Ok kita cerita pasal yang masam dulu..

1. LAMBAT KE KELAS
    Argh mungkin bagi sesetengah orang tu ni pekara biasa lah kan.. Tapi gua tak.. Asal lambat sikit gua mula cuak.. tak tentu harah... Macam dino nak bertelur!

   Pernah satu hari tu entah macam mana gua boleh betul-betul tak seda dah pukul 8.00 pagi.. Tu pon gua tersedar sebab roomate gua sedang elok bersiap nak ke kelas jugak.. 8 Pagi hari Jumaat adalah waktu kritikal bagi gua sebab subjek nye ialah Engineering Graphic... Kelas En A yang ramai budak 'sayang'... PERGH!! At the same time gua teringat yang gua ada test hari tu!! Lagi cuak..



   Tanpa melengahkan masa gua capai alat mandi masuk bilik ayaq... Selamat time-time macam ni bilik ayaq dok penoh.. Kalau tak gua ke kelas tanpa siraman pagi la jawabnya.. Done mandi siap pakai baju segala bagai teringat pulak.. Kelas dah la jauh dari bilik... Tingkat paling atas lak tuh... Setan dah mula menghasut tak payah pergi kelas.. Tapi sebab teringat test berdesup la jugak gua ke kelas...

   Sampai je kat kelas gua ingat test dah start tengok-tengok budak kelas semua tengah dok sibuk buat lab work!! Gua terus jadi polis pencen "Hari ni kata ada test. Korang dah jawab ke." Ghupanya gua je cuak lelebih Test memang pada hari tu cuma dia buat petang..

   Selepas insiden ini, ada lagi beberapa kejadian gua lambat bangun dan lambat ke kelas... Dan untuk makluman rerakan gua ada satu hari gua lambat sangat then ayaq tadok gua ke kelas bermandikan haruman minyak wangi dan ubat ketiaq sahaja KEKEKE!! Teka lah bila yer kengkawan...

2. KENA MARAH BERJEMAAH
   UOOOOHH!! Yeah.. Kami sekelas telah dimarah secara berjemaah.. General Chemistry tutor class by Madam S....Kau biarkan aku sendiri menderita siksa, Racun hidup ku saleha... Ehh ternyanyi pulok.. Haritu macam biasa kelas dibuat kat BK2.. *wahh siap mensi kelas.. well im a good class rep..

   Kelas mula cam biasa lah Madam akan suruh keluakan ketas tuto, then dia listkan all the formula that will be used on the tutorial...Dalam dok buat tutorial mulut memasing dah mula berceloteh... Kelas yang sunyi awalnya kini da bebising ehehe macam nama blog je... *mohon tuan blog tak marah gua sebab mensi hehe!



  Gua borak jugak.. Borang ngan MAMA n The Gang! Burak pasal macam-macam, elaun lah, MARA lah, paling best borak pasal bill telepon.. HAHAA!! Seusai kelas habis Madam bagun mintak Ayu ngan Yaya tunjuk tuto diorang, kitorang dah mula cuak nih... Then bermulalah sesi ceramah Bangkitlah Anak Melayu..

  Habis madam marahan kitorang beliau meninggalkan kelas,.. ye lah beliau keluar, takkan nak ngadap kitorang lagi kelas dah habis kekeke!! dah lah nak final kena marah lak tuh....

  Next week kitorang reramai serbu beliau mintak mahap sebab burak ngalahkan konsert JLo kat kelas tu... Mintak mahap, nak ilmu diberkati kan...

 ◕‿‿◕ SORRY MADAM  ◕‿‿◕

Buat masa ni tu je gua cerita, malas taip pepanjang nanti urang busan.. sebut pasal busan nah gua hadiahkan lagu idola CUTE gua Busan Vacance-Haroro n Skull, gua sekarang peminat Runningman!!


Wednesday, September 19, 2012

Pengalaman Baru

Assalamualaikum...

AHAHAH blog dah lama tak berusik..
Gua sekarang Makin SIHAT!!

Gua sekarang LEBIH MENYAYANGI MICET!!

Gua sebenanya baru je lepas kem JPAM...

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia..
LAtihan diorang bagi kat kitorang memang osem...

Yang paling best pengalaman kawad formasi...
Pegang ular..
Belajar cara padam api..
Cara ikatan untuk selamatkan mangsa..
CPR!! ini yang paling besar nilainya..

Walaupun kitorang dilatih macam nak jadi sojal..
Tapi ilmu yang diorang beri memang takkan kitorang lupakan..
Bukan senang nak dapat pengalaman baru..

Setiap hari kita akan belajar benda baru..
Kita akan ketahui kekerdilan kita..
kita akan tahu betapa ceteknya ilmu yang kita miliki..
Kita akan tahu betapa luasnya alam ni...

EH tetiba kelua memacam ayat..

Sekarang ni cuti mid-sem... So minggu ni memang berjimba sokmo la aku kat rumah ni kan.. Tapi yang tak best nya semorang tadak kat rumah,... depa semua gi sekolah..

Aishhh!! Bosan dok rumah sensorang..

Minggu depan gua kena sedia lah nak ngadap dugaan...
2 lab session... means 2 lab report kena siapkan dalam masa seminggu!! T__T gilak bah itu...
Ada test Computing... HOMAI!!!.

JAJAM!!! FAAAIITINGGGGG!!!

Monday, August 13, 2012

Study = BIZI

Assalamualaikum..

Fuhhh FUUHHHH... *meniup sawang
Kurrr Kurrr... *Bagi makan dino yang kebuluq...

Hurm.. Apa lagi yang tak kena kat sini..

Oh taip sikit dah rasa nak close jer tab new post nih..

Oh tidak..
TIDAAAAAAKK!!!

Kemana moood mengarang gua hilang?
Kemanaaaaa?????

AhHHhhhHHHhhhHH *dah lama rasanya tak mengerang.....

Ok tajuk Study = Bizi

Dimanakah relevannya tajuk entry ini?
Yang berhormat, yang patut saya hormat, bukan saya bagi minyak gamat sekalian..

Sudah menjadi lumrah alam...
Setiap yang habis SPM akan menyambung pelajaran...*kalau tak sambung tu dia kerja laaa jangan banyak soal
Dan samalah dengan nasib gua...

Study pada aras yang lebih tinggi dari SPM...
Mencabar.. *ini jer yang gua dapat terangkan....

Time management sangaaaaaaatt sanggggaaaaaaattttt PERLU.. rasa macam tak cukup tambah sikit PERLU
*tetiba selit pasal time management kejadahnya? sah sah lah gua pernah terlambat bangun.. or terbangun lambat.. or yang sewaktu dengannya...

Sekian UPDATE yang tah pape.. Tak sengal.. Tak menggugurkan bulu ketiak mahupun segala bulu yang lain... UPDATE yang pada korang BAIK TAK PAYAH UPDATE... UPDATE yang BLURRRR!!

Eh lupa nak cakap.. Kawan-kawan gua especially masa MSR Julai intake 2012 (GROUP 3) dan RAKAN se SECTION 1 DIP G di UNIKL MICET sungguh OHSEM!!!!!

Nih nak tunjuk sikit gambiaq time MSR 2012.. Muka tak semenggah tu muka gua harap mak jah!!

Di Tangga Cindarella


Time BOKA posa bersama Group 3

Pasnih gua mungkin update pasal raya lah pulok..
Almaklum lah... Line tenet di MICET tidak membenarkan gua menghupdate blog...






Saturday, August 04, 2012

GEMPAR!! CARA UP KAN TRAFIK BLOG ANDA DENGAN MUDAH



Assalamualaikum..

PERGGHH UP TRAFFIC,
Siapa yang taknak up kan traffic blog nyer kan...

Sekarang banyak cara untuk upkan Traffic blog..
Tapi ini perkara LATEST dan paling mudah gua pernah try untuk Up traffic... ^_^

Mudah jer..
JOIN LA --------> ASIA FANS TRAFFIC EXCHANGER

Cara join nyer SANGAT SANGAT SANGAT mudah!!!

Dan konsep EARN COINS nyer pon menarik..

Jangan tunggu lama lama..
Apa guna blog kalau tak ada readers..

Dengan ASIA FANS TRAFFIC EXCHANGER jugak korang boleh upkan traffic Video yang korang upload kat YouTube. Artikel yang korang Up kat DIGG dan PROMOTE Facebook Page korang dengan mudah!!

Ape tunggu lagi.. Join ler.. ^_^

Saturday, July 21, 2012

Selamat Tinggal #SERIUS!!

Assalamualaikum...



Salam Ramadhan..


Eh dah puasa kan.. Kejap jer..

Tajuk entry huhu..
Sedih sebenanya nak tinggalkan blog terchenta...
MUAH MUAH!!

AhHHH!!!! MENGERANG!!

Minggu depan seminggu gua tak update blog.. HUHUUUUU!!!

KEMANA??? Masuk U bai..

MASUK U!!

Gila babeng lah kan haha.. Orang sesibuk puasa kitorang ada Minggu Silaturrahim.. RAWR!!!

Ah rileks wat lek.. Wat COOL!!

Mesti ada yang tanya masuk u mana.. Course ape..

JAWAPAN KEPADA SOALAN ANDA :

UniKL MICET - *Nama je unikl but kat melaka tau..
Course : Diploma In Chemical Engineering Technology (FOOD)

Alah bukan kampus melaka je daftar 22 Julai (ESOK) kebanyakan UniKL memang intake dia 22 julai..

AAHHH!!!! MENGERANG!!...

RAWR...


Akhir kalam..

SAYA SAYANG SEMUA READERS SAYA!!
Tolong jagakan DINO saya...
MAK ngan ABAH dok rumah ler berdua lepasnih.. HAHAHA

GBS!! Kalau rindu gua post ler kat wall FB gua tau!! nanti gua balas..
*Kalau phone tak kena amik time orientasi nih haha..


JUMPA LAGI DALAM MASA SEMINGGU!! *kalau gua rajin update

Thursday, July 12, 2012

Blogger Disumpah Menjadi Kartun

Assalamualaikum..

Harini gua buat entry simple2 jer..
Kalau panjang2 pon bukan korang baca.. Ada tu nampak blog gua terus jer tekan pangkah.. *tetiba taching

Harini merupakan hari Khamis..
Malam ni malam jemaat..
Paham-paham la kewajipan memasing..

Eh melalut sudah...

Sebenarnya harini gua sungguh bangga apabila gua berjaya menyumpah seorang blogger menjadi kartun..
Penat tau menuntut ilmu dari Mak Jerangkung...
Tapi pengerasnya senang jer.. bagi benda yang keras bila sejuk.. dan kalau panas dia cair..







AIR

Ok ini  lah blogger yang gua sumpah sumpah sampai jadi kartun tu..



NAMA : SHONG
BLOG : Rasukan Kentut Gua
HOBI : Menjadi DOKTOR sakit jiwa

Itu biodata ringkas mengenai beliau.. Beliau juga merupakan bakal pengantin selepas beliau bernikah..
Bila beliau bernikah??? Time dia nikah la dia bernikah..

*Mesti korang tak paham lawak bodoh gua kan T___T sobss

Mana bukti gua dah berjaya sumpah beliau??

Sungguh korang tak percaya.. sampai ati..

ZOMBA ZOMBA
Kuseru Dikau Wahai ZOMBA * JAMPI


Amacam percaya tak dengan gua sekarang haha..

Aish korang minggu depan aku da nak masuk U.. doakan aku.. *tetiba terselit entry untuk minggu depan pulak haha!!




Monday, July 02, 2012

Blogger Ditemui Mati Dalam Keadaan Tragis

Oaklahomakkau - Seorang blogger ditemui maut di dalam rumahnya dalam keadaan yang amat menyedihkan dan tragis. Mangsa Mat Jenol Bin Sumpit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pembantu rumahnya yang berasal dari negeri yang pernah dijajah oleh Portugis suatu ketika dahulu.

Gambar Ihsan Google


Mak Jenab tanpa melengahkan diri menempah tiket kapal terbang gergasi cap bas udara EH Tiga Lapan Najwa Latif (EH 3 8 0). Untuk makluman Mak Jenab tempah je tapi tak payah bayar sebab Mak Jenab duduk dalam ruang tayar spare. Tak percaya sudah! Mak Jenab bukannya gemau sangat pon naik kapal terebang Fly sana Fly sini tapi apakan daya demi sesuap nenen nasi Mak Jenab gagah kan jugak diri ni untuk FLY demi nusa bangsa mangsa dan negara.


Haa tu ruang tayal yang mak duduk. ruang no 13 susur 8 celah longkang.

Baiklah Mak Mulakan berita mak ni yer. Sejurus Mak Jenab sampai dekat kawasan kejadian Mak Henshin (bertukar) kepada wajah kesayangan hamba laki Mak Jenab, Pak Jinggo Jenglot. Hot dan gojes gituh.



Ahh inilah gaya Mak Jenab kalau menjalankan tugas. Bak kata orang muda JAMAN sekarang HIDOP BIAU SELUMBAR. EH nampak tu Mak Jenab mengarut sudah.

Setibanya Mak ke rumah mangsa, Mak dengan segera menerjah pembantu rumah blogger tersebut.

Mak Jenab : Assalamualaikum, awak ker pembantu rumah ni?

Senah Manap : Ye saya. Eh engko ghupanya JENAP! Hawau kau! Lame tak dengar cerita kau. Kau apekes datang sini? Nak carik HANAK HIKAN ke? Ke ko nak terai mak esah kat sini bagi UP ape yang patot.

*mak esah = bomoh 

Mak Jenab : Senah kau rupanya pembantu rumah blogger terhandal ni. Eh ko jangan buat cerita aku sumbat mulut kau dengan Pam Semput aku ni karang. Eh dah sambung cerita ape kes majikan kau maut sampai macam ni rupa. Tragik ni Senah oii.

Senah Manap : Aku memang sedih tengok majikan aku mati dalam keadaan macam ni. Bayangkan malam tadi aku sedang sedap mengerang tiba-tiba aku terdengar jeritan bos aku nih. Tak sempat aku habiskan mengerang aku terus bergegas ke dapor. Tengok-tengok dia mati dalam keadaan macam ni.

MENGERANG = Makan kerang

Mak Jenab : Kesian yer bos kau. Terima kasih lah atas keterangan kau.

Blogger terkenal tersebut (lupa dah nama MOHON tengok atas balik)  di semadikan di tanah perkuburan kudaku lari gagah berani tunggangan kak MELAH kopi dangdut, di  celahan pohon cemara Oaklahomakkau.

Punca kematian dikenal pasti : Blogger terlalu banyak meluangkan masa untuk mencari Idea untuk update blog untuk menyegarkan otak pembaca blognya untuk menghindarkan lebih ramai stress untuk mengurangkan kadar kematian akibat bunuh diri untuk memajukan bangsa .

SEMOGA READERS GUA SUKSES DALAM MENGATUR LANGKAH KEARAH JALAN TASIK CHINI CELAHAN SUNGAI TASIK RAMBAI TEPI RUMAH MAK SIMPOH


ENTRY REKAAN SEMATA

Friday, June 29, 2012

Hari Sukan Sekolah Rendah VS Sekolah Menengah

Assalamualaikum...

Bukak dashboard,
New post,
Tunggu seminit dua,
Tunggu lagi..
Tak jadi update terus close dashboard..

Itu terjadi time gua tak hada idea..
Sedih bukan. Seorang blogger ketandusan idea...

Gambar Ihsan GOOGLE


Hari sukan... Hari sukan..
Yeahh yeah.... budak sekolah rendah jer terkinja-kinja nak sambut hari sukan...
Budak sekolah menengah???

Latihan rumah sukan pon bagai cabut nyawa nak suruh turun..
HAHA..
Tapi gua kehadiran penuh..
Sebab gua ni ceti Rumah Sukan gua..
*gua Nama je bendahari.. tapi kutip yuran tak pernah sebab yuran rumah sukan taun lepas tak set pon brapa...So dok tayang muka comel jelah kalau turun padang tuh MUAHAHA!!

Ok stop melalut..

Perbezaan antara sambut hari sukan masa sekolah rendah dan sekolah menengah adalah BAHANG hari sukan tuh...

Wohaa...

Sekolah rendah tak ada nak gaduh-gaduh dengan rumah sukan lain.. memasing sibuk nak menang.. memasing sibuk jugak nak lari terkedek-kedek atas padang, ada jugak yang sibuk nak menolong cikgu buat garisan atas padang, dan macam-macam lagi... Takda pikir pon pasal gaduh dan bagai lagih...

Time masuk sekolah menengah pulak memang berbeza gila...

Time hari first perjumpaan rumah sukan lagi dah keluar dah propaganda rumah sukan memasing..
Tak kurang jugak ada yang dok sibuk pindah rumah sukan ikut kawan, ada jugak yang sibuk ajak main kejar-kejar ngan cikgu disiplin sebab tak turun padang, ada jugak yang sibuk promote diri nak jadi ketua rumah sukan.. HIKSS ..
Ada pulak tu time orang tengah bersukan buat cengkerama tepi padang.. #EEEWWWW.. Terasa la tuh...

Bagi gua sukan sekolah rendah dan menengah dua-dua best sebab ada memori tersendiri.. Bagi korang pulak macam mana??

Nota Kaki : Siapa yang nakkan duit segera sila ke sini SAYA NAK DUIT SEGERA

Thursday, June 21, 2012

Segmen BEN ASHAARI dan Saya ..


Assalamualaikum..

TODIA TODIA.. Tertepek sudah muka abang Ben Ashaari kita kat Blog Budak Sengal...

Segmen  lah ape lagi kan...
Nak  join klik header blog bang ben..

Syarat nyer :

Jom mulakan skang  ..
  1. Sila buat satu entri . Letak header BEN ASHAARI.COM diikuti tajuk BEN ASHAARI DAN SAYA .. kemudian linkkan ke entri ini ..
  2. Sila bagitau kat rakan rakan anda , blog camanakah yang anda suka baca dan kenapa?   Haa.. senang je kan ?
Ok gua nak mula mengarang..
Blog yang gua suka adalah blog yang simple, tajuk menarik dan gaya penulisan yang tak berapa skema.. RAWR!!!

Tu je yang gua minat MUAH MUAH!!


Mintak tolong korang semua baca ni sekali :

Bakat-bakat pelajar sekolah
Tiket Percuma Spiderman

Buffered Earning Ke 2 Dari Nuffnang

Assalamualaikum...



Muah Muah gua tujukan kiss tahap gajah mengeletis kat Nuffnang...

Terima kasih sesangat kepada Nuffnang yang telah memilih blog gua yang tak seberapa ni siap bagi BE bagai..

Mula-mula gua tak tau pulak yang blog gua ni ada BE almaklumlah viewers blog gua berapa kerat jer...
Apatah lagi UV kan..

Sehari dua ni gua pelik.. Ape takde iklan lain ke nak disiarkan Inti Collage jer dah masuk dua tiga hari..
So harini gua bukak akaun Nuffnang yang dah lama tak jengah tu tengok laa ada BE rupany..

Alhamdulillah

Syukur.. Allah nak bagi rezeki kan..
Dapat tampung gua masuk U nanti.. #EH??
Sempat ke cashout muahhaha.. Takpon untuk raya lah senang cerita..

Macam mana rupa BE gua kali ni?? Nih nih rupa nya



Dah nampak tu tolong-tolong klik yer.. sayang korang semua..

Ini merupakan kali ke-2 dalam masa gua blogging gua dapat BE..
Alhamdulillah pendapatan BE pertama ada la dalam RM18...
Hope kalini dapat lebih sikit naa...

Nak baca pasal entry BE gua?? Meh terjah meh : 

Wednesday, June 20, 2012

Monday, June 18, 2012

Pabila Charger Menghilangkan Diri

Assalamualaikum..

Gua masih hidup..
Masih bernafas...
Masih CUTE seperti seadanya..

ALHAMDULILLAH semua diatas tu masih ada pada diri gua.. *melainkan ada orang yang asyik menidakkan yang no 3 tu kan haha..
Ada orang terasa ker wkwkw..
Ok dah dah.. gua nak cerita pasal Charger..

Charger = Pengecas..

Hilang charger = tak boleh cas..


PFFFFTTTT gua rasa gua bukan cikgu sekolaah tadika nak ajar korang semua pasal bahasa..

Back to the storyline karang melalut lagi..

Gua ni masih duduk mengangkang kat rumah..
Masuk study pon dalam 33 hari lagi..

PFFTTT lama lagi kan.. mesti ramai GBS yang tak sabar nak tengok gua blah dari timeline tuiter kaan.. (T___T)

So handphone gua jarang pegang..
Almaklumlah gua pakai celcom anak muda remaja zaman sekarang mana guna celcom ekeke..
Sunyi jer handphone gua tu..
Takda orang call tadak orang msj..
Tambah lagi dengan tangan yang gatal silent kan phone..
Mano la ado bunyi.. *Dan battery phone cap ayam gua pon bertahan dengan lebih lama..

Dan semalam baru gua hingat dah tiga hari gua tak chas phone..
Dan niat untuk mengecas datang..

Gua pergi kat tempat iron baju... *tempat biasa cas phone laaa.
Tengok dekat tempat gantung sebelah meja ironing board tak hado pulak charger tergantung..

Keluar carik kat dalam bilik..
Masih tiada kelihatan susuk tubuh charger..

Masuk bilik abang gua..
Selongkar apa yang patut.. *masih tadak susuk tubuh beliau

PFFTTT mano pulak poi nyo charger gua nih..

AHHH!! Sudah semalaman carik charger sampai pukul 1.00 a.m. pon masih tak jumpa..

jangan nak kata memacam.. Gua tak tau  blog quote okai


Then tanpa berlengah lagi gua membaringkan diri di pembaringan..
Memandang siling..
Mendengar desiran angin yang berputar..
Mata kuyu... *THEN TIDO LAAAH ape lagi..

Harini gua bangun dengan penuh semangat..
Jati diri.. *sumpah tadak kaitan..

Bangun-bangun gua duduk atas thinking chair *benda yang biasa gua buat kalau hilang barang


Buat gaya sama macam mamat Blues Clues nih..

Pikir sebelum ni gua cas phone memang kat tempat iron baju..
Tak pernah ada tempat lain..
Dan biasanya gantung charger tu kat tempat sidai baju sebelah ironing board tuh..

Ok dengan langkah yang penuh semangat gua kembali ke tempat kejadian..
Selak punya selak dekat ampaian baju JUMPA!!!
Lokasi nya : TERSELIT celahan hanger

Alhamdulillah.. jumpa jugak!! Gua pon tanpa berlengah mengecas phone yang ibarat baby mintak makanan...


Nota kaki : simpan barang di tempat sepatutnya.. kalau hilang barang duduk berfikir dulu.. jangan membengis kalau hilang barang sebab ianya tak membantu kita jumpa barang tu...

Friday, June 15, 2012

"Speacial GiVeAway By Aiman"

Assalamualaikum Harini gua Join segmen NIH!!
BEST HADIAH NYA

Nak join klik Gamba ni

Syarat Penyertaan :-

1- Wajib Like Sponsor Utama SINI SINI & SINI

2- Wajib Follow Blog Aiman & Ikhwan

3- Wajib Click Ini , Ini . Ini & Ini  

4- Jika Tidak Ikut Syarat-Syarat Di Atas Maka Penyertaan Anda Akan DiREJECT


Cara-Cara Utk Menyertai :-

1- Buat Satu Entry Yg Bertajuk "Speacial GiVeAway By Aiman"

2- Tempek Banner Di Atas & Linkan Ke Sini 

3- Akhir Sekali, Copy Link Entry Tu & Post Di Kotak Komen . Di CBOX tidak dilayan


Senarai Hadiah :-



* Gambar Hiasan

1- Sebuah MP4 utk 1st TOP REFFERAL




2- Dua Pasang Cute Earphone utk 2nd & 3rd TOP REFFERAL


3- 10 Peserta Bertuah Akan Mendapat Hadiah Misteri





4- Blogskin utk 5 Pemenang tajaan Bunny Inspire (BLOG) (PAGE)



Jika Earning Blin.gd & Says.my naek , InsyaAllah Hadiah Akan Bertambah.

Lastly From Aiman, GUDLUCK TO ALL .!!



HAAA AMACAM JOIN LAA!! JOIN JANGAN TAK JOIN!!

Nota kaki : Jom pergi GIG HUJAN NIDJI DAN BUNKFACE 

Todia VECTOR dah Siap!! hehe!!

Assalamualaikum!!

Kan haritu gua ada buat segmen sempena hari jadi blog gua kan..

Ala lupa la tu!!  SEGMEN : SAYA NAK VECTOR

Ok Vector nyer hari rabu lagi dah siap.. cuma lupa nak publish hehe!

SORRY yer peserta semua..

Ok This Vector Milik Syafiq!


Awwhh Sudah korang jangan nak mengeletis nak usha mamat nih..
Ni blog dia kasi TARJAH!! Syafiq Rashid


NEXT!!!

Ok ini Pulak milik Dhia Adawiyah


Eh eh!! Yang jejantans pon jangan nak mengeletis.. Pergi terjah pulak blog ahmoi ni
Eh link blog mana...
HAA NIHA link nyer : Dhia Adawiyah


Ok Yang Ke Tiga!!


This Vector Belongs to Kak Lily Puteh!
Blog nyer Yang Osem Kat sini yer : Lily Puteh



Waaah selesai sudah segmen gua kali ni...
Nanti gua buat lagi segmen yer...  *VAJET RETISSS!!HAHAA!!

NOTA KAKI : Walaupon segmen gua ni tak dapat sambutan gua tak kisah sangat sebab gua buat pon untuk menghargai semua readers gua.. Bukan mintak di Follow. Bukan juga mintak dipuji. HEHE!!

Dengan rasa rendah diri gua mohon undurkan badan ni.. Nak main game ekekek!!!
Rasa nak tempah vector?? gi terjah FB ni : FACEBOOK BUDAK JAHAT

Harap korang sudi baca Entry Ohsem ni yer : Pengalaman Di GIG HUJAN

Monday, June 11, 2012

Say No To Telur Penyu!!

Assalamualaikum..

TELUR PENYU??

Betul kan ni telur penyu
Betul la tuh!!
Itu telur penyu...

Ni gua nak cerita pasal pengalaman malam pertama  EEHH SILAP!!
Pengalaman kali pertama gua makan telur penyu...

Masatu umur gua baru seploh tahun...
Jiran sebelah rumah gua tu balik kampung diorang siap laa bawak ole ole dari kampung..
Diorang siap beli telur penyu untuk kitorang..

WAAH TELUR PENYU!!!

Gua mano pornah makan tolo ponyu teruih laa merengek kat mak gua mintak masak telur penyu tu..
Gua gesel gesel macam kucing mintak penyepak kat kaki mak gua sekali..
Mak gua yang kesian tengok anaknya macam kucing gatal nak mengawan pon merebus telur penyu tu..

Siap merebus telur tu disejukkan dulu... *kalau tak disejukkan mau melecur mulut gua nih..

TIME TO EAT!! ITADAKIMASSS!!

Mak gua pecahkan satu bijik telur tu untuk gua..

"NAH kau amik kau makan laa"

Gua pelik.. Mak gua ni buang tebiat ke nak suruh gua makan telur mentah??
Gua buat muka sememeh..

"Apesal buat muka macamtu makan lah... Telur penyu memang macam nih.. kau yang nak makan sangat kan."

OWH memang macam tuh...
Gua pon amik sudu makan sikit telur penyu tu...

UEKKK!!! UEEKKK!!

Rasa macam nak muntah...
HANYIR...

UEKKK!!! macam mana la ado orang sanggup makan tolo ponyu nih..

Sejak hari tu gua berjanji takkan makan tolo ponyu..

Lagipon buat apa nak tambah dosa kan..
DOSA??

Yalorh kalau kita makan tolo ponyu kita kan menyumbang kepada kepupusan penyu..
Kita sebagai khalifah di bumi Allah sepatutnya menjaga ciptaanNYA..
Bukan memusnahkan!!

EKEKE...

Rasa macam dah panjang jer entry kali nih kan!
ok gua stop dulu..

Nota kaki : ACANO ENTRY gua kali nih ekekee...


SUDAH BACA SUDAH KOMEN??

HARAP SOKONG KEMPEN : Hentikan Makan Telur Penyu

Saturday, June 09, 2012

Sumpah Gua Tak Ngendap Anak DARA!!

Assalamualaikum..

Sebelum gua story mory moh join segmen gua yang hangat2 taik kucing.. SEGMEN : SAYA NAK VECTOR

Ok ok... balik semula kepada cerita..

Semalam gua post kat FB berbunyik ginih :


Ceh sempat lagi mesej dalam Mesjid
Disebabkan semalam gua datang awal ke mesjid sempat post sikit kat FB pasal spek mata yang gua first time pakai masa gi masjid..

Apekejadahnya gua pakai spek dalam mesjid?? ehehehehe
Gua kaber ape sebenanya??
























NIHAH SEBAB NYE!!

Ketumbit baq haaang!! *ni bukan gamba gua


Gua ngaku gua tak tipu!! Gua tak tengok pon anak dara kencin..
Gua tak tipu!!!!
*kalau binatang pon dikira ngendap eh??



Ni pun first time gua kena ketumbit. Selama ni tak pernah kena pon!
Pergh!! Pergh! hilang comel gua..

Selamat masa pergi masjid tu ketumbit tu tak membesar seperti diatas..
Kalau tak mungkin gua akan dikutuk.
Dicerca.. Dihina bagai....                  *perasaan jer lebih =__=

Dalam mesjid pon gua duduk ontok jer..
Kepala tunduk bawah..
Orang tegur dan salam jer baru gua angkat muka..

*WALAUPON KETUMBIT TU TAK JELAS HEEHE

Ketika nak balik dari mesjid korang agak kantoi tak??
EKEKEKE...

Jawapannya tidak..
Mungkin semua orang tak perasan ketumbit gua tetapi perasa yang gua ni


COMEL!!!!

Ado sesapo tak tau acano nak hilangkan ketumbit nih??
Share share la sikit..

RAWR!! SAYANG KORAM SEMUA!!

NOTA KAKI : Ketumbit ni ada orang kata sebab liang pori kat area mata tu tersumbat.. *tak sure betul tak heheehe


Dah baca eh?? Harap korang sudi Tolong klik ni:

Thursday, June 07, 2012

Segmen : Saya Nak Vector *Sempena Ulang Tahun Blog Budak Sengal!!

Assalamualaikum...

Alah mak ai.. gua lupa buat party goyang punggung kaki kat blog gua sempena ulang tahun pertama blog gua!!
Sempena ulang  tahun pertama gua blogging ni gua nak bagi sikit cendera mata kepada readers blog gua...
Ala-ala segmen gitew... *pssst memang segmen

Senang jer syaratnye...


Inilah CONTOH VECTOR nyer.
Sebelum tu tolong klik nih : http://bit.ly/KWPyCW

1. Buat Satu Entry : Segmen : Saya Nak Vector
2. Tampal Banner kat atas nih..
3. Dalam entry tu  letak gambar yang korang nak gua vectorkan
4. Tag dua atau lebih kawan korang *tak buat pon tapa..
5. Like Fanpage gua nih BlogBudakSengal
6. Siap letak link kat ruang komen.
7. 5 pemenang akan gua pilih guna random.org
8. Tarikh tutup Sabtu : 9.6.2012 ISNIN : 11.6.2012
9. Kalau ramai orang join gua up jadi 8 pemenang

Last klik yang ni jugak yer : http://bit.ly/LAo2IQ

Hope segmen ni tak temui kepincangan.. har har har...

Monday, June 04, 2012

Selamat Berjaya Wahai SAHABAT!!

Assalamualaikum..

Hurm.. Gua rasa macam  tadak mood jer..
Idea nak hapdate blog makin kosong.. kosong owh..
Tambah lagi....
Kawan gua yang dapat IPTA semua dah bergerak masuk ke kandang lembu eh silap IPT memasing..
GUA??? Hanya menjadi bibik tanpa gaji di rumah..

Basuh baju,
Sidai Baju....

HAAA tu kerja gua lah tuh!

Semoga korang buat yang terbaik untuk masa depan korang.
Demi keluarga korang...

Kita ni yang bakal mengubah nasib keluarga kita.
Kita ni yang akan melakar senyuman gembira diwajah ibu bapa kita..
Kita ni yang akan mengubah pandangan masyarakat terhadap keluarga kita..

*eh tetiba lah pulak bersemangat waja gaya penyental bontot kuali..

Bila kat sana jumpa kawan baru yang lama jangan dilupakan
Lepas ni kita jarang bertemu lagi sahabat T___T
Silap-silap nanti bila bertemu tengok2 masing-masing dah beranak pinak..

*ok perasaan touching gua da keluar.. selamat gua da remove lagu kat blog

sampai disini sahaja update gua.. amacam ada rupa pakar motibasi tak??


Nota kaki :  Korang nyer target kawin umo bape ek??
                   Apepon kalau kawin jangan lupa ajak gua...

                   Gua memang dah set dah 26 WAJIB KAWIN.. <---- gua set dari mula belajar sivik form 4!!

SEMUA TU GUA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN..

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday #7

Assalamualaikum

Nangis kalau tengok citer nih


Binatang tau setia pada tuannya tapi manusia??

Friday, May 25, 2012

Tutorial : Lukisan Vector - Adobe Illustrator

Assalamualaikum..


RAWR RAWR!!

Tanak cakap panjang sebab entry ni banyak gambar.. Oleh kerana haritu gua post pasal vector drawing gua yang pertama (istilah salah kot.. gua ikut suka jer hehe) ada la rakan blogger yang lain mintak buat tuto.. pergh! PERGH!


Langkah pertama pilih gambar


Adik maniss.. mau nombor boleh


2. Klik layer -> lock layer 1 -> create new layer..


3. Klik pen tool -> klik default fill and stroke -> klik none


4. Mulakan proses membuat outline menggunakan pen tool tadi..
Mulakan ngan bahagian paling mudah.. misalnya tudung
* pastikan korang buat outlinge atas layer kedua tau!


5. Ok ini dia tudung dan muka yang siap di outline kan,.. pasni sambung buat hidung and lain2



6. ini hasil yang gua dapat bila dah outline semua hehee..


7. Toggle visibility Layer 1 tu . nanti akan jadi macam gamba kat atas ni..



8. Selection tool -> Select salah satu outline -> pilih brush -> pilih jenis brush -> Ubah saiz brush
*ulang langkah kepada setiap outline lain yang kita buat..

Tadaaa tudia dah siap..

Terima kasih sebab sudi melihat tutorial gua yang pertama nih..
Mohon berikan komen, Ulasan, Cetusan hati dan dedikasi, dan yang berkaitan dan sama maksud,,
OK kepada tuan badan Kak Baby Zyrang maceh sebab bagi guna gambar..

EH nanti tunggu gua buat tutorial mewarna lukisan vector ni yer!! ^_^


P/S:  untuk besarkan gambar klik jer gambar tu heehe
Nota Kaki : mohon sangat beri komen..


Random Quote GBS