Peminat Setia

Friday, March 09, 2012

Nenek Diraba Dalam Bas Membuat Aduan

TERUKBETUL - Ya kita kembali ke kawasan TerukBetul hari ini Mak Simah nak melaporkan kejadian Nenek Tua diraba di dalam bas. Mangsa raba, Nenek Silongkang yang merasakan dirinya terhina dengan perbuatan seorang remaja belasan tahun itu tampil membuat aduan kepada Mak Simah untuk dijadikan Headline surat khabar Metronome.

Nenek Silongkang telah menceritakan pengalamannya diraba remaja tersebut. Sungguh tragik ceritanya.

Suatu petang Nenek Silongkang keluar untuk mencari sesuap nasi. Dia berpakayan ala-ala ratu kebaya Anitha Seremban dan seperti biasa dia menaiki bas Picit You untuk ke tempat kerjanya di lorong sungai Choi Preity Zinta di lembah Chenta Luka. *sila search di google maps untuk mendapatkan lokasi tersebut

Setibanya di sebuah perhentian di Kampung Seri Sentosa bas itu berhenti untuk mengambil  seorang remaja bernama Jibam yang kelihatan sempurna dimata Nenek Silongkang. Jibam kemudiannya menghampiri Nenek Silongkang. Dan ketika inilah saat mendebarkan berlaku.

Ketika itu, Nenek Silongkang yang berdebar hanya membuang pandangan ke luar jendela bas. *bas pulak ada jendela..

Tanpa disangka tangan Jibam didapati menjalar kearah pinggang Nenek Silongkang, dan apa lagi adengan yang tidak didunga berlaku. Bunyi-bunyi ganas kedengaran. Nenek Silongkang melalak. Si Jibam mendengus.
Adengan tak diduga itu berlarutan sehingga lebih kurang sejam. Penumpang bas bertukar ganti. Drebar bas hanya merakam aksi yang DASAT itu untuk dibuat koleksi.

Selepas Jibam terkulai layu puas dibelasah Nenek Silongkang barulah kejadian itu  tamat. Buang semua perkara kotor yang ada di minda anda itu. Sebenarnya Nenek Silongkang yang telah menggunakan ilmu Silat Lagenda yang dipelajari daripada Sang Ratu Rimba Jom Belah Sebelum Melingkup untuk mempertahankan dirinya dari terus diraba remaja durjana seperti  Jibam.

Pesanan dari Mak Simah : Kepada nenek-nenek dan wanita jom pelajari ilmu mempertahankan diri dari  Sang Ratu di SINI.

MORAL : jangan sangka orang yang KELIHATAN lemah diluaran tak kuat.. Fikir2 dan renung2kan

P/S klik segala Link yang ada lebih AFDHAL!!

10 comments:

Afiq Yassin said...

nice entry..

jom terjah entry afiq yang baru
http://afiqyassin.blogspot.com/

Boni JLL3 said...

hahahaha..mcm siot.tipah tertipu..haha

Dak Fisha said...

cam ape2 jer. hehe

meisnani said...

hahhahaha bongek je

Nurul Aisyah said...

ni cerita betul ke? kurang faham lah...apasal semua org ketawa??

Fakhrul Haiyin said...

haha. kuat eh nenek tuh.

nia marlissa said...

nak kena mak semah nih

Miziey said...

Ishhh. Apa ni entri pendek jer? ari tu lu komen dekat blog gua sampai lima mukasurat, lagi panjang dari ini entri. At least entri ni buat la panjang-panjang ckit 2km setengah ker. Gua dah hampir klimaks bro. Gua sedar-sedar jer entri lu dah abes. Arrghhhhh!!!! gua rageeeeee!!!
xD

::CIK LYNN:: said...

hahaha...igt btol2 dh td...

Diyana Norman said...

hahaha dah agak dah nenek tu belasah

Random Quote GBS