Peminat Setia

Thursday, January 26, 2012

Result SPM

TARIKH KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SPM 2011 AKAN DIUMUMKAN SEKITAR BULAN MAC 2012.

Tarikh Keputusan SPM 2011 pada tahun ini akan diumumkan pada sekitar 15hb hingga 25hb bulan Mac 2012.Untuk pengetahuan calon, keputusan SPM biasanya akan diumumkan pada pertengahan bulan Mac 2012.
Berbalik kepada fakta, pada tahun sebelumnya kesemua keputusan SPM dikeluarkan pada pertengahan bulan tiga untuk setiap tahun. Pada SPM 2010 yang lalu, keputusan diumumkan pada 23 Mac 2011. Justeru, ini menguatkan lagi fakta bahawa keputusan SPM tahun ini akan diumumkan pada bulan tersebut kecuali tarikh yang berbeza.
Apapun, tarikh Keputusan rasmi keputusan SPM 2011 akan diumumkan disini apabila telah mendapat pekeliling tarikh rasmi dari kementerian pelajaran malaysia (KPM).
Kepada semua calon, ini pastinya saat yang mendebarkan bagi anda. Ada yang tidak tidur lena menantikan hari keputusan SPM diumumkan. Semestinya keputusan SPM merupakan satu langkah baru untuk pelajar melonjak ke arah institusi pengajian tinggi atau lebih tepat alam universiti.
Sumber

Merujuk perkara diatas *wah macam tulis surat rasmi pulak..

aku rasa tak tenteram pulak

berapa A aku dapat pon tah ler...

MAMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....


maaf hari ni aku meroyan sikit...

sebab semalam aku mimpi aku tak pergi amik exam Physic paper one sebab aku teman mak aku shopping..

masa tengah2 shopping tu tiba2 aku menjerit sebab baru teringat ada exam....

dalam masa yang sama jugak minda separa sedar aku aktif dan aku teringat...

*kau jangan buat hal la..
ko kan dah lepas amik SPM hari tu..


EH!!
ye laaa...
then aku tersedar lepas tu gelak sorang-sorang...

*inilah akibatnya terlalu takut nak tunggu result..

:D

3 comments:

wanie said...

hahaha..mimpi lawak

LEGGING DAN SKIRT SENDAT....VINTAGE KAH?
hewhewhew..
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/01/nama-vintage-muslimah-tapi-baju-macam.html

araDOT said...

22mac2012 kan ?

e-Zo94 said...

YUP

Random Quote GBS