Peminat Setia

Thursday, January 05, 2012

Kisah Kita Bab 7









“Ya Allah. Macam mana boleh jadi sampai macam ni Ruz. Kau bawak motor laju eh?” tanya Pn Zai kepada Fairuz dengan nada yang agak tinggi.

            “Dah lah Zai kau jangan la tanya anak kau teruk sampai macam tu sekali. Dah macam polis pencen je aku tengok kau ni.” sampuk Zahara yang menahan gelak melihat perangai rakannya itu.

            “Mana ada mak ni. Orang nak mengelak kucing kat tengah jalan tu jer. Lepastu entah macam mana motor hilang kawalan. Then you know what happen.” balas Fairuz.

            “Betul tu Zai. Aku sendiri nampak dia mengelak daripada terlanggar kucing tu. Luka kecik je tu. Kejap lagi suami aku dengan anak aku datang dia bawak sekali perkakas nak cuci luka kecil nih. Jangan risau lah.” kata Zahara lagi menenangkan hati Pn Zai.

            Pn Zai segera bergerak ke dapur dan menyediakan air untuk tetamu yang sangat ditunggu itu. Jus Tropicana Twister itu kemudiannya diletakkan di atas meja di hadapan tetamunya. Mereka berdua kemudiannya berborak tentang zaman persekolahan mereka.

            Fairuz kemudiannya meminta diri untuk menukar bajunya yang terkoyak sedikit. Langkah Fairuz yang sedikit terhincut-hincut itu  dipandang sahaja oleh ibunya dan Zahara.

            ‘Selamat la lutut aku ni je yang luka. Kalau lah muka aku ni terdapat cela hancur la hidup aku nak try usha si Puteri tuh.’ desis hatinya.

            Fairuz kemudiannya turun dengan T-shirt dan seluar pendek sahaja. Sedang dia menurni anak tangga dia terlihat akan kelibat seorang perempuan yang dikenalinya. Serentak dengan itu Puteri memalingkan wajah dengan senyuman. Fairuz terpana dengan senyuman itu dan kemudian....

            GEDEBUKK!!

            Fairuz sudah terjelopok ke lantai kerana kakinya telah  tersalah pijak anak tangga . Kepalanya rasa berpinar. Lebih kurang sejam kemudian barulah dia membuka matanya. Walaupun dia sudah sedar namun pandangannya masih berpinar dan dia terlihatkan bayangan . Sedikit-demi sedikit pandangannya kembali normal.

            “Puteri? Apa awak buat dekat sini?” soalnya kepada Puteri.

            “Mak cik.. anak mak cik dah sedar.” kata Puteri sambil berlari mendapatkan Pn Zai dan ibunya di dapur.

            ‘Eh! budak ni boleh dia lari tinggalkan aku sorang-sorang kat atas sofa ni. Dia tak tau agaknya sebab dia aku terjatuh tadi.’ getus hati Fairuz geram. Dia menggigit bibitnya.

            “Hai anak mak baru sedar. Itu lah lain kali kalau turun tangga tu mata jangan nak melilau sana sini. Kan dah dapat ubat. Luka dekat lutut belum sembuh dah tambah pulak benjol dekat atas kepala. Dam macam ikan flowerhorn aje mak tengok. Hahahaa”kata ibunya yang mendapatkannya sejurus diberitahu oleh Puteri. Tangan Pn Zai dengan tidak semena mencuit dahi anak bujangnya itu.

            “Arghhh!! Sakit la mak ni.” keluh Fairuz agak kuat.

            “Sakit eh. Sorry la. Mak saja nak uji kekuatan anak mak ni.”

            “Zai. Apa kata kau suruh dia bangun dari sofa tu dan suruh dia berjalan.” arah Dr. Ramli kepada Pn. Zai.
            Fairuz kemudiannya melakukan arahan itu. Dunianya kemudian rasa berputar. Dia memegang kepalanya. Sekali lagi dia hampir terjatuh mujur ada Puteri berhampirannya yang bertindak segera memaut lengannya. Sekali lagi pandangan mereka bertaut.

            Puteri yang resah dengan tidak sengaja telah melepaskan pegangannya dan....

            “Aaauuuuuuch.” jeritan kesakitan Fairuz memenuhi ruang tamu itu. Kali ini dia menjerit kerana lututnya yang luka terhentak ke lantai.

            Pn Zai yang melihat insiden itu terasa seperti ingin tergelak melihat keletah anaknya dan Puteri. Dia kemudian bertanya samaada anaknya itu OK atau tidak.

            “Ok mak kata? Orang pening lah lepas tu tambah pulak dengan lutut orang yang terhentak ni mak tanya Ok ke tak?”balas Fairuz dengan nada seakan merajuk.

            ‘Eh mamat ni. Time selamatkan aku bukan main nampak macho. Baru sekali kena macam ni dah nak merajuk dengan mak dia.’ desis hati Puteri  yang sedang menahan tawa itu.

            “Puteri sudah-sudah la tu. Jangan nak gelakkan orang nanti kalau kau terkena ibu gelakkan pulak kau. Kau nak? Lagipun kalau bukan sebab kau terlepas tangan dia tadi tak ade lah dia menjerit sampai macam tu sekali.” soal Zahara yang beserta sedikit teguran.

            “Yelah-yelah. Fairuz saya mintak maaf sebab tak sengaja terjatuhkan awak tadi.” kata Puteri meminta maaf kepada Fairuz.

            “Saya maafkan.” balas Fairuz ringkas beserta senyuman.

No comments:

Random Quote GBS