Peminat Setia

Tuesday, December 04, 2012

Reaksi Sensasi Masyarakat : "KEFLATULENAN"

Gedebam Gedebum angin menderu,
Taufan Sandy memangnya ganaih...
Kentut with silencer memang bau..
Apakan daya perut tak mau lepaih...


Kentut atau nama kampungnya  angin suam merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi setiap hidupan di dunia... Ye hidupan mamalia terutamanya!! Pakar kentut telah memberikan nama saintifik bagi kentut iaitu "KEFLATULENAN" sejak berabad dahulu..

Menurut wikipedia:

Kentut dibebaskan dengan tekanan melalui dubur, dengan mana, akibat otot sfinkter dubur bertenang secara sengaja atau tidak sengaja. Ini membebaskan gas dari rektum bahagian bawah. 

AAHHH!! Sudah hentikan kefaktaan entry ini.. Naik nyampah baca fakta kan...

Harini Milah (PSSTT nama baru wartawan Sensasi) akan melakukan temubual dengan orang ramai di Pervertlion, daerah Segamat Timur. Soalan kebanyakannya berkisar tentang Keflatulenan dan kehidupan seharian mereka..

Soalan pertama ditujukan kepada seorang gadis yang hangat menjadi bualan Tuiter iaitu TikaXChumel (@EtiqaCarpet) yang memaksa saya mengajukan soalan semata nak masuk berita Sensasi nih.. *GEDIKS you all!! Nyampah Milah!

Etiqar: HEI Milah wartawan Sensasi!! Mari lah sini soal saya dan masukkan dalam majalah Sensasi!
Milah: ERMM!!*dalam hati taknak tapi soal je lah*
Etiqar: Hah apa lagi dok tecogok je kat Situ mai lah soalh....
Milah: Baik sedia ya dengan soalan saya Tikar oops Etiqar.. Adakah anda tahu apa itu KEFLATULENAN?
Etiqar: Eh apa jenis soalan awak tanya ni Milah, apa maksud perkataan tu.. Ke awak mencarut dekat saya nih!
Milah: Maaf lah Etiqar kalau awak rasa saya mencarut, tapi maksud perkataan tu adalah kentut..
Etiqar: Hei! Apa lah awak ni milah kotor CHOOOIII!! Saya ingat wartawan Sensasi ni nak soal lah pasal saya nak bogel demi mendapatkan Wan Jijah Melon pemain bola sepak terkenal tu.. EWW Gross!! Dah tak payahn la awak soal saya lagi shuh shuh!


Ah nampaknya tak ada orang nak jawab soalan saya.. Maka saya bertanyakan soalan ini kepada diri saya sendiri...

Ya Kentut. Tidak asing lagi bagi kalangan umat manusia, dan sering dilakukan Milah. Tapi saya kentut jenis beradab. Tak pernah saya kentut merata tanpa lihat keadaan dan situasi melainkan TERLEPAS.. Terlepas ni situasi dia adalah ketika dari duduk nak berdiri, atau ketika sukan acara lompat katak... Benda kita tak duga kan...

Tapi Milah sebenanya geram jugak.. Ada setengah orang tuh sengaja je lepas angin dia tak ikut time dan tempat tanpa rasa malu.. EWW!! Geram Milah Geraaam!! Pernah satu ketika tuh time kita makan pon sengaja dilepaskan angin nyer.. Kalau slow tak apa... Ini angin keluar mengalahkan gajah sendawa!!Geram Milah.. Rasa nak je baling lesung batu yang baru je lepas lumatkan cili api 45 biji kat dapur tuh.... Selamat Milah dapat bersabar!

Ada lagi satu jenis manusia ni, membuang tak kuat bunyi tapi bau dia mengalahkan bau telur tembelang... Mengancam! tak terkata tahap bau gas dia tuh!! Tapi bila kita tanya sapa punya dan semestinya lagu "Tapi Bukan Aku" berkumandang... Ahaha,,, Tapi sebenaunya kalau Milah buat milah pon melalak lagu tu hehe!!

Itulah ragam manusia, Lempar Batu Sembunyi Tangan... Tapi kentut bukanlah masalah besar pon Semua orang pernah kentut... Orang jer yang memperbesarkan masalah ni... HAUHAUHAU!!

Renung-renungkan dan selamat Sensasi dari Milah Sensasi... Wartawan sensasi, kalau tak sensasi bukan Milah.. Itu MELAH!! RAWR!!

7 comments:

Aida Omar said...

apa kes citer pasal kentut nie oih..

afzalsukasuki said...

mana ko tau suam?aku selalu minta kentut ais tabur kat kedai..ada je

OUTBOUND MALANG said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Memaafkan adalh cara balas dendam yang paling mulia.

OUTBOUND MALANG said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Memaafkan adalh cara balas dendam yang paling mulia.

K-RUL said...

Terbaik la.. Ni maaf sikit mengganggu ohwan nak jemput tuan page dan raka-rakan semua join contest yang ohwan buat sekarang ini.. Hadiah keseluruhan bernilai Rm200 untuk pemenang.. http://www.ohwan.net/2012/12/topup-percuma-dari-ohwan.html

aisyah lola cham said...

done follow your blog

saifudin abu izzudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih keberhasilan
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

Random Quote GBS