Peminat Setia

Monday, January 23, 2012

Dilema Anak Cikgu

Hai korang semua..
Tengah buat ape tuh.
Hari ni saje je nak share sikit pasal antara tajuk-tajuk karangan yang aku suka buat dalam exam

             **hei ape la kau ni harap je anak cikgu BM tapi tatabahasa pon salah

Ok aku betul kan balik.. hari ni saje je nak share sikit pasal tajuk yang aku suka buat dalam exam

** tengok tu salah lagi laa... tuka balik

Yelah aku malas nak taip balik... exam tu ganti dengan peperiksaan 

** baru betul. kata nak memartabatkan bahasa Melayu kan.

Ok sudah-sudah aku malas nak berdebat dengan diri aku sebab sekarang aku dah hilang idea nak taip pasal benda yang aku nak citer..

Gamba dari Mr Google (aku tak pernah dapat A+ dalam BM)
** actually kau lupa kan..
sebab kau mane pernah simpan kertas periksa bahasa melayu kau
sebab kau takut mak kau baca 

Haiiissshh senyap lah hati... jangan kamu berkata-kata lagi nanti ada orang lain dengar.

Yeahh inilah dilema anak cikgu..
siapa yang mak dia cikgu mesti akan merasakan benda yang sama...

Aku taku tunjuk kertas periksa bahasa melayu aku kat mak aku sebab nanti dia kutuk macam-macam...
Lepastu nanti dia akan cakap "Kau ni dah naik sekola menengah pon tulisan macam budak dajah satu"

** salah kau jugak masa kau kecik tak nak belajar dengan mak kau

Yup itu betul.. kecik-kecik aku lebih utamakan cakap cikgu sebab bagi aku masa tu cikgu tu cakapnya semua betol.. Dan kenyataan nya ramai anak cikgu yang ada habit macam aku ni..
Tak kira la ape jua yang berlaku cakap cikgu adalah 100% benar... Selalu anggap mak bapak yang kerja cikgu tu tipu walaupun parents ajar benda yang sama dengan cikgu matapelajaran ajar..

No comments:

Random Quote GBS