Peminat Setia

Thursday, April 12, 2012

Aku Dan Bola - Part 1


"Dah la tu wei. Cepat la turun Karang Hariz marah karang. Orang semua dah start nak main bola ni." rayu Jinggo.

"Aku malas lah. Ko tau kan aku ni mane reti main bola. Aku ni kaki bangku." kataku dengan nada sedih.

"Ala tak ape. Nanti aku ajar la. Jom lah."

Aku bungkam sambil meneruskan peejuangan ku.

"Cepat la! Kau ni asyik terperap je dalam bilik sambil ngadap Plant Vs Zombie, muka kau pon dah macam Zombie!" laung Jinggo kepada ku.

Dengan spontan aku terkentut selepas dikejutkan sebegitu rupa.

"Erk.. Kau ni ingat aku pekak ker? Jangan la jerit-jerit." kataku sambil meneruskan permainan ku.

"Aku nak settle kan level ni dulu, kau turun lah dulu nanti aku ikut kau." kataku lemah sambil mengketik-ketik tetikus.

'Apesal pulak mamat ni senyap jer. Biasa dia akan meneruskan salakan nya yang seghupa anjing tu sampai aku bangun betul-betul' getus hatiku. Lantas ku tolehkan kepala ke kiri dan kekanan ku.

'Eh biar betul mamat nih. Tadi dia ada aje, ni dah lesap pulak. Ke tadi aku bercakap dengan hantu kalau betul aku bercakap ngan hantu boleh aku panggil geng Seekers temuramah aku.' bulu roma ku sudah meremang, sudah seperti bulu kucing parsi.

Tubuhku ku gerakkan dan mengubah dari keadaan terlentang kepada berdiri. Bertapa terkejutnya bila aku dapati Jinggo berada dalam keadaan kaku, lidahnya sudah terjelir panjang. Matanya sudah tertutup.

Aku kaget.

Aku menerpa kearahnya. Tanganku menjalar ke batang lehernya. Masih bernadi. Tetapi nafasnya sudah seperti lembu yang menggelupur selepas disembelih.

Aku teringat! CPR.

Dengan segera aku merapatkan muka ku dengan mukanya. Mulutnya ku pegang. PERGH bau tempoyak Mak Tijah masih pekat. Tapi demi menyelamatkan rakanku segera aku merapatkan mulutku... Tinggal beberapa cm sahaja lagi mulut kami akan bersentuhan.. ARGHH,.... aku tidak berani melakukan CPR keatas rakanku sendiri.

Baiklah aku akan menggunakan cara kedua. Aku bergerak mengambil pemukul lalat elektrik lalu memeriksa kondisi bateri alatan itu. Hurm bagus.. Masih berfungsi. Aku dengan segera meletakkan alatan itu diatas kawasan sensetip sahabatku lalu ku alirkan arus elektrik.

"ARGGGGGHHHH!!!!"

Pekikan dari Gorila JANTAN hutan Organik bergema. Nampaknya teknik yang kugunakan itu berjaya. Jinggo sudah sedar dari pengsannya. Dia memandangku dengan pandangan Gorila jantan yang terganggu ketika ingin mengurat Gorila betina.. Penumbukknya telah digenggam kemas.

Belum sempat dia menerpa diriku sudah ada ketukan di pintu. Aku segera membuka pintu dan ito dia... Segerombolan anak manusia berperangai kambing telah memenuhi bilik kami.

"Woi Jinggo ko apesal menjerit tetiba? Gila ke? Dah la penat kitorang menunggu kau dekat bawah ko tak turun-turun." marah Hariz kepada Jinggo.

"Erk takde ape.. Aku cuma nak ajak budak ni turun jer." balas Jinggo sambil menuding jari kearahku.

"Dah korang berdua ni. Pergi turun segera!" arah Hariz menggunakan kuasa Vetonya sebagai ketua aras.

Aku mengekori mereka.

"Jinggo kau tolong ajar aku yer" kataku.

"Ye lah. Ye lah." balasnya.

" EH apesal ada awek pulak kat padang ni. Ramai pulak tu. Malas lah kalau macam ni." kataku sambil memusingkan kembali badanku.

"Kau jangan nak mengada. Tak payah risau. Nanti aku ajar kau." balas Jinggo.

-Bersambung-

6 comments:

Miziey said...

Ouh, hampir sahaja terjadi hubungan terlarang disitu. Nasib baik sempat diselamatkan. Maka tahu lah gua apa punca gegaran gempa bumi yang berlaku semalam. Hahah.
xD

Phat said...

mencik la sambung2

ZaroL said...

Suka no bsambung...dup dap dup dap

hyz said...

aku tak paham dowhh...... dah 2 kali aku baca....

cahaya hidayah said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
senang hati lepak kat sini...urm..saya ada sesuatu yang mampu mengubah hidup anda.
anda mampu menjana pendapatan lebih dr biasa...hanya 3 bulan pertama anda boleh dpt RM30 000. dan terus meningkat...anda boleh lakukan walaupun anda seorang pelajar, suri rumah,atau yang sudah bekerja....jika anda berminat, sila hubungi iesya: 0126025279.

ain dzaya said...

ahaa..setuju dgn mizie....bawa bertaubat la azam..hahah

"Ain memalukan diri sendiri. Terima kasih.".

Random Quote GBS