Peminat Setia

Thursday, January 05, 2012

Kisah Kita Bab 6


Hari itu hari sabtu. Pn Zai sibuk di dapur. Semalam Zahara ada memberitahunya bahawa dia akan berkunjung ke rumah Pn Zai. Pn Zai sangat gembira dan menyediakan pelbagai hidangan untuk menyambut kedatangan tetamunya.
            “Ruz kau nak ke mana tu?” soal Pn Zai.

            “Ruz nak  keluar pergi rumah Rizal sekejap. Kita orang nak bincang soalan add math yang cikgu Radiah bagi semalam.” balas Fairuz ringkas.

            “Ok pergilah. Tapi pastikan dalam pukul 11 ni kau dah ada dekat rumah. Mak nak kenalkan kamu dengan kawan baik mak dulu.”

            “Yelah orang balik awal sikit hari ni. Mak kakak dengan abang Hakim datang lah. Special  sangat ke kawan mak tu?”

            “Memang la. Kawan baik mak kan. Kau jalan tu baik-baik, jangan bawak motor tu laju sangat.”

            “Ape dia? Jangan bawak motor tu laju sangat?? So bawak laju je boleh la kan mak?? Hahahaha.... Yelah orang bukan pergi mana sangat pon. Dekat je rumah rizal la mak.” usik Fairuz lalu mendapatkan tangan ibunya dan menyalamnya sebelum dia melangkah ke arah motornya.

            ‘Ni la budak zaman sekarang. Cakap sikit asyik nak mengeleh aje. Sabo jer lah macam Usop Wheelca tuh.’ omel Pn Zai dalam hatinya.

            Dia berfikir lagi apa yang perlu disediakan olehnya untuk menyambut kedatangan tetamu yang sangat ditunggu-tunggu hari itu. Dia segera mengatur langkah ke arah dapur sebaik sahaja teringatkan ayam yang sedang di ‘pecut’. Nampaknya ayam kampung yang telah di’pecut’ itu sudah tidak liat lagi.

            ‘Alhamdulillah, empuk jugak ayam kampung ni. Ingatkan belum empuk. Kalau tak empuk keliur je lah Zahara nak merasa rendang ayam kampung special aku nih.’ desis hati kecilnya.

            Tanpa berlengah dia meneruskan kerja-kerja menyediakan rendang. Mujurlah sebelum Fairuz pergi ke rumah Rizal dia telah megarahkan anak lelakinya itu untuk memayang serai dan bawang. Dua jam kemudian rendangnya siap. Dia melihat kearah jam dinding yang tergantung dihadapan ruang kerjanya di dapur.

            ‘Baru pukul sepuluh rupanya.Baik aku sambung basuh pinggan. Senang sikit kerja aku nanti.’ detik hatinya.

            Sedang leka  Pn Zai mengacau rendang, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Segera Pn Zai mendapatkan telefon itu dan menjawab panggilan daripada sahabatnya Zahara. Rupanya Zahara dan keluarganya terlibat dalam kemalangan kecil dengan sebuah motosikal. Mujurlah tiada kecederaan yang boleh meragut nyawa kepada penunggang motosikal tersebut.

            “Sorry la Zai ye.. Aku mungkin lambat sikit sebab nak kena hantar budak ni dulu kat rumah dia ye.” kata Zahara.

            “La kalau macam tu kau uruskan dulu urusan kau dengan budak tu. Lepas tu datang la rumah aku  ye.” balas Pn Zai.

            “Ok lah. Assalamualaikum.” balas Zahara lalu mematikan talian.

            ‘Sampai lambat pon tak apelah Zahara asalkan kau selamat.’detik hati kecil Pn Zai. Dia kemudiannya meneruskan kerja-kerjanya yang belum selesai.

Ting, tong...


Bunyi loceng rumah yang ditekan daripada luar rumah mematikan laamunan Pn Zai.

‘Mungkin Zahara dah sampai kut. Zahara ni kata dia lambat sikit tapi kenapa tak sampai setengah jam dah settle masalah dia kot?’ telah hati Pn Zai

Dia melangkah dengan segera ke arah pintu di ruang tamu dan membukanya.

“Ya Allah!.”....



No comments:

Random Quote GBS