Peminat Setia

Saturday, January 28, 2012

Pergaduhan dengan Mr.HATI

Dalam masyarakat kita perkataan tapi memang tak boleh lepas dari mulut...

Sebab kita selalu meragui  kebolehan yang kita ada...

ATAU

Nak mengelak daripada kerja yang Parents suruh!!

BETUL TAK??!!

Jangan tipu aku

Aku tau semua orang pernah bagi alasan..

Alasan pulak kena mula dengan perkataan tapi..


Contoh pertama : Kawan ajak pergi sekolah ada kelas tambahan cikgu saja nak buat..

Ada la satu dua 'Hamba' ni tak nak pergi sebab nak date.. Diapon jawab laa


"Tapi... mak aku tinggal sorang tak ada orang nak jaga" - bagi aku alasan ni boleh diterima kalau mak dia sakit tapi kalau mak dia sihat macam yang kat bawah ni tak kan nak teman jugak??




Tapi (alamak aku dah guna "TAPI")

kalau dia bagi alasan mcam ni :

"Tapi... Aku tak boleh pergi sebab kucing aku duduk tak berteman kat umah tu." - tak ke nak makan penyepak punya alasan..
Rasa macam pernah guna lak alasan ni...

*Lu cakap ta serupa bikin la

Eh!! Hati kau boleh tak kalau jangan menyampuk kalau aku tengah cerita dekat READERS yang aku sayangi.. Potong stim la lu ni..

*Agak-agak der.. Nak marah pon hati kau.. Kalau aku nangis kau pon nangis nanti..
Kau nak ker orang tau kau tulis Entry sambil nangis?? LOL!!

Eh!! Dah la kau menang... Malas nak gaduh.. (asyik nak menang jer HATI ni)

*Kau merungut lah.. Aku dengar kau tau tak??

HURMM -_-!

*Kau tulis lah muka macam tu.. aku boleh nampak kau tau tak??

Nampak nau kaki DVD...


*Kau post la gamba USOP  tu.. Kau jangan lupa aku ada mata hati "BON@#K"

YE LAH KAU MENANG.. Ok lah readers semua... satu contoh jer aku dapat bagi.. Mr.HATI kalau dah berbicara.. Idea untuk entry aku pon hilang..

tapi tetap nak tulis pengajaran :

Hidup ni jangan banyak BER"TAPI",
Nanti kalau dah tak dapat BER"TAPI",
MENYESAL DIRI

Bahasa mudah:

JANGAN BANYAK ALASAN..


OK READERS TQ BACE...


*AKU MEMEY SAJA KACAU KAU - Mr.HATI

Thursday, January 26, 2012

Segmen " Ya , saya kecewa ! " by Wafa Awla


Kecewa..

Memang kecewa bila dapat keputusan PMR taun 2007 yang lalu...

Penat gila berusaha bersungguh-sungguh, last-last target nak dapat 8A tak kesampaian...

Just dapat 7A 1B jer...

Bertambah kecewa bila matapelajaran Sejarah yang kerja khusus aku tak tiru satu ape pon dari kawan aku yang lain, dapat B...

Tapi kawan aku yang tiru aku, Sejarah dia dapat A..

Kecewa sangat sebab masa belajar sejarah time Form 3 dulu aku tak pernah miss buat nota yang cikgu suruh... Tapi tak jugak dapat A

Kecewa jugak bila pikir-pikir balik..
kalau tak kerana aku dapat B dalam sejarah tentu sekolah aku ada 3 orang yang dapat straight A's dalam PMR...

Kecewa.. Menyesal sampai sekarang tak sudah..




Tahun lepas (2011), Masa jawab SPM aku target tak nak dapat B lagi dalam matapelajaran sejarah..

Starting Form 4 lagi aku dah niat kalau time Sejarah tu FOKUS!!!

Dan MESTI DAPAT A!!

Ini lah kekecewaan yang paling besar pernah aku rasa dalam hidup ni..

Sekarang tinggal tunggu result SPM je..

Apa yang boleh dilakukan sekarang ni adalah berdoa dan berharap sahaja...


DOAKAN KEJAYAAN AKU YE :)

Result SPM

TARIKH KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SPM 2011 AKAN DIUMUMKAN SEKITAR BULAN MAC 2012.

Tarikh Keputusan SPM 2011 pada tahun ini akan diumumkan pada sekitar 15hb hingga 25hb bulan Mac 2012.Untuk pengetahuan calon, keputusan SPM biasanya akan diumumkan pada pertengahan bulan Mac 2012.
Berbalik kepada fakta, pada tahun sebelumnya kesemua keputusan SPM dikeluarkan pada pertengahan bulan tiga untuk setiap tahun. Pada SPM 2010 yang lalu, keputusan diumumkan pada 23 Mac 2011. Justeru, ini menguatkan lagi fakta bahawa keputusan SPM tahun ini akan diumumkan pada bulan tersebut kecuali tarikh yang berbeza.
Apapun, tarikh Keputusan rasmi keputusan SPM 2011 akan diumumkan disini apabila telah mendapat pekeliling tarikh rasmi dari kementerian pelajaran malaysia (KPM).
Kepada semua calon, ini pastinya saat yang mendebarkan bagi anda. Ada yang tidak tidur lena menantikan hari keputusan SPM diumumkan. Semestinya keputusan SPM merupakan satu langkah baru untuk pelajar melonjak ke arah institusi pengajian tinggi atau lebih tepat alam universiti.
Sumber

Merujuk perkara diatas *wah macam tulis surat rasmi pulak..

aku rasa tak tenteram pulak

berapa A aku dapat pon tah ler...

MAMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....


maaf hari ni aku meroyan sikit...

sebab semalam aku mimpi aku tak pergi amik exam Physic paper one sebab aku teman mak aku shopping..

masa tengah2 shopping tu tiba2 aku menjerit sebab baru teringat ada exam....

dalam masa yang sama jugak minda separa sedar aku aktif dan aku teringat...

*kau jangan buat hal la..
ko kan dah lepas amik SPM hari tu..


EH!!
ye laaa...
then aku tersedar lepas tu gelak sorang-sorang...

*inilah akibatnya terlalu takut nak tunggu result..

:D

Monday, January 23, 2012

Dilema Anak Cikgu

Hai korang semua..
Tengah buat ape tuh.
Hari ni saje je nak share sikit pasal antara tajuk-tajuk karangan yang aku suka buat dalam exam

             **hei ape la kau ni harap je anak cikgu BM tapi tatabahasa pon salah

Ok aku betul kan balik.. hari ni saje je nak share sikit pasal tajuk yang aku suka buat dalam exam

** tengok tu salah lagi laa... tuka balik

Yelah aku malas nak taip balik... exam tu ganti dengan peperiksaan 

** baru betul. kata nak memartabatkan bahasa Melayu kan.

Ok sudah-sudah aku malas nak berdebat dengan diri aku sebab sekarang aku dah hilang idea nak taip pasal benda yang aku nak citer..

Gamba dari Mr Google (aku tak pernah dapat A+ dalam BM)
** actually kau lupa kan..
sebab kau mane pernah simpan kertas periksa bahasa melayu kau
sebab kau takut mak kau baca 

Haiiissshh senyap lah hati... jangan kamu berkata-kata lagi nanti ada orang lain dengar.

Yeahh inilah dilema anak cikgu..
siapa yang mak dia cikgu mesti akan merasakan benda yang sama...

Aku taku tunjuk kertas periksa bahasa melayu aku kat mak aku sebab nanti dia kutuk macam-macam...
Lepastu nanti dia akan cakap "Kau ni dah naik sekola menengah pon tulisan macam budak dajah satu"

** salah kau jugak masa kau kecik tak nak belajar dengan mak kau

Yup itu betul.. kecik-kecik aku lebih utamakan cakap cikgu sebab bagi aku masa tu cikgu tu cakapnya semua betol.. Dan kenyataan nya ramai anak cikgu yang ada habit macam aku ni..
Tak kira la ape jua yang berlaku cakap cikgu adalah 100% benar... Selalu anggap mak bapak yang kerja cikgu tu tipu walaupun parents ajar benda yang sama dengan cikgu matapelajaran ajar..

Sunday, January 22, 2012

Kisah Kita Bab 12



Hari itu Puteri tiba ke sekolah tepat jam 7.00 pagi. Dia mencari-cari kelibat Fairuz.

            ‘Datang ke tidak mamat ni kat sekolah hari ni.’ omel Puteri di dalam hati. Dia sebenarnya risaukan keadaan Fairuz sudah pulih atau belum mamat tu.

            Tiba-tiba dia merasa ada tangan yang menepuk bahunya. Kelihatan Ain yang beruniform pengawas menunjukkan jarinya ke arah pentas ketika mereka sedang beratur di tapak perhimpunan.

            “Awak ni apasal. Saya tengah cari orang ni.” Kata Puteri sambil memandang ke arah yang ditunjukkan Ain sebentar tadi. Fairuz!

            “Aku tahu kau cari dia kan?” soal Puteri sambil tersenyum sumbing.

            ‘Alamak kantoi sudah! Relax puteri kau berlakon cepat...”desis hatinya.

            “Mana ada awak ni. Saya tengah cari tetamu yang akan merasmikan program NILAM hari ini. Tapi apasal pulak mamat tu ada dekat atas pentas?” soal Puteri kepada Ain.

            “Eh kau tak tahu ke yang dia tu Tokoh NILAM sekolah kita. Kalau nak kira buku rekod bacaan NILAM dia memang tak sanggup kau tengok. Tak silap aku dia ada enam buku rekod bacaan NILAM yang dah penuh di isi.”terang Ain.

            “Banyak tu. Tapi dia tak dapat ker pergi peringkat kebangsaan ker?”soal Puteri lagi.

            “Tak dapat sebab masa dia pergi peringkat negeri dia setakat dapat nombor tiga jer. Dia kata saingan hebat masa dekat peringkat negeri.”balas Ain.

            Semasa nama Fairuz disebut oleh pengacara majlis untuk memberikan ucapan, Puteri dapat melihat langkah kaki Fairuz terhincut-hincut. Mungkin luka di lututnya itu bergesel dengan kain seluar yang kasar.

            Hari itu Fairuz membuat satu ulasan buku yang amat digemarinya. Puteri sudah tidak sabar untuk mengetahui buku apakah yang Fairuz sukai.

            “Hari ini saya akan membuat satu ulasan buku sempena majlis kita hari ini. Buku yang saya pilih untuk diulaskan pada hari yang bersejarah ini ialah Interlok.”kata Fairuz semasa ucapannya.

            ‘Wah hebat rupanya mmamat ni. Sanggup dia pilih buku yang merupakan topik hangat tahun ni sebagai ulasan buku. Penerangan dia pun jelas dan dia juga membuktikan tiada isu perkauman dalam novel tersebut dengan memberikan beberapa analogi yang mudah difahami semua peringkat umur.’desis Puteri di dalam hatinya.

* * * * *

            Sekembalinya Fairuz ke kelas dia terus mendekatkan dirinya dengan Puteri, Ain dan Rizal yang sedang berborak.

            “Wei jaga percakapan kawan-kawan, ada tokoh dah datang dekat kita.”kata Rizal mengenakan Fairuz.

            “Kau apesal. Nak makan kasut saiz lapan tak?” balas Fairuz yang mendengar kata-kata sahabatnya itu.

            “Ehh!! Rileks la bro. Jangan la pagi-pagi lagi kau nak bagi kita orang ni cium bau stokin kau, lagipun kau boleh ke kejar aku sebab kaki kau kan sakit.”

            “Eh korang ni kalau nak bergurau boleh tak jangan ganas-ganas.”tegah Ain

            “Mana ada kitorang gaduh. Kitorang bermesra je lah.”kata Fairuz dan Rizal serentak.

            “Ok kelas hari ni cikgu masuk lambat sikit jadi jom enjoy !!” laung Fairuz tiba-tiba menyebabkan kelas itu menjadi riuh rendah.

            “Fairuz kamu buat apa ni!” sergah Cikgu Azmi dari belakang kelas.

            Kelas menjadi senyap sunyi semula. Yang kedengaran hanyalah bunyi burung yang sedang mencari makan. Muka Fairuz sudah naik pucat.

            “Cikgu sebenarnya...”

            “Sebenarnya apa!?” sergah Cikgu Azmi.

            “Sebenarnya ‘jom enjoy’ yang Fairuz cakap tu bermaksud jom sambung belajar add math dengan saya cikgu.” balas Puteri yang ingin menyelamatkan Fairuz.

            “Baiklah kalau macam tu saya nak tunggu dekat kelas ni sampai cikgu kamu masuk. Saya nak tengok kamu ajar kawan-kawan kamu ni.”kata Cikgu Azmi sambil tersenyum sumbing.


Saturday, January 21, 2012

Hari NI KE ESOK??

Hari ni mak dengan abah aku tak ada (dari semalam lagi )..
Orang sebelah pulak buat kerja kawin..
Korang tau jer lah aku ni dok kampung kan, kalau orang sebelah kenduri rumah kita pon kena kemas dan berseri-seri sekali..
Almaklom lah karang buatnya sodara mara yang pergi rumah sebelah ni nak terjah rumah kitorang kan... (kalau)



bagai nak gila lah kitorang berkemas..

Sampai berkilat lah cermin jadinya,
(POYO JE LEBIH)

Dalam pukul 8 lebih semua dah siap..

"Zam pergi rumah sebelah jap lagi lah dalam kol 11.30" kata along aku..

aku pon OKAY  jer laa

Aku pon macam biasa on LAPPY

main game
game aku tengah main sekarang :D

 

dalam tak sedar sebab sibuk main game jam dah pukul 11.45

kitorang ape lagi bersilat lah siap..

bayangkan akak aku dah siap pakai baju kurung yang LIP LAP LIP LAP
lebih kurang macam ni la baju akak aku 


baru kitorang perasan..

apesal rumah sebelah ni macam tak ada kenduri kawin pon sebab senyap yang amat

aku pon ape lagi amik phone, aku call mak aku

"mak .. HARI NI KE ESOK??"

"ape yang hari ni ke esok??" mak aku pelik.

"orang sebelah kawin HARI NI KE ESOK??"

"err.. esok laah"kata mak aku

"ESOK??"

 aku dah mula pandang abang dengan akak aku..
ape lagi  ter gelak la kitorang sebab kitorang dah siap melaram kan..

rupanya mak aku saje kata hari ni supaya kitorang kemas rumah awal-awal..


MORAL OF THE STORY : Pastikan betul-betul bila jiran korang buat kenduri supaya tak jadi macam kitorang...

HAHAHA

Entry Tengah Malam

 

Hai followers and readers blog BIG DREAMS ARE ENDLESS...
Korang tengah buat apa tu? 
Kalau ditanya dekat tuan punya blog tak lain dan tak bukan mengadap game je la kerje nya.. 


Aku tahu tengah malam nie ada yang tak tidor lagi sebab sebok dok calling2 BF/GF masing-masing kann..??
JANGAN TIPO NANTI MASUK NERAKA TAU!!

Tak kira lah berhubung guna apa sekalipun..
Ada yang guna ni ----->       

Ada pulak siap nak WC (web cam) guna ni

|
|
|
\/



BETUL TAK..

Apa cara sekali pon korang call BF/GF korang..
Jangan sampai buat benda tak senonoh pulak..

Last sekali just nak ingatkan korang semua :  

"Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!"

Eh!! Jap aku ada lagi satu pesanan kat korang semua....









JANGAN

















TIDOR

















LAMBAT SANGAT

















NANTI DIA DATANG




|
|
|
\/









Friday, January 20, 2012

Al-Fatihah

Hari ni aku pagi-pagi lagi dapat SMS dari kawan baik aku..
Abahnya teklah meninggal pagi tadi..
aku nak minta readers semua jom lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Abd Razak Bin Ahmad..
Semoga roh beliau dicucuri rahmat..


kawan aq yang baju biru (lelaki)


buat kawan aq, luqman, Takziah aku ucapkan, ni je yang aku mampu buat sebab aku ta dapat datang..

AL-Fatihah..

Thursday, January 19, 2012

Hari Ni


Okay.. Baru balik dali Bilik Kaunseling SMK Rahmat..

Borak-borak pasal kerjaya sikit.. dan halatuju lepas SPM nie..

ada 3 persoalan dah dijawab oleh 3 orang cikgu kaunseling..
sebelum cakap pasal persoalan tu baik aku kenalkan sikit cikgu kaunseling aku...

First 
Cikgu Hasnida (tudung Merah)

Second

Cikgu Saberi 
Yang last

Cikgu Zawani (pakai topi kebun)

Diorang kata, keputusan kalau meletop teruskan saje sama ada nak masuk yang berkaitan medik dekat U atau pun why not try  Form 6...
(sebab aku nak jdai DR) :D
Diaorang suruh ubah mind set yang kononnya Form 6 susah... (because dah nama belajar memey la susah)

kalau keputusan biasa saje macam mana pulak??

Diorang jawab kalau macam tu jangan terus ubah benda yang aku minat (medik) kepada benda lain sedangkan dalam medik tu sendiri ada banyak cabang try la amik nursing..

lagipun sekarang ni lelaki sangat diperlukan dalam nursing..

soalan ketiga aku.. kalau result tak bagus??

Diorang jawab diorang tak suka soalan aku yang last sebab aku macam dah rendahkan kebolehan aku sendiri....
diorang tambah lagi.. jarang ada student yang prestasinya bagus dalam setiap ujian boleh dapat result teruk melainkan student tu sendiri memey tak jawab soalan time EXAM... jangan risau sebab kita dah berusaha gigih sebelum ni.. YANG PENTING JANGAN HILANG KEYAKINAN...


Ok lah tu jer yang aku dapat tulis buat masa ni..


untuk readers yang tunggu result SPM dah pikir hala tuju korang??
kita kena ada planning.. kalau salah pilih nanti melingku kita ..

"Aku dah!!" gaya Scha dalam iklan modes hahah

p/s : aku nasihatkan korang jumpa la cikgu kaunseling sekolah korang minta pendapat.. dan buat soal selidik pasal kerjaya.. dari soal selidik tu kita boleh tau bidang apa yang sesuai untuk kita.. : D


Wednesday, January 18, 2012

Ada Kawan Serupa TADAK..

Niat aku baik..
nak bagi korang sedia & tak terkujat bila dah dapat keputusan SPM

TAPI SAYANG LA..

KORANG NI BUAT AKU RASA MACAM ANJING MENYALAK BUKIT

korang tak tahu apa keputusan yang korang dapat masa SPM nanti..

untung-untung kalau korang dah buat PLANNING awal-awal
korang tak delah nanti menyesal..

tapi tu lah manusia...

nanti korang jangan jadi macam peribahasa DAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH


p/s: aku bengang dengan kawan2 yang aku ajak pergi jumpa kaunselor bincang pasal hala tuju lepas SPM..
tapi nak buat macam mana kan... Ikut suka korang lah..

Tips Untuk SEMUA pemain CastleVille


Aku tahu korang yang ada FB tak pernah tak main game..

Tapi kalau main game FB mesti susah nak  menang sebab susah dapat 'barang'

ni ada link untuk dapatkan barang dengan mudah untuk game CastleVille yang aq tengah main

\/

CLICK YANG NIH


ni bukan spam atau churp2


Bertepuk Sebelah Tangan


Harini tertarik nak buat entry pasal "Cinta Bertepuk Sebelah Tangan" lepas terbaca status kawan kat Facebook tadi...

Masalah ni biasanya terjadi dekat lelaki sebab kalau jadi kat perempuan itu namanya dah lain..

Perigi Carik Timba namanya..

Hey man chill la sikit... baru cinta kena tolak kot..

Be strong ler..
Buktikan lelaki tak mudah mengalah kalau korang nak jugak dengan awek yang baru je tolak kau....
Korang kena kaji balik sebab apa awek tu tolak kau..

Caranya mudah, rapat dulu dengan kawan awek tu..
Tanya la sikit kat kawan dia tu sebab apa awek tu tolak kau...

Kalau dah tau sebab awek tu tolak kau, kau perbaiki diri kau..
Dalam tempoh masa korang perbaiki diri, jangan cuba-cuba nak call or SMS awek tu...
Kalau boleh buat la dalam jangka masa yang agak panjang misalnya sebulan dua..
Untung-untung terbit jugak rasa rindu kat hati awek tu sebab da tak de orang nak bertekak dengan dia..

(kena ingat berubah ke arah kebaikan adalah satu penghijrahan,
 kan best tu dalam nak cari awek dapat pahala sekali.. jadi perubahan sikap tu biarlah kekal)

Then baru munculkan diri semula..
Buktikan kat dia korang betul-betul dah berubah..

Korang kena jadi kawan yang rapat dengan awek tu dulu..

Kan indah bila memulakan percintaan melalui persahabatan dulu...


OK lah buat masa ni aku stop dulu...
Dalam entry lain ku nak bagi tau pulak cara nak tackle awek tu bila dah jadi kawan...

Tuesday, January 17, 2012

Jom Tambah Follower

HARAPAN??

samsung.jpg
Samsung Galaxy W

WAAAAAHH..

Terfikir kalau aku dapat 9A nak mintak ape..
So dah dapat ni yang aku nak..

TAPI

Harganya RM 899..

WAA meleleh air mata ku...

LAGI SATU TAPI



BOLE KE AKU DAPAT???



Apa-apa pon tunggu je la keputusan SPM...

Monday, January 16, 2012

Terima Kasih

klik la gamba ni

Hari ni suka sangat sebab pageviews boleh jejak sampai 100 lebih...
Terima kasih la dekat semua orang yang dah  view blog Big Dreams Are Endless ni..
Tak tau nak cakap apa..
Terharu (errkk touching sikit hahaha)


ni je la yang bole cakap

Apa-apa pon aku akan buat yang lebih baik untuk memantapkan blog aku nih...

HOPE YOU ALL LIKE MY BLOG...

FOLLOW ME, I'll FOLLOW U BACK





Kisah Kita Bab 11



            Sekembalinya Puteri ke rumahnya, dengan segera dia mencari laptop kesayangannya. Dia melayari laman sosial miliknya dan menaip status ‘Kawan-kawan semua tahu tak cara mujarab untuk sembuhkan luka dengan segera?”. Sebenarnya dia kasihan melihat keadaan Fairuz.

            Tidak sampai seminit pelbagai tips telah diberikan oleh rakannya yang lain di Facebook. Seorang rakannya telah memberitahu agar segera menyapukan minyak kelapa dara di kawasan luka tersebut. Dia merasakan bahawa cara tersebut merupakan cara paling berkesan kerana papanya juga pernah berkata sebegitu.

            Puteri dengan segera memberikan cadangan kepada Fairuz untuk menggunakan minyak kelapa dara tersebut melalui SMS. Sebenarnya papanya lah yang telah meninggalkan komen tersebut di statusnya. Namun kerana terlalu ingin membantu sahabat barunya, Puteri langsung terlupa untuk melihat siapakah yang telah meninggalkan komen tersebut.

            Tidak lama kemudian Puteri menerima panggilan daripada Fairuz. Dia teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut. Dibiarkan seketika Samsung Galaxy Young nya itu berdering dengan nada dering Ombak  Rindu.
           
            “Assalamualaikum. Ada masalah ke Fairuz sampai call saya ni.” kata Puteri memulakan perbualan.

            “Waalaikumsalam. Tak ada  masalah. Cuma nak ucapkan terima kasih dekat awak sebab bagi cadangan nak  sembuhkan luka ni and thanks too sebab hantarkan sekali minyak kelapa dara tu.”jawab Fairuz.

            “Err.. Masalahnya siapa yang bagi minyak kat awak pulak? Saya tak de suruh sesiapa pon hanta barang kat awak. Awak salah orang kot.”balas Puteri yang jelas kebingungan.

            “Tapi papa awak kata awak yang hantar.”kata Fairuz lagi.

            “Ermm.. Tak apa lah kalau macam tu. Jangan lupa pakai minyak tu. Ok lah wak. Assalamualaikum.”kata Puteri yang kemudiannya mematikan panggilan tersebut setelah salamnya dibalas oleh Fairuz.

            Tidak lama selepas itu, Puteri sudah mendapatkan komputer ribany dan menyemak semula siapakah gerangan yang telah memberi cadangan untuk menggunakan minyak kelapa dara tersebut. Ternganga mulutnya seketika selepas mengetahui bahawa papanya lah yang telah memberikan cadangan tersebut.

            ‘Mesti papa rasa aku dah jatuh hati dekat mamat tu kan? Habis la aku kalau papa bagitau  cerita ni dekat mama.’omel hatinya.

* * * * *

            Deruman kereta Dr Ramli yang memasuki garaj menarik perhatian Puteri untuk mendapatkan papanya itu. Dia menunggu di hadapan pintu sambil bercekak pinggang. Dengan muka yang masam mencuka, Dr Ramli sudah dapat menebak apa yang akan disoalkan oleh anaknya itu sebentar nanti. Dia keluar dari kereta dengan senyuman yang penuh makna.

            “Anak papa ni apesal? Muncung aje. Mesti ada something wrong, some where.”kata Dr Ramli.

            “Papa kan yang hantar minyak kelapa dara tu dekat Fairuz?”soal Puteri kepada papanya.

            “Eh niat papa baik, nak tolong kawan kamu tu biar sembuh cepat. Nanti senang kamu boleh pandang muka dia dekat sekolah je.”balas papanya dengan senyuman sumbing.

            “Jadi kerja pulak orang nak tengok muka dia dekat sekolah dah macam tak ada kerja lain pulak.”balas Puteri yang sudah menarik muncung.

            “Eh mana la papa tahu. Dah jom masuk. Karang tak laku pulak anak papa ni bila orang tengok anak 
papa dah macam itik aje muncung dah sedepa.”usik Dr Ramli sambil tertawa.

            Mereka berdua mmemulakan langkah kaki, tetapi belum sempat masuk ke dalam rumah, Puteri menghentikan kembali langkah kakinya.

            “Ingat papa jangan bagi tahu mama hal ni.” kata Puteri dengan nada mengugut.

            Dr Ramli mengangguk sambil tersenyum. Mereka kemudiannya meneruskan langkah beriringan ke ruang tamu.

            “Puteri kalau papa kawinkan kau dengan Fairuz tu kau mank tak?”soal Dr Ramli kepada Puteri.

            “Nampak ni.”kata Puteri sambil menunjukkan penumbuknya kepada papanya. Papanya ketawa.

            “Takkan papa bergurau pun  salah. Tapi kalua papa kawinkan pon apa salahnye kan.”balas papanya lalu melarikan diri ke dapur mendapatkan isteri tercinta.

Sunday, January 15, 2012

Apa Cerita Tuisyen.. XD

Hari tu aku dah cakap kan yang aku nak ajar LIMA orang student kan..

So hari ni nak story la pulak apa jadi masa hari first dengan diorang semua...

Sorang budak yang memang aku dah ajar dari cuti bulan lepas dah boleh nampak perkembangannya...
Dia siap boleh ajar dah kawan dia.. Alhamdulillah...



BANGGA jugak lah bila dia dah buat macam tu..


Dah rasa macam mamat kat atas ni pulak.... XD


Tapi apa yang aku risau sekarang ni pasal 2 daripada 5 orang budak tu..
sorang tu pendiam sesangat tanya sepuluh patah jawab sepatah
Yang sorang lagi pulak BLUR semacam jer....
Risau jugak sebab basic math pon tak berapa dapat...

Apa-apa pon aku harap apa yang aku ajar kat diorang,
Diorang ajar balik dekat kawan dia....

EZO GAMBATEH TO YOU !!!!

 


Thursday, January 12, 2012

JaDi MATH and ADD MATH teacher??


Yeah !! Ni yang aku buat masa tunggu result SPM...

Actually tak pernah terfikir pon nak jadi cikgu tapi mak long aku dah mintak tolong kan nak buat macam mana... Dah alang-alang tunggu SPM terima je lah kannn.. untung-untung duit pon MASYUK =D


Huhu..

Nampak kan gambar dekat atas tu.. macam tu la nanti ganasnya cikgu AZAM... JYEAHH

Tak ada lah.. aku main-main je kot ..
anak orang tu.. pakai hentam jer nak marah-marah....

starting this Saturday dah start mengajar
LIMA orang budak aku nak kena ajar ni..


BAK KATA KAWAN KITA KAT ATAS NI

"GILA COOOOL"

Okay got it tajuk pertama yang aku ajar nanti 


tau tak ape nih??

ini namanya Quadratic Expression & Equation..




yeah... I like this chapter SOOOOOO much..

aku akan ajar dia orang cara senang 
guna ni jer


yang penting  "GOOD LUCK TO MEE"





Wednesday, January 11, 2012

Kisah Kita Bab 10

\

Malam itu Sofia datang ke rumah ibunya bersama Hakim dan Shahrul untuk melawat adiknya yang dikhabarkan terjatuh oleh ibunya. Dia turut membawa buah tangan untuk adik kesayangannya. Apa lagi kalau bukan CoolBlog kegemarannya.Hakim menghampiri adik iparnya itu.

            “Ni macam mana boleh jatuh motor ni. Mesti tengok awek lah ni.”usik Hakim walaupun sudah mengetahui punca adik iparnya itu jatuh motor.

            “Mana ada lah. Orang elak daripada terlanggar kucing.” balas Fairuz sambil menyedut minuman yang dibeli kakaknya.

            “Tu dahi tu pulak kenapa? Macam mana pulak sampai boleh jatuh tangga?”soal Hakim lagi

            “Yang ni.... Yang ni memang betul sebab tengok awek. Hahaha”balasnya jujur dengan wajahnya sudah merah seperti dipakaikan pemerah pipi.

            “Kau tengok anak kawan mak yang datang ke sampai boleh jatuh ni. Cantik sangat ke dia tu?”

            “Mana ada, orang terkejut tengok yang datang tu rupanya budak yang orang pernah selamatkan daripada kena buli. Sambil tengok dia kaki orang melangkah turun dari tangga. Entah macam mana kaki orang boleh salah landing pulak.”jelas Fairuz panjang lebar.

            “Tu la lain kali kalau turun tangga tu pandang bawah bukan pandang anak dara orang kan dah dapat ubat batuk.”sampuk Sofia yang baru saja selesai mengemas pinggan mangkuk selepas mereka makan malam tadi.

            Fairuz hanya tersenyum seperti kerang busuk selepas mendengar kata-kata kakaknya itu. Mereka sekeluarga kemudiannya bermain dengan Shahrul. Fairuz kemudiannya memberitahu emaknya bahawa esok rakan-rakannya akan mengadakan study group di rumah itu.

            “Mak tak kisah. Janji korang belajar bukan bersembang. Emm.. Puteri join sekali ker?” kata Pn Zai

            “Yup. Dia ikut. Kenapa pulak mak?”

            “Tak ada apa-apa. Cuma mak suka kau belajar dengan budak macam Puteri tu. Dia terror add math, tapi dia lemah biologi so korang boleh tolong naikkan prestasi antara satu sama lain.”
* * * * *

Keesokan harinya Rizal dan Ain tiba pada jam 8.45 pagi. Mereka berdua terkejut sebaik sahaja melihat keadaan sahabat mereka yang kelihatan seperti makluk asing.

            “Ya Allah... Ruz ape dah jadi dengan kau ni. Apesal kau tak cakap apa-apa dekat kita orang. Kalau tak boleh tangguh Apesal kau tak cakap apa-apa dekat kita orang. Kalau tak boleh tangguh study group ni minggu depan.”kata Rizal.

            “Betul cakap Rizal tu. Kesian aku tengok kau.”sampuk Ain pula.

            “Eh! Aku tak ada apa-apa. Sihat. Cuma luka dengan benjol ni jer yang tak elok lagi. Dah jom masuk. Aku nak bagi tahu something dekat korang.” jawab Fairuz.

            Setelah mereka mengambil tempat masing-masing di ruang tamu tersebut, Rizal bertanya apakah sebenarnya yang ingin diperkatakan oleh Fairuz sebentar tadi.

            “Sebenarnya aku nak bagi tahu korang yang ada seorang lagi yang akan join kita dalam study group kita ni.”

            “Siapa yang ikut serta?” soal Ain dengan ghairahnya.

            “Pute...” belum sempat Fairuz memberitahu nama itu, salam telah diberikan.

            “Assalamualaikum....” jelas kedengaran suara Puteri  memberi salam.

            “Waalaikumsalam.. Baru nak sebut nama dah sampai. Panjang umur cik adik kita ni. Baiklah mulai hari ini Puteri akan ikut dalam study group kita ni. Dia kata dia maybe boleh tolong kita semua dalam matematik tambahan.” jelas panjang lebar.

            Puteri yang mendengar penjelasan itu hanya tersenyum.
            ‘Over pulak mamat ni perkenalkan aku dekat budak-budak ni.’ desis hati kecil Puteri.

            “Wah bagus la Fairuz. Jannifer pon kata kat aku dia ni terror add math.Terima kasih puteri sebab sudi sertai akticviti kita orang ni.”kata Ain pula.

            “Sudah lah. Awak semua ni jangan la puji saya lebih-lebih. Dah lah mari kita mulakan program kita ni.” kata Puteri. Dia khuatir jika pujian melambung daripada sahabatnya itu akan menyebabkan dia lupa daratan.

            Hari itu mereka belum memulakan pembelajaran mereka, tetapi mereka sekardar berbincang tentang tugas masing-masing. Fairuz akan jadi ‘cikgu’ biologi, Rizal akan menguruskan mata pelajaran fizik, Ain akan menguruskan matapelajaran kimia dan seperti yang dirancang Puteri akan mengajar mereka matematik tambahan.
           

            Di akhir perbincangan mereka, Fairuz meminta semua ahli study group itu meninggalkan no telefon masing-masing bagi memudahkan mereka berhubung jika terdapat  antara satu sama lain. Rizal kemudiannya menghampiri Fairuz dengan senyum sumbingnya.

            “Wah. Handalnya kau. Nak amik kesempatan mintak no hand phone bukan main taktik kau ya.” usik Rizal.

            “Kepala otak kau. Aku bukan sengaja nak amik kesempatan. Tapi bak kata pepatah orang Melayu dulu-dulu ‘sambil menyelam, minum air’.”balas Fairuz. Mereka berdua kemudiannya ketawa.

            “Korang berdua apasal pulak tergelak-gelak ni. Cerita benda tak senonoh la tu.”kata Ain.

            “Eh! Awak pandai je ye tuduh bukan-bukan kat kitorang. Tak baik tau.”balas Rizal.

            “Sudah–sudah la korang ni harap je pakwe makwe. Kalau bergaduh tu masing-masing nak menang lepas tu kalau salah seorang merajuk, sorang lagi tu report dekat aku pulak.”kata Fairuz yang meleraikan pergaduhan itu.

            “Kita orang buakan bergaduh lah. Kitorang kukuhkan ikatan.”kata Ain dan Rizal serentak. Mereka berdua kemudiannya tersenyum antara satu-sama lain.

Random Quote GBS