Peminat Setia

Monday, January 09, 2012

Kisah Kita Bab 9


    

        “Hah Puteri mama dengan papa nak dengar penjelasan daripada puteri. Apasal Puteri mandikan Fairuz dengan air oren pulak ni. Tadi dah la kamu lepaskan dia masa dia nak terjatuh.” kata Zahara meminta penjelasan daripada satu-satunya anak mereka.

            “Bukan salah Puteri lah mama. Salah dia la. Siapa suruh dia sergah puteri kan dah dimandikan dengan ‘puteri kayangan’. Yang penting kulit dia akan menjadi lebih anjal dan gebu  selepas ini.”kata Puteri memberi penjelasan.

            “Ala kesian Fairuz. Kalau Fairuz nak tahu sebenarnya Puteri memang kerjanya melatah aja kalau di sergah. Tu la Fairuz lain kaali jangan cuba jolok sarang tebuan kan sendiri dah terkena.” kata ayah Puteri pula sambil tergelak kecil.

            “Maaf la Fairuz yer saya tak sengaja. Lain kali awak buat lagi yer.” kata Puteri dengan senyuman.

            ‘Aduh baru jer rasa nak marah dengan dia, dia dah guna balik taktik dia tu’desis hati kecil Fairuz yang baru sahaja untuk menarik muka masam dengan Puteri. Namun Puteri telah memberikan penawar kepada rajuknya.

            “Saya maafkan. Tapi nanti siap lah awak kat kelas saya kata kat kawan-kawan awak buli saya sampai kepala saya benjol.”

            “Eh! Korang berdua ni satu kelas ker? Apesal tak bagi tahu awal-awal?” soal Pn Zai.        

            “Macam mana nak bagi tahu mak. Dah macam-macam jadi harini. Tak sempat la nak bagi tahu mak.”

            “Yelah mak lupa. Dah kamu tu pergi naik mandi. Lepas tu buar dressing untuk luka sendiri ye? Hahaha...”arah Pn Zai.

            Fairuz melangkaah longlai ke kamar mandinya. Dia berfikir macam manalah dia nak mandi sedangkan lutunya luka. Kalau terkena air nanti gerenti dia meraung kesakitan.

            ‘Ala. Kata anak jantan. Cuba try siram air dulukat lutut tuh.’kata satu suara.

            Fairuz menggagahkan diri. Dan...

            “AARGHH!!”keluhnya perlahan. Takut nanti mereka yang berada di bawah terdengar.

            Selesai mandi Fairuz berdiri seketika di hadapan cermin. Diperhatikan dengan lebih dekat keaadaan dahinya.

            ‘Habis saham aku jatuh. Semua sebab awak Puteri’ gumam dirinya. Dia kemudiannya tergelak apabila memikirkan sorotan peristiwa yang berlaku ke atasnya pada hari itu. Mula-mula dia jatuh motor, kemudian dia terjatuh tangga dan baru-sebentar tadi dia telah dimandikan oleh Puteri Adlina Bt Ramli. Semuanya seperti telah dirancang.Setelah siap berpakaian, dia turun semula ke ruang tamu. 

            “Baik-baik turun tangga tu. Jangan jatuh lagi karang makin jatuh saham kau tu nanti.” kata Pn Zai yang sedar kelibat anaknya di tangga. Fairuz tersenyum ketika mendengar kata-kata ibunya itu.

            Ketika ahli keluarga masing-masing sedang rancak berborak, Fairuz mendekati Puteri. Sebenarnya dia ingin bertanyakan samaada Puteri mahir dalam matapelajaran matematik tambahan atau tidak. Kalau Puteri mahir dia ingin mengadakan ‘study group’ bersama Puteri.

            “Awak mahir tak dalam matematik tambahan?”kata Fairuz memulakan perbicaraan.

            “Hurmm... Awak tak tahu ke yang saya ni memang sukakan add math walaupun soalan tu susah macam mana sekalipun saya akan cuba buat. Kenapa? Ada sesuatu yang saya boleh tolong awak pasal subjek tu ker?”

            “Alhamdulillah. Kalau macam tu saya nak ajak awak join study group yang kita orang akan buat starting tomorrow.Hmmm... Wanna join us?” terang Fairuz.

            “Tapi boleh saya tahu siapa ‘kita orang’ yang join study group tu tak?” soal Puteri kembali.

            “Ooops lupa nak bagi tahu. Saya, Rizal dan Ain. Kita akan buat dekat rumah saya ni setiap hari Ahad, pukul 9.00 pagi. Any questions?

            “Ok. I will join it with few conditions.

            ‘Eh minah ni orang ajak study pon bersyarat??’desisis hati Fairuz.

            “Ok bagi tau la apa syaratnyer.”kata Fairuz.

            “Rileks la. Esok saya bagi tahu yer. Sekarang ni saya nak cakap kat parents saya dulu pasal program kita esok. Sekejap eh.” balas Puteri lalu meninggalkan Fairuz buat seketika.

            Fairuz hanya memandang sepi pemergian gadis itu.

            ‘Agak-agak apa syarat dia ni eh? Apa-apa pun malam ni aku kena bagi tahu Rizal dan Ain yang aku dah dapat cari budak yang boleh ajar matematik tambahan untuk study group pagi esok.’ detik hatinya.

            Sekembalinya Puteri ke ruang tamu, Fairuz terkejut apabila pak cik Ramli turut mengiringi kehadiran gadis itu. Rupa-rupanya Puteri telah meminta bantuan papanya untuk membuat dressing keatas luka di bahagian lutut Fairuz.

            “Fairuz tahan sikit ye. Pak cik nak cuci luka ni dengan antiseptik sikit. Pedih tau jangan jerit pulak nanti.” usik Ramli.

            ‘Ye lah sakit pak cik ni.Rasa aku macam tak ada apa-apa pun bila dia cuci luka ni tadi.’ getus hati Fairuz.

            Setelah mencuci luka Fairuz, Ramli kembali mendapatkan isterinya dan menyambung perbualannya yang terhenti seketika tadi.

            “Macam mana parents awak bagi awak join study group tu tak?” soal Fairuz yang tidak sabar lagi.

            “Mestilah bagi.”jawab Puteri ringkas.

            Mereka terdiam tanpa kata seketika. Yang kedengaran dengan jelas hanyalah bunyi daripada peti telivisyen dan desiran angin dari kipas yang dipasang laju.

            “Hmmm.. Awak, terima kasih ye sebab suruh papa awak cucikan luka saya.” kata Fairuz menamatkan keheningan itu.

            “Tak apa. Saya tak  nak lah awak datang sekolah nanti luka awak tu tak sembuh lagi.”

            “Sayang jugak awak dekat saya yer...”kata Fairuz perlahan.

            “Apa awak cakap tadi??”soal Puteri yang kurang jelas dengan apa yang diperkatakan Fairuz sebentar tadi.

            “Eh tak ada apa-apa lah.”

            Tidak lama selepas itu, Pn Zai,  Mak Cik Zahara dan Pak Cik Ramli menghampiri mereka berdua. Nampaknya papa dan mama Fairuz sudah ingin berangkat pulang. Fairuz dan Pn Zai menghantar tetamu mereka sehingga ke luar pagar.
            

No comments:

Random Quote GBS