Peminat Setia

Saturday, January 07, 2012

Kisah Kita Bab 8










Setelah beberapa ketika melayan kerenah Fairuz yang agak keanak-anakan itu, Pn Zai mengajak tetamunya ke meja makan kerana makanan sudah lama terhidang. Fairuz pula ditinggalkan sendirian di atas sofa selepas diberikan ubat tahan sakit melalui suntikan oleh bapa Puteri.

            Puteri bergerak agak perlahan.Ada satu rancangan jahat yang ingin dilakukan kepada Fairuz. Suka pula untuk melihat keletah ‘bayi’ tua itu. Dalam langkah yang perlahan, dia memalingkan kepala dan dengan segera menjelirkan lidahnya sambil membuat lambang ‘good’ dengan tangannya.

            Fairuz yang melihat kelakuan Puteri itu hanya mampu menggetap bibir.

            ‘Sabo je lah’ kata Fairuz dalam hatinya.

            “Haah! Puteri usik Fairuz eh. Kawin kan karang baru tahu. Bukan nak kesiankan Fairuz tu, tapi di ejeknya adalah. Siap eh Puteri kejap lagi. Ada hukuman untuk kamu.” Tegur Zahara yang perasan akan perlakuan anak daranya itu sambil memiuh cuping telinga Puteri.

            Fairuz yang gembira dengan kedatangan ibu Puteri itu tersenyum bangga kerana ada orang yang mahu membela nasibnya itu. Hatinya makin gembira apabila mendengar perkataan kawin yang disebut oleh Zahara.

            ‘Kalau boleh sekarang pon saya nak kawin dengan anak mak cik.’ kata-kata itu hanya terlintas di hati kecilnya. Tidak berani dia meluahkan ayat itu.

            Puteri dan Zahara berlalu meninggalkan Fairuz keseorangan. Mereka menuju ke arah meja makan. Kelihatan Ramli dan Pn Zai sibuk berbual tentang perangai masing masing ketika di sekolah sehinggakan kedatangan Zahara dan Puteri di meja makan itu seolah tidak didengari.

            “Hei dua bersaudara ni kalau berjumpa memang tak ingat dunia kalau berborak. Kau ni pulak  Zai masak banyak benar kenapa? Dah macam orang buat kenduri je aku tengok.” kata Zahara untuk menyedarkan Ramli dan Pn Zai yang leka berbual.

            “Eh! Kau dah ada kat sini ye Zahara.  Tak perasan pulak aku. Mana ada banyak aku masak ni. Dua tiga jenis lauk je. Tu pun tak  tahu apa rasa lauk-pauk aku ni. Hah! Apa lagi. Jemput makan semua.” Kata Pn Zai.

            Sedang mereka bertiga enak menjamu selera, Pn Zai teringat akan anak nya yang sedang berehat di atas sofa di ruang tamu.

            “Alamak lupa pulak nak bagi Fairuz makanan ni.” kata Pn Zai.

            “Tak apa Zai. Puteri ni dah habis makan dah. Kau isi makanan dalam pinggan lepas tu suruh Puteri hantarkan. Ni hukuman untuk kau seperti yang telah mama janjikan. Lain kali buat la nakal lagi.” kata  Zahara yang memandang ke arah Puteri yang sedang mengelap tangan yang baru saja dicuci.

            “Yelah Puteri hantarkan makanan tu nanti.” balas Puteri ringkas.

            Setelah menerima makanan dan minuman untuk diberikan kepada Fairuz, dia bergerak kearah ruang tamu tempat Fairuz dibiarkan berehat.

            ‘Ala mamat ni tidur la pulak.' desis hatinya.

            “Awak bangun lah makanan dah sampai ni.” kata Puteri dengan jelas untuk mengejutkan Fairuz.

            Fairuz yang sedar akan kehadiran gadis itu sengaja membatukan diri. Puteri pula mengulangi ayatnya sekali lagi. Fairuz hanya mendiamkan dirinya.

            “Awak...”

            “HAAAAH!!” sergah Fairuz tiba-tiba ketika Puteri ingin mengejutkannya buat kali ketiga.

            Dengan tidak semena-mena, tindakan refleks oleh Puteri yang mudah melatah itu telah menyimbah air yang berada didalam cawan itu ke muka Fairuz.

            Pn Zai yang terdengar sergahan Fairuz dengan segera menjejakkan kakinya ke ruang tamu. Setibanya dia di ruang tamu, dia tergelak besar melihat muka anaknya telah basah dengah air limau. Puteri yang terperanjat sebentar tadi turut ikut tergelak.

            “Korang berdua ni. Apa la nak jadi. Yang kamu ni pulak Fairuz, kau pergi sergah si Puteri apesal? Kan kau sendiri yang susah. Malam ni kau kena gigit semut jangan mengadu kat mak ye.” kata Pn Zai sesudah dia puas tergelak.

            Beberapa saat kemudian, ibu bapa Puteri sampai di ‘tempat kejadian’ dan hanya mampu menggelengkan kepala melihat Puteri yang mempamerkan riak wajah ‘sepuluh sen’.

No comments:

Random Quote GBS