Peminat Setia

Monday, January 16, 2012

Kisah Kita Bab 11



            Sekembalinya Puteri ke rumahnya, dengan segera dia mencari laptop kesayangannya. Dia melayari laman sosial miliknya dan menaip status ‘Kawan-kawan semua tahu tak cara mujarab untuk sembuhkan luka dengan segera?”. Sebenarnya dia kasihan melihat keadaan Fairuz.

            Tidak sampai seminit pelbagai tips telah diberikan oleh rakannya yang lain di Facebook. Seorang rakannya telah memberitahu agar segera menyapukan minyak kelapa dara di kawasan luka tersebut. Dia merasakan bahawa cara tersebut merupakan cara paling berkesan kerana papanya juga pernah berkata sebegitu.

            Puteri dengan segera memberikan cadangan kepada Fairuz untuk menggunakan minyak kelapa dara tersebut melalui SMS. Sebenarnya papanya lah yang telah meninggalkan komen tersebut di statusnya. Namun kerana terlalu ingin membantu sahabat barunya, Puteri langsung terlupa untuk melihat siapakah yang telah meninggalkan komen tersebut.

            Tidak lama kemudian Puteri menerima panggilan daripada Fairuz. Dia teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut. Dibiarkan seketika Samsung Galaxy Young nya itu berdering dengan nada dering Ombak  Rindu.
           
            “Assalamualaikum. Ada masalah ke Fairuz sampai call saya ni.” kata Puteri memulakan perbualan.

            “Waalaikumsalam. Tak ada  masalah. Cuma nak ucapkan terima kasih dekat awak sebab bagi cadangan nak  sembuhkan luka ni and thanks too sebab hantarkan sekali minyak kelapa dara tu.”jawab Fairuz.

            “Err.. Masalahnya siapa yang bagi minyak kat awak pulak? Saya tak de suruh sesiapa pon hanta barang kat awak. Awak salah orang kot.”balas Puteri yang jelas kebingungan.

            “Tapi papa awak kata awak yang hantar.”kata Fairuz lagi.

            “Ermm.. Tak apa lah kalau macam tu. Jangan lupa pakai minyak tu. Ok lah wak. Assalamualaikum.”kata Puteri yang kemudiannya mematikan panggilan tersebut setelah salamnya dibalas oleh Fairuz.

            Tidak lama selepas itu, Puteri sudah mendapatkan komputer ribany dan menyemak semula siapakah gerangan yang telah memberi cadangan untuk menggunakan minyak kelapa dara tersebut. Ternganga mulutnya seketika selepas mengetahui bahawa papanya lah yang telah memberikan cadangan tersebut.

            ‘Mesti papa rasa aku dah jatuh hati dekat mamat tu kan? Habis la aku kalau papa bagitau  cerita ni dekat mama.’omel hatinya.

* * * * *

            Deruman kereta Dr Ramli yang memasuki garaj menarik perhatian Puteri untuk mendapatkan papanya itu. Dia menunggu di hadapan pintu sambil bercekak pinggang. Dengan muka yang masam mencuka, Dr Ramli sudah dapat menebak apa yang akan disoalkan oleh anaknya itu sebentar nanti. Dia keluar dari kereta dengan senyuman yang penuh makna.

            “Anak papa ni apesal? Muncung aje. Mesti ada something wrong, some where.”kata Dr Ramli.

            “Papa kan yang hantar minyak kelapa dara tu dekat Fairuz?”soal Puteri kepada papanya.

            “Eh niat papa baik, nak tolong kawan kamu tu biar sembuh cepat. Nanti senang kamu boleh pandang muka dia dekat sekolah je.”balas papanya dengan senyuman sumbing.

            “Jadi kerja pulak orang nak tengok muka dia dekat sekolah dah macam tak ada kerja lain pulak.”balas Puteri yang sudah menarik muncung.

            “Eh mana la papa tahu. Dah jom masuk. Karang tak laku pulak anak papa ni bila orang tengok anak 
papa dah macam itik aje muncung dah sedepa.”usik Dr Ramli sambil tertawa.

            Mereka berdua mmemulakan langkah kaki, tetapi belum sempat masuk ke dalam rumah, Puteri menghentikan kembali langkah kakinya.

            “Ingat papa jangan bagi tahu mama hal ni.” kata Puteri dengan nada mengugut.

            Dr Ramli mengangguk sambil tersenyum. Mereka kemudiannya meneruskan langkah beriringan ke ruang tamu.

            “Puteri kalau papa kawinkan kau dengan Fairuz tu kau mank tak?”soal Dr Ramli kepada Puteri.

            “Nampak ni.”kata Puteri sambil menunjukkan penumbuknya kepada papanya. Papanya ketawa.

            “Takkan papa bergurau pun  salah. Tapi kalua papa kawinkan pon apa salahnye kan.”balas papanya lalu melarikan diri ke dapur mendapatkan isteri tercinta.

No comments:

Random Quote GBS