Peminat Setia

Monday, May 21, 2012

Kisah Kita Bab 13

Kepada pembaca baru : Klik SINI untuk ke bab 1





Cikgu Azmi kagum dengan kehebatan Puteri mengajar rakan-rakannya. Dia semakin kagum apabila ilmu yang di ajar oleh Puteri itu difahami oleh rakan-rakanya.

            “Bagus Puteri. Saya kagum dengan kemahiran awak mengajar matapelajaran yang sukar sebegini. Rakan-rakan kamu pula langsung tidak menunjukkan sebarang tanda kebosanan ketika kamu sedang mengajar.”kata Cikgu Azmi.

            “Tak adalah cikgu. Saya memang minat mata pelajaran ni. Mencabar.”balas Puteri ringkas.

            “Baguslah kalau macam ni! Nanti dah besar boleh jadi cikgu pulak. Ajar anak bangsa kita matapelajaran yang bangsa kita anggap susah sangat ni.”kata Cikgu Azmi lalu beredar.

            Fairuz menghampiri Puteri. Senyuman paling manis dihadiahkan Fairuz kepada gadis itu. Kalau bukan kerana Puteri sudah tentu satu kelas akan didenda oleh Cikgu Azmi sebentar tadi.

            “Awak. Terima kasih sangat-sangat saya ucapkan sebab kalau tak ada awak tadi saya gerenti satu kelas ni kena denda.” Kata Fairuz.

“Tak ada masalah tapi disebabkan awak yang mendatangkan masalah awak kena belanja  makan hari ni.”balas Puteri dengan senyuman sumbing. Ada sesuatu yang sedang bermain di dalam fikirannya sekarang.

“La belanja makan jer. Ingatkan apa tadi. Kalau macam tu  saya setuju aje.”balas Fairuz.

“Rizal, Ain datang sini sekejap..”kata Puteri.

“Ada apa Puteri?” soal Rizal dengan muka ingin tahu yang teramat sangat.

“Korang berdua jangan lupa rehat ni Fairuz janji dengan aku yang dia nak belanja kita!”balas Puteri tanpa menyedari kata ganti nama yang yang dia gunakan telah berubah.

            “Eh! Bila masa pulak saya cakap macam tu.” soal Fairuz kepada Puteri pula.

            “Tadi. Saya tak ada pulak cakap kat awak yang awak kena belanja saya seorang kan.”

            “Yess!! Fairuz belanja. Siapkan duit kau banyak sikit Ruz. Kau kenal aku kan.” Mata Rizal bersinar sambil fikirannya menerpa ke arah kaunter jualan di kantin.

            ‘Hari ni hari Isnin. So, aku dah tau ape yang aku akan order dekat kantin nanti’omel Rizal di dalam hati.
            “Zal kau jangan nak mengada-ngada aku tau kau tengah fikir apa. Kau nak order Nasi Ayam Berempah Special Mak Cik Kiah kan.”soal Fairuz kepada Rizal.

            “Yelah-yelah, aku belanja korang sebab adik manis ni tau bukan sebab lain!” Fairuz memalingkan mukanya kearah Puteri lalu tersenyum manis.

            “Hoi Fairuz!! Kau jangan nak bagi penyakit kencing manis yer! Senyum bukan main lebar kau eh, kalah madu lebah punya tahap kemanisan. Aku yang tengok ni pon bukan main geli lagi kau tau tak!” Kata Ain yang geli-geleman melihat senyuman manis Fairuz.

            “Eh!! Terima kasih atas pujianmu Ain. Baru aku tau aku punya senyuman ni boleh kalahkan kemanisan madu lah yer. Agak-agak kalau jual kat pasar malam laku tak? Mana tau boleh buat pendapatan sampingan ker.” Balas Fairuz sambil ketawa terbahak-bahak.

            “Sudah lah kau Fairuz geli aku dengar kau nak jual senyuman pelesu kau tu kat pasar malam. Silap-silap Mak Jemah Sewel yang datang beli. Jangan kau carik aku kalau dia yang beli.”

            “Mak Jemah Sewel? Siapa tu Ain?” Soal Puteri lalu memaparkan riak yang jelas kebingungan.

            “Errr, orang gila lah Puteri. Kau jangan la cuba nak dekat-dekat dengan dia, ada yang tak jejak tanah kau berlari nanti. Kitorang ni dah pernah kena.” Terang Ain ringkas.

            “Hei Zal apesal kau bukak cerita pasal Mak Jemah pulak? Meremang bulu roma aku kau tau tak!” kata Fairuz kepada Rizal. Rizal hanya tersenyum pabila kenangan lalu mengusik memori mereka.

            Mereka kemudiannya megambil tempat masing-masing selepas kelibat guru matapelajaran berikutnya kelihatan. 

6 comments:

Anna Wafie said...

waaahhh2,..Anna po ade wt novel gakk,..singgah la blog Anna jugak,..follow sekali la kalaw boley,..Anna da follow awak,..thankzzz,..nice entry,.. lovesokmo.blogspot.com

Muhamad Azam said...

sedang menerjah blog @ana!!

Arman Zafri said...

menarik!, teruskan menyambungnya nanti ;)

hairy said...

wahhh mearik weh!! gudluck

Kyra said...

eh awak boleh submit dekat penulisan2u :) best..
jemput komen sy pnya lak..baru je bljar menulis =.=

http://kyraismera.blogspot.com/2011/11/sketsa-kehidupan.html

Selendang Merah said...

jalan cerita yg menarik dik...cuma perlu mendalami watak yg kita nak hidupakan dalam entri tu..kalau dpt hidupkan watak tu dengan ada rasanya lagi best..go go go adi gud luck..cepat sambung...:)

Random Quote GBS