Peminat Setia

Wednesday, February 29, 2012

Amukan Sang Ratu Rimba JomBelah Sebelum Melingkup

Gambar Tiruan Sang Ratu


TERUKBETUL
- Kalau semalam saya melaporkan tentang adengan tidak senonoh yang dilakukan oleh sepasang remaja yang menerima arahan daripada Sang Ratu Rimba JomBelah Sebelum Melingkup, hari ini ada perkabaran yang tidak baik telah berlaaku di Kampung Seri Mengulau (klik untuk lokasi).


Sang Ratu dikatakan telah mengamuk kerana dirinya telah di sula sebagai hukuman daripada pihak Jambatan Ukhwah maksud saya Jambatan Agama Islam. Sang Ratu telah mengarahkan hulu balang, jembalang, belalang dan kelalang kon untuk menyerang penduduk Kampung Seri Mengulau.


Saya memberanikan diri untuk menemuramah Sang Ratu yang sedang marah dan muka nya agak *blushing* sebab darah dah penuh kat muka.

*tapi cikgu biologi Mak Simah kata mungkin dia ada demam  sebab tu muka dia merah.


Ikuti sesi temu ramah antara saya dan Sang Ratu :

Mak Simah : Assalamualaikum Sang Ratu kenapa sang ratu menyerang kampung ni?

Sang Ratu : Cilako kau.. Yang kau bagi salam kat hantu ni kenapa? Aku sepupu sepapat setan terbakor aku bila kau bagi salam. URGHHH...

Sang Ratu melalak seketika.

Mak Simah : Maafkan saya sang ratu. Saya tak sengaja. Boleh tak Sang Ratu jawab soalan saya cepat sikit saya nak masak ni untuk anak-anak buaya dekat rumah tu.



Sang Ratu : Maafkan saya. Saya ter-over melalak pulak. Baiklah saya sebenarnya marah sebab tu saya serang kampung ni.


Mak Simah : Marah kat siapa tu yer?


Sang Ratu : Kat budak dua ekor tu lah! Saya suruh nyonyot jer ekor ular tu bukan nya suruh diorang masukkan sekali dalam lubang kubur aku. Aku tak suka ular sebenarnya sebab selalu kena patuk dalam kubur sebab masa hidup atas dunia tak istinjak.


Mak Simah : Oh itu kisah nya. Kalau macam tu Sang Ratu dah salah serang. Budak-budak tu dah di bawa ke pusat pemuliha akhlak Kampung Seri Sentosa.


Sang Ratu : Lah awat tak habaq awai2.. Penat saya suruh hantu bawahan saya serang kampung ni. Dah awak ketepi sikit saya nak guna magic saya untuk pulihkan keadaan kampung ni.


Mak Simah bergerak ke tepi. Dengan cahaya bulan.. *eh! itu ayat sailormoon.. ok  ubah..

 "Doton Cirit Engkau Keluar" <--- sihir sang ratu ni macam jutsu citer naruto lak.. layan je lah ye..



Selepas menggunakan sihir itu, Sang Ratu hilang dari pandangan saya dan saya lihat keadaan kampung sudah kembali  normal.


Penduduk kampung kemudiannya mendapatkan Mak Simah dan melambungnya kerana sudah berjaya menyelamatkan keadaan kampung. Mak Simah akhirnya mendapat ganjaran harta benda yang banyak sebagai "a token of appreciation" dan hidup kaya raya.


Berita dilaporkan oleh Mak Simah. Yer aku sendiri. Walaupon dah kaya raya aku tetap akan menulis berita untuk kamu semua. :D

7 comments:

ZaroL said...

wohohoho...jadi heroin la ni ek. =)

Muhamad Azam said...

@Zarol bukan hehehe

mak simah ni jiran sekampung

Miziey said...

Ceit!! korang dah kene kencing dgn hantu tu ah!! manede keadaan kembali normal! itu kampung gua yang sang ratu amik. Dia gi tuka jer kpg gua dgn kpg lu. Ni haa kpg lu masih lagi macam padang jarak, padang bola selepas dibom nih. Pliss, sila amik balek kpg korang. Gua nak claim balek kpg gua nih. Isshh!!

Klau x puas ati, sila kontek ratu tersebut. Kasi settle sama dia.

Muhamad Azam said...

RATTUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Fendy said...

haha..mcm klaka plak...

ErnieFaizal Siti said...

Hehehe..kelako..

Fahz said...

jambatan ka jabatan broo.ke lu saja wat lawak tang tu.kayo mak simah na.jgn lupa bayaq zakat.wahahaha

Random Quote GBS