Peminat Setia

Sunday, January 22, 2012

Kisah Kita Bab 12



Hari itu Puteri tiba ke sekolah tepat jam 7.00 pagi. Dia mencari-cari kelibat Fairuz.

            ‘Datang ke tidak mamat ni kat sekolah hari ni.’ omel Puteri di dalam hati. Dia sebenarnya risaukan keadaan Fairuz sudah pulih atau belum mamat tu.

            Tiba-tiba dia merasa ada tangan yang menepuk bahunya. Kelihatan Ain yang beruniform pengawas menunjukkan jarinya ke arah pentas ketika mereka sedang beratur di tapak perhimpunan.

            “Awak ni apasal. Saya tengah cari orang ni.” Kata Puteri sambil memandang ke arah yang ditunjukkan Ain sebentar tadi. Fairuz!

            “Aku tahu kau cari dia kan?” soal Puteri sambil tersenyum sumbing.

            ‘Alamak kantoi sudah! Relax puteri kau berlakon cepat...”desis hatinya.

            “Mana ada awak ni. Saya tengah cari tetamu yang akan merasmikan program NILAM hari ini. Tapi apasal pulak mamat tu ada dekat atas pentas?” soal Puteri kepada Ain.

            “Eh kau tak tahu ke yang dia tu Tokoh NILAM sekolah kita. Kalau nak kira buku rekod bacaan NILAM dia memang tak sanggup kau tengok. Tak silap aku dia ada enam buku rekod bacaan NILAM yang dah penuh di isi.”terang Ain.

            “Banyak tu. Tapi dia tak dapat ker pergi peringkat kebangsaan ker?”soal Puteri lagi.

            “Tak dapat sebab masa dia pergi peringkat negeri dia setakat dapat nombor tiga jer. Dia kata saingan hebat masa dekat peringkat negeri.”balas Ain.

            Semasa nama Fairuz disebut oleh pengacara majlis untuk memberikan ucapan, Puteri dapat melihat langkah kaki Fairuz terhincut-hincut. Mungkin luka di lututnya itu bergesel dengan kain seluar yang kasar.

            Hari itu Fairuz membuat satu ulasan buku yang amat digemarinya. Puteri sudah tidak sabar untuk mengetahui buku apakah yang Fairuz sukai.

            “Hari ini saya akan membuat satu ulasan buku sempena majlis kita hari ini. Buku yang saya pilih untuk diulaskan pada hari yang bersejarah ini ialah Interlok.”kata Fairuz semasa ucapannya.

            ‘Wah hebat rupanya mmamat ni. Sanggup dia pilih buku yang merupakan topik hangat tahun ni sebagai ulasan buku. Penerangan dia pun jelas dan dia juga membuktikan tiada isu perkauman dalam novel tersebut dengan memberikan beberapa analogi yang mudah difahami semua peringkat umur.’desis Puteri di dalam hatinya.

* * * * *

            Sekembalinya Fairuz ke kelas dia terus mendekatkan dirinya dengan Puteri, Ain dan Rizal yang sedang berborak.

            “Wei jaga percakapan kawan-kawan, ada tokoh dah datang dekat kita.”kata Rizal mengenakan Fairuz.

            “Kau apesal. Nak makan kasut saiz lapan tak?” balas Fairuz yang mendengar kata-kata sahabatnya itu.

            “Ehh!! Rileks la bro. Jangan la pagi-pagi lagi kau nak bagi kita orang ni cium bau stokin kau, lagipun kau boleh ke kejar aku sebab kaki kau kan sakit.”

            “Eh korang ni kalau nak bergurau boleh tak jangan ganas-ganas.”tegah Ain

            “Mana ada kitorang gaduh. Kitorang bermesra je lah.”kata Fairuz dan Rizal serentak.

            “Ok kelas hari ni cikgu masuk lambat sikit jadi jom enjoy !!” laung Fairuz tiba-tiba menyebabkan kelas itu menjadi riuh rendah.

            “Fairuz kamu buat apa ni!” sergah Cikgu Azmi dari belakang kelas.

            Kelas menjadi senyap sunyi semula. Yang kedengaran hanyalah bunyi burung yang sedang mencari makan. Muka Fairuz sudah naik pucat.

            “Cikgu sebenarnya...”

            “Sebenarnya apa!?” sergah Cikgu Azmi.

            “Sebenarnya ‘jom enjoy’ yang Fairuz cakap tu bermaksud jom sambung belajar add math dengan saya cikgu.” balas Puteri yang ingin menyelamatkan Fairuz.

            “Baiklah kalau macam tu saya nak tunggu dekat kelas ni sampai cikgu kamu masuk. Saya nak tengok kamu ajar kawan-kawan kamu ni.”kata Cikgu Azmi sambil tersenyum sumbing.


No comments:

Random Quote GBS