Peminat Setia

Saturday, April 14, 2012

Aku Dan Bola - Part 2



Aku meneruskan langkah ku mengekori senior-senior ku dan Jinggo turun ke padang bola sepak. Hatiku gundah. Kelihatan beberapa orang pelajar perempuan turut serta pada petang itu. Tidak seperti hari-hari lain.

Sedang leka mataku memerhati sekeliling, tanpa kusedari kakiku yang berkasut sukan itu telah terpijak tangan seorang gadis yang duduk di anak tangga.

"AWRR!! Sakiiit!" jerit gadis itu spontan. Tangannya di goyang-goyangkan.

'Mungkin nak kurangkan sakit.' getus hatiku..

"Aduhhhh! Sakitnya tangan aku ni." kata gadis itu kearah rakannya yang berada di sisinya.

"HOI! Kau ni jalan pakai mata ke tak.." belum sempat rakan kepada gadis itu menyudahkan kata aku telah menyampuk.

"Maaf ye. Saya jalan memang tak pakai mata, saya jalan pakai kaki. Mata tu pulak saya gunakan untuk melihat ketika berjalan. Maaf la sebab saya leka tadi tak perasan tangan kawan cik ada atas tangga. Saya ada hal ni boleh saya pergi sekarang?"

"Imah dah la jangan marah dia. Aku pon salah, letak tangan atas tangga tempat orang pijak-pijak memang la tangan aku sekali dia terpijak. Stop it Imah. Dia ada hal biar dia pergi, aku pon da Ok." kata gadis itu selepas kesakitannya surut sambil tersenyum kearah Imah.

"Kau ni Zila!!" bentak Imah sebelum merapatkan diri ke arah Zila.

'Owh nama awek tu Zila rupanya. Cantik nama dia secantik senyuman tuan badan.' kata hati kecilku.

"Terima kasih"kataku kearah Zila dan Imah.

~ ~ ~  ~ ~

"Apesal kau dengan minah dua orang tu tadi?" soal Jinggo setibanya aku di tepi padang.

"Erk aku terpijak tangan amoi tu tadi. Melalak la dia. Tapi kawan dia tu lak kecoh budak yang tangan sakit tu ok jer.." balasku lemah memikirkan keadaanku selepas ini.

"Ish kau ni jangan la lemah sangat aku dah bagi tau Hariz and geng kita yang kau tak reti main bola, dan kitorang dah setuju nak ajar kau basic dulu. Please semangat sikit. Pasukan bola ni kekurangan orang. Kau je la dapat selamatkan kitorang." balas Jinggo.

"Kau bagi tau diorang? Mana aku nak letak muka lepasni.. GRR!! Habisla kalau semua orang tau aku  kaki bangku." aku buat muka cembrut.

"Dah lah jangan buat muka mintak penampar. Latihan dah nak start tu. Jom."ajak Jinggo


~ ~ ~ ~  ~

"Zila. Kenapa kau bagi muka kat mamat tu?" 

"Err entah, aku rasa macam aku dah selalu dengan dia suatu ketika dulu." Zila masih berusaha untuk mengingati lelaki tersebut.

"Kau ingat tak nama  dia ape?" soal Imah lagi.

"Macam mana aku nak ingat kalau perut aku dah berbunyi..." balas Zila selamba sambil menggosok-gosok perutnya.

"Ok lah. Jom kita pergi cafe." ajak Imah.

Kelibat gadis itu tidak lagi kelihatan disekitar padang. Mereka sudah bergerak kearah Cafe..


-Bersambung-

1 comment:

Miziey said...

Peh! dah rasa macam baca novel plakk. Sila bukukan pelisss. Hihi.
x)

Random Quote GBS