Peminat Setia

Wednesday, January 11, 2012

Kisah Kita Bab 10

\

Malam itu Sofia datang ke rumah ibunya bersama Hakim dan Shahrul untuk melawat adiknya yang dikhabarkan terjatuh oleh ibunya. Dia turut membawa buah tangan untuk adik kesayangannya. Apa lagi kalau bukan CoolBlog kegemarannya.Hakim menghampiri adik iparnya itu.

            “Ni macam mana boleh jatuh motor ni. Mesti tengok awek lah ni.”usik Hakim walaupun sudah mengetahui punca adik iparnya itu jatuh motor.

            “Mana ada lah. Orang elak daripada terlanggar kucing.” balas Fairuz sambil menyedut minuman yang dibeli kakaknya.

            “Tu dahi tu pulak kenapa? Macam mana pulak sampai boleh jatuh tangga?”soal Hakim lagi

            “Yang ni.... Yang ni memang betul sebab tengok awek. Hahaha”balasnya jujur dengan wajahnya sudah merah seperti dipakaikan pemerah pipi.

            “Kau tengok anak kawan mak yang datang ke sampai boleh jatuh ni. Cantik sangat ke dia tu?”

            “Mana ada, orang terkejut tengok yang datang tu rupanya budak yang orang pernah selamatkan daripada kena buli. Sambil tengok dia kaki orang melangkah turun dari tangga. Entah macam mana kaki orang boleh salah landing pulak.”jelas Fairuz panjang lebar.

            “Tu la lain kali kalau turun tangga tu pandang bawah bukan pandang anak dara orang kan dah dapat ubat batuk.”sampuk Sofia yang baru saja selesai mengemas pinggan mangkuk selepas mereka makan malam tadi.

            Fairuz hanya tersenyum seperti kerang busuk selepas mendengar kata-kata kakaknya itu. Mereka sekeluarga kemudiannya bermain dengan Shahrul. Fairuz kemudiannya memberitahu emaknya bahawa esok rakan-rakannya akan mengadakan study group di rumah itu.

            “Mak tak kisah. Janji korang belajar bukan bersembang. Emm.. Puteri join sekali ker?” kata Pn Zai

            “Yup. Dia ikut. Kenapa pulak mak?”

            “Tak ada apa-apa. Cuma mak suka kau belajar dengan budak macam Puteri tu. Dia terror add math, tapi dia lemah biologi so korang boleh tolong naikkan prestasi antara satu sama lain.”
* * * * *

Keesokan harinya Rizal dan Ain tiba pada jam 8.45 pagi. Mereka berdua terkejut sebaik sahaja melihat keadaan sahabat mereka yang kelihatan seperti makluk asing.

            “Ya Allah... Ruz ape dah jadi dengan kau ni. Apesal kau tak cakap apa-apa dekat kita orang. Kalau tak boleh tangguh Apesal kau tak cakap apa-apa dekat kita orang. Kalau tak boleh tangguh study group ni minggu depan.”kata Rizal.

            “Betul cakap Rizal tu. Kesian aku tengok kau.”sampuk Ain pula.

            “Eh! Aku tak ada apa-apa. Sihat. Cuma luka dengan benjol ni jer yang tak elok lagi. Dah jom masuk. Aku nak bagi tahu something dekat korang.” jawab Fairuz.

            Setelah mereka mengambil tempat masing-masing di ruang tamu tersebut, Rizal bertanya apakah sebenarnya yang ingin diperkatakan oleh Fairuz sebentar tadi.

            “Sebenarnya aku nak bagi tahu korang yang ada seorang lagi yang akan join kita dalam study group kita ni.”

            “Siapa yang ikut serta?” soal Ain dengan ghairahnya.

            “Pute...” belum sempat Fairuz memberitahu nama itu, salam telah diberikan.

            “Assalamualaikum....” jelas kedengaran suara Puteri  memberi salam.

            “Waalaikumsalam.. Baru nak sebut nama dah sampai. Panjang umur cik adik kita ni. Baiklah mulai hari ini Puteri akan ikut dalam study group kita ni. Dia kata dia maybe boleh tolong kita semua dalam matematik tambahan.” jelas panjang lebar.

            Puteri yang mendengar penjelasan itu hanya tersenyum.
            ‘Over pulak mamat ni perkenalkan aku dekat budak-budak ni.’ desis hati kecil Puteri.

            “Wah bagus la Fairuz. Jannifer pon kata kat aku dia ni terror add math.Terima kasih puteri sebab sudi sertai akticviti kita orang ni.”kata Ain pula.

            “Sudah lah. Awak semua ni jangan la puji saya lebih-lebih. Dah lah mari kita mulakan program kita ni.” kata Puteri. Dia khuatir jika pujian melambung daripada sahabatnya itu akan menyebabkan dia lupa daratan.

            Hari itu mereka belum memulakan pembelajaran mereka, tetapi mereka sekardar berbincang tentang tugas masing-masing. Fairuz akan jadi ‘cikgu’ biologi, Rizal akan menguruskan mata pelajaran fizik, Ain akan menguruskan matapelajaran kimia dan seperti yang dirancang Puteri akan mengajar mereka matematik tambahan.
           

            Di akhir perbincangan mereka, Fairuz meminta semua ahli study group itu meninggalkan no telefon masing-masing bagi memudahkan mereka berhubung jika terdapat  antara satu sama lain. Rizal kemudiannya menghampiri Fairuz dengan senyum sumbingnya.

            “Wah. Handalnya kau. Nak amik kesempatan mintak no hand phone bukan main taktik kau ya.” usik Rizal.

            “Kepala otak kau. Aku bukan sengaja nak amik kesempatan. Tapi bak kata pepatah orang Melayu dulu-dulu ‘sambil menyelam, minum air’.”balas Fairuz. Mereka berdua kemudiannya ketawa.

            “Korang berdua apasal pulak tergelak-gelak ni. Cerita benda tak senonoh la tu.”kata Ain.

            “Eh! Awak pandai je ye tuduh bukan-bukan kat kitorang. Tak baik tau.”balas Rizal.

            “Sudah–sudah la korang ni harap je pakwe makwe. Kalau bergaduh tu masing-masing nak menang lepas tu kalau salah seorang merajuk, sorang lagi tu report dekat aku pulak.”kata Fairuz yang meleraikan pergaduhan itu.

            “Kita orang buakan bergaduh lah. Kitorang kukuhkan ikatan.”kata Ain dan Rizal serentak. Mereka berdua kemudiannya tersenyum antara satu-sama lain.

No comments:

Random Quote GBS