Peminat Setia

Thursday, April 26, 2012

Selamat Tinggal BLOG

Assalamualaikum..


Sudah tiba masanya gua mengucapkan selamat tinggal kepada blog ini...
Setelah sekian lama gua mengerah tenaga untuk membina blog ini.. inilah saatnya gua menghentikan usaha gua...

*EH intro semacam
Arghh ini sebab sebenanya kenapa gua ucapkan ayat2 diatas...
Alah tak lama pon...


PLKN SIRI 9/ KUMPULAN 2 

nama gua tersenarai...
Tapi yang best nya... Tempatnya tak lah jauh mana dari rumah gua.. Ayer Keroh jer =D

Selain tuh gua gerenti akan merindui GBS-ian yang sepanjang masa ni gua habiskan masa bersama...
Alah tapi warga GBS kalau GINDU sesangat kat gua sila lah mintak no TEPONG gua daripada akak TRIUMPH, Abam ANOY, atau kembar Budak Paling Cute Dalam GBS gua iaitu kak DILANG *maaf mention nama kalian semua tanpa sebarang permission..

Gua sayang GBS semua... HUAAA T__T huaa T__T

ARGHH....

Gua tak dapat bayangkan hidup gua tanpa internet kat sana...
HUAAA...

ARGHH.....

Apa nih..
gua bukan nak taching atau kenching..
gua sebenarnya bosang dan kesian kat blog ni sebab tak di UPDATE sebenarnya...

Apa lagi nak cakap ek??

ERMM...
ERMM...

ARGH aku hingat.. kepada nama-nama yang telah gua MENSI diatas sesila la bagi makanan kat DINO belaan gua eh..

Readers blog pon boleh buat benda sama..
Mudah jer.. sesila la rajinkan diri KLIK iklan-iklan tu yer =D

Nota Mintak KAKI : Sila kaki-kakikan DINO saya kalau diorang bergaduh yer...

Monday, April 16, 2012

TING TONG


Assalamualaikum...

Todia.. Doodle yang dah rupa dodol hasil Kedai Gamba Adobe yang tak seberapa...

Pergh pergh... kepala gatal masa buat tadi tu yang dodol pon ala-ala gatal kepala macam ada satu kolony kutu atas kepala... Kenyang kutu tu dapat darah... *EH Kepala aku tak de kutu okeh!!

Ape aku melalot daaaa....
Kembali kepada topik utama yang hangat menjadi perbualan bagi bebudak baru lepas SPM macam gua ni..
Memang peningkan nak pilih course mana...

Aku lagi pening baru-baru nih ada tiga tawaran datang.. Ketika itu terjadi lah aksi yang tak sepatutnya dalam rumah... aku melalak.. meraung.. mengilai... Tapi semua dalam hati laa.. sebab nanti aku kena cop GILAK karang dah susah.. 

Tawaran pertama : 
1. Diploma Akaun kerjasama dengan UiTM - Polytech MARA
2. Diploma in Physiotherapy - UniKL RCMP
3. Diploma in Physiotherapy - KLMU *gua bukan retis KLMU okeh!!

Pikir punya pikir.. tanya punya tanya... bincang punya bincang.. aku rasa aku dah tau mana aku nak masuk nanti.... 


Eh eh eh... todia bunyi brek EH! dah keluar..

Senarai kat atas tado pulok pasal MICET.. Ni tetiba ada..
Kalau korang baru tau pasal tawaran dari MICET nih sungguh jelas korang tak baca entry ni...

Ok lah sampai sini jer HUPDATE aku harini...
Nota Kaki : Aku nak kemas baju dah.. nak masuk MICET tak lamo lai... *EH!! Lupa lak MICET masuk 22 Julai la awal nyo siap barang.... (=___=)
Tak de lah esok aku nak gi Medical Check Up.. ^____^

Saturday, April 14, 2012

Aku Dan Bola - Part 2



Aku meneruskan langkah ku mengekori senior-senior ku dan Jinggo turun ke padang bola sepak. Hatiku gundah. Kelihatan beberapa orang pelajar perempuan turut serta pada petang itu. Tidak seperti hari-hari lain.

Sedang leka mataku memerhati sekeliling, tanpa kusedari kakiku yang berkasut sukan itu telah terpijak tangan seorang gadis yang duduk di anak tangga.

"AWRR!! Sakiiit!" jerit gadis itu spontan. Tangannya di goyang-goyangkan.

'Mungkin nak kurangkan sakit.' getus hatiku..

"Aduhhhh! Sakitnya tangan aku ni." kata gadis itu kearah rakannya yang berada di sisinya.

"HOI! Kau ni jalan pakai mata ke tak.." belum sempat rakan kepada gadis itu menyudahkan kata aku telah menyampuk.

"Maaf ye. Saya jalan memang tak pakai mata, saya jalan pakai kaki. Mata tu pulak saya gunakan untuk melihat ketika berjalan. Maaf la sebab saya leka tadi tak perasan tangan kawan cik ada atas tangga. Saya ada hal ni boleh saya pergi sekarang?"

"Imah dah la jangan marah dia. Aku pon salah, letak tangan atas tangga tempat orang pijak-pijak memang la tangan aku sekali dia terpijak. Stop it Imah. Dia ada hal biar dia pergi, aku pon da Ok." kata gadis itu selepas kesakitannya surut sambil tersenyum kearah Imah.

"Kau ni Zila!!" bentak Imah sebelum merapatkan diri ke arah Zila.

'Owh nama awek tu Zila rupanya. Cantik nama dia secantik senyuman tuan badan.' kata hati kecilku.

"Terima kasih"kataku kearah Zila dan Imah.

~ ~ ~  ~ ~

"Apesal kau dengan minah dua orang tu tadi?" soal Jinggo setibanya aku di tepi padang.

"Erk aku terpijak tangan amoi tu tadi. Melalak la dia. Tapi kawan dia tu lak kecoh budak yang tangan sakit tu ok jer.." balasku lemah memikirkan keadaanku selepas ini.

"Ish kau ni jangan la lemah sangat aku dah bagi tau Hariz and geng kita yang kau tak reti main bola, dan kitorang dah setuju nak ajar kau basic dulu. Please semangat sikit. Pasukan bola ni kekurangan orang. Kau je la dapat selamatkan kitorang." balas Jinggo.

"Kau bagi tau diorang? Mana aku nak letak muka lepasni.. GRR!! Habisla kalau semua orang tau aku  kaki bangku." aku buat muka cembrut.

"Dah lah jangan buat muka mintak penampar. Latihan dah nak start tu. Jom."ajak Jinggo


~ ~ ~ ~  ~

"Zila. Kenapa kau bagi muka kat mamat tu?" 

"Err entah, aku rasa macam aku dah selalu dengan dia suatu ketika dulu." Zila masih berusaha untuk mengingati lelaki tersebut.

"Kau ingat tak nama  dia ape?" soal Imah lagi.

"Macam mana aku nak ingat kalau perut aku dah berbunyi..." balas Zila selamba sambil menggosok-gosok perutnya.

"Ok lah. Jom kita pergi cafe." ajak Imah.

Kelibat gadis itu tidak lagi kelihatan disekitar padang. Mereka sudah bergerak kearah Cafe..


-Bersambung-

Thursday, April 12, 2012

Aku Dan Bola - Part 1


"Dah la tu wei. Cepat la turun Karang Hariz marah karang. Orang semua dah start nak main bola ni." rayu Jinggo.

"Aku malas lah. Ko tau kan aku ni mane reti main bola. Aku ni kaki bangku." kataku dengan nada sedih.

"Ala tak ape. Nanti aku ajar la. Jom lah."

Aku bungkam sambil meneruskan peejuangan ku.

"Cepat la! Kau ni asyik terperap je dalam bilik sambil ngadap Plant Vs Zombie, muka kau pon dah macam Zombie!" laung Jinggo kepada ku.

Dengan spontan aku terkentut selepas dikejutkan sebegitu rupa.

"Erk.. Kau ni ingat aku pekak ker? Jangan la jerit-jerit." kataku sambil meneruskan permainan ku.

"Aku nak settle kan level ni dulu, kau turun lah dulu nanti aku ikut kau." kataku lemah sambil mengketik-ketik tetikus.

'Apesal pulak mamat ni senyap jer. Biasa dia akan meneruskan salakan nya yang seghupa anjing tu sampai aku bangun betul-betul' getus hatiku. Lantas ku tolehkan kepala ke kiri dan kekanan ku.

'Eh biar betul mamat nih. Tadi dia ada aje, ni dah lesap pulak. Ke tadi aku bercakap dengan hantu kalau betul aku bercakap ngan hantu boleh aku panggil geng Seekers temuramah aku.' bulu roma ku sudah meremang, sudah seperti bulu kucing parsi.

Tubuhku ku gerakkan dan mengubah dari keadaan terlentang kepada berdiri. Bertapa terkejutnya bila aku dapati Jinggo berada dalam keadaan kaku, lidahnya sudah terjelir panjang. Matanya sudah tertutup.

Aku kaget.

Aku menerpa kearahnya. Tanganku menjalar ke batang lehernya. Masih bernadi. Tetapi nafasnya sudah seperti lembu yang menggelupur selepas disembelih.

Aku teringat! CPR.

Dengan segera aku merapatkan muka ku dengan mukanya. Mulutnya ku pegang. PERGH bau tempoyak Mak Tijah masih pekat. Tapi demi menyelamatkan rakanku segera aku merapatkan mulutku... Tinggal beberapa cm sahaja lagi mulut kami akan bersentuhan.. ARGHH,.... aku tidak berani melakukan CPR keatas rakanku sendiri.

Baiklah aku akan menggunakan cara kedua. Aku bergerak mengambil pemukul lalat elektrik lalu memeriksa kondisi bateri alatan itu. Hurm bagus.. Masih berfungsi. Aku dengan segera meletakkan alatan itu diatas kawasan sensetip sahabatku lalu ku alirkan arus elektrik.

"ARGGGGGHHHH!!!!"

Pekikan dari Gorila JANTAN hutan Organik bergema. Nampaknya teknik yang kugunakan itu berjaya. Jinggo sudah sedar dari pengsannya. Dia memandangku dengan pandangan Gorila jantan yang terganggu ketika ingin mengurat Gorila betina.. Penumbukknya telah digenggam kemas.

Belum sempat dia menerpa diriku sudah ada ketukan di pintu. Aku segera membuka pintu dan ito dia... Segerombolan anak manusia berperangai kambing telah memenuhi bilik kami.

"Woi Jinggo ko apesal menjerit tetiba? Gila ke? Dah la penat kitorang menunggu kau dekat bawah ko tak turun-turun." marah Hariz kepada Jinggo.

"Erk takde ape.. Aku cuma nak ajak budak ni turun jer." balas Jinggo sambil menuding jari kearahku.

"Dah korang berdua ni. Pergi turun segera!" arah Hariz menggunakan kuasa Vetonya sebagai ketua aras.

Aku mengekori mereka.

"Jinggo kau tolong ajar aku yer" kataku.

"Ye lah. Ye lah." balasnya.

" EH apesal ada awek pulak kat padang ni. Ramai pulak tu. Malas lah kalau macam ni." kataku sambil memusingkan kembali badanku.

"Kau jangan nak mengada. Tak payah risau. Nanti aku ajar kau." balas Jinggo.

-Bersambung-

Tuesday, April 10, 2012

GUA Kecewa??



Assalamualaikum..

Gua Kecewa?

itu soalan salah sorang kawan ku masa chat dengan dia....
Bila gua tanya dia apesal dia kata gua kecewa dia jawab

"Lagu kat blog kau tu semacam, sedih..."


Ok jawapan dia bagi sungguh tidak bernas.. Cuba tengok muka gua kat side bar Pemilik Taman Dino tuh.... Itulah rupa gua sekarang ni... takde makna nak sesedih, kecewa bagai.. tujuan gua letak lagu tuh kat blog ni sebab gua suka melodi lagu tuh... Tenang.. Damai.. *tak tau lah kalau ada readers yang meleleh denga lagu ni kaan...

EEH lupa lak gua nak gitau tajuk lagu ni... Tajuk lagu kat blog gua ni : " Sudah Cukup Sudah"
*saja nak bagitau  sebab bukan semua orang dengar radio kan.. ekeke..



Jom layan lirik lagu nih..

Inikah caramu membalas cintaku

Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.



Teganya kau menari diatas tangisanku

Kau permainkanku sesuka hatimu



Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta



Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

Tlah berulangkali kucoba mengalah

ternyata sabarku tak berarti untukmu

But memang sedih kan bila kita dah beri sepenuh hati dan perasaan kita kat seseorang, tapi dia menghancurkan perasaan kita kan... *eh GUA serius tak sedih... tapi perasaan sedih tu yang menggedik nak kat gua.. HAHAHA... tak delah cuba korang tutup mata dan hayati alunan instrumental nih... 

Nota Kaki : Kalau nangis lap sendiri sebab gua tak de nak tolong lapkan mutiara yang terhasil time korang hayati lagu nih sebab gua nak kena layan Dino gua.. diorang dah melalak mintak makan... K BAI

Sunday, April 08, 2012

Keputusan Gua... =D

Assalamualaikum...

Pada tangal 8-April-2012... *hari ni laaa

gua dah buat keputusan...
Keputusan apa pulakkk??

Before that tengok gambo ni dulu..

Klik Untuk tumbesaran
Ok dah bacakan... Tawaran dari UniKL MICET yang gua dapat on the spot masa pergi Karnival Pendidikan Negeri Melaka... Diploma in Chemical Engineering Technology (Food)

Mesti korang tanya gua terima ker tak kan.. 

The answer is YES... gua terima tawaran ni...

Bukan ke UniKL ni IPTS??

Yes IPTS but under MARA..

Lagipun kursus yang dia tawarkan ada kaitan dengan makanan EKEKE... BENGONG  makan ajer yang otak gua ni pikir..

Gua dah kaji tentang jurusan ni dan aku dapat banyak Feed Back positive berbanding negative..

antaranya

"bidang pon masih baru di pasaran malaysia... cerah peluang kerjaya... food tech dh biasa.. tapi something about food chemistry rite..?" -by CIGU GUA


Sebab ape GUA pilih tawaran ni??
  • ada Loan MARA... *Insyaallah gua akan buat yang terbaik untuk tukar LOAN MARA tu jadi BIASISWA...
  • Tempat belajar... *dekat sebab dalam MELAKA, biarlah abang ngan akak aku jer duduk jauh buat nyer jadi ape-ape kat orang tua gua... *who knows kan 
  • Elaun sara hidup disediakan lebih kurang RM 500++ *ceh mata duitang
  • Nak menjadi sesuatu yang lain dalam keluarga gua *Emak gua, akak gua, Abang gua-semua nih CIGU 

Dokumen2 Dalam Sampul Surat =D


Green light dah diberi dari parents.. So gua dah tak sabar nih nak sambung belajar sebab beberapa bulan ni gua asik duduk rumah jer.. OTAK pon dah terburai ... Time untuk ubah masa depan keluarga gua!!!

Nota Kaki : Masalah mungkil timbul bila datangnya surat temu duga IPG... PERGHh... Tunggu dan lihat =D

  Doakan gua sukses dalam pilihan ni yer READERS tercinta

SAYANG KORANG

RAWR!!


Saturday, April 07, 2012

Rekod Terbaik GUA

Assalamualaikum


Apa kaitan novel diatas dengan rekod baru gua??
Adakah novel tu gua jadikan buku rekod untuk Dino-dino di taman DINO gua nih??

TIDAAAK

Ini cerita sebenarnya..

Semalam gua menjejakkan kaki ke Karnival Pendidikan Negeri Melaka... Memang best laaa.. Banyak info aku dapat..

Dan yang gua tak sangka ada pesta buku sekali.. WOHO!!!!

Ada buku SAH ada NOVEL!!!

RAWR!!!

Gua kalau jumpa novel gua nyer nafsu membaca memang membuak-buak.. tak terbendung lagi..

Memandangkan gua jalan situh bersama my mom.... Gua usha muka dia.. EKEKE.. dia kata nak ker??
Tanpa berlengah.. Gua mengangguk tanda setuju.. HAHA!!

Mak gua belanja beli TIGA novel..

1. Sebenarnya, Saya Isteri Dia - Karya Seni
2. Cik Bunga dan Encik Sombong - Karya Seni
3. Isteri Separuh Masa - Kaki Novel
4. Dosa Semalam - Kaki Novel

EEH apasal ada empat?? EKEKE... Gua belanja mak gua satu novel.. Novel no 4 Tuh..

So untuk mengelakkan gua melalut lebih berjela tanpa meletakkan titik atau noktah di tempat sepatutnya lebih baik gua terus bagitau korang yang apa rekod terbaru gua..

JENG JENG JENG

Gua telah menghabiskan novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia yang setebal 897 PAGES dari masa 1.05 PAGI hingga 4.55 PAGI ekeke... memang kerja gila laah gua buat malam tadi..

Akibatnya gua ting tong sampai kepagi.. BINTANG DIATAS KEPALA berputar ligat... PONING OII


Maka gua menjadi seperti gambar diatas...


Nota KAKI : Gua dah abis gak baca novel Cik Bunga dan Encik Sombong ... Novel ni banyak pengajaran.. SOO TRUE!! seronok weeh.. pasni nak baca novel Isteri Separuh Masa - kata akak tu best sebab dari penulis novel M.A.I.D

GAMBATEH

Wednesday, April 04, 2012

Padah Menjadi TYPO DETECTOR

ASSALAMUALAIKUM...

FUH FUH FUH>...<

Gua terkesima...
TERKESIMA KERANA GUA TYPO DI #GBS

PERGH +______+

Sebelum ni aku selalu  jadi TYPO DETECTOR kat GBS.. Sekali hari ni aku terkena.. EKEKEKE!!

Malu  wehh ~~~  *blushing*
Nyorok bawah tikar sekejap aku  tadi... AHHAA!!

Jom lah layan sikit gamba ni..

Sebenarnya nak cakap LUNCH



OWH kutuk gua yer..
EHEHE!!

Nanti aku akan lebih berhati2...


Bukan setakat FB... Twitter pon kena..
Ok RILEKS...

Walau macam mana pon
Dalam entry ni aku nak kenakan orang jugak..

Hasial TU APE abang PHAT??

EKEKE..

Apa2 pon..

TYPO ITU  SENI..
TYPO ITU INDAH..
TYPO ITU TEKA TEKI..

dan paling bermakna

TYPO BOLEH BUAT DIRI DIBAHAN 

Nota kaki : AKAK HIDUPAN LAUT, Akak ZIRAFAH , ABANG PHAT ,  AMELY CHEWING GUM, Abang JAGUNG, Abang SHONG, .. DIORANG lah pengomen pasal #LINCH nih... eheehe.. gua senyum penuh makna

Wordless Wednesday #4

TUJUAN SEBENARNYA


Sunday, April 01, 2012

Akhirnya KASUT Saiz 11 ??

Assalamualaikum...

Lepas jawab salam, istighfar la bebanyak yer.. Astaghfirullahalazim...

Sebab apa?? Sebab kalau korang baca ni mesti korang terkejut..

Gua Umur baru 18 tapi kaki gua saiz 11.. Serius tak tipo.. SAIZ 11...

Hari Sabtu haritu baru aku berjumpa dengan kasut yang kaki aku boleh masuk.. Sebelum ni puas menjelajah macam-macam tempat jual kasut.. Semua tak Bole.. Sebab kaki gua orang tuh kata kaki Type B... *spesis kaki mat salih.. BUT-bagi  aku pulak  aku rasa macam diri aku ni Anak DINO pulak..

Mentang-mentang la aku suka DINO.. Tapi jangan laa kaki aku pon ikut saiz bapak DINO... Tapi tak apa... Aku terima saiz kaki aku ni seadanya...

Jom tengok sikit kasut baru aku :

Tengok paper bag dia dulu

Jenama La Primavera *asal mano tak tau

Release the KRAKEN

Material kulit... SANGAT RINGAN... Macam jalan pakai SLIPAR jer... SELESA tak agakya?? Gua try berjalan dengan kasut nih.. SUNGGUH selesa.. *seselesa harganya T___T


Tengok dua tiga gambar lagi..





Nak tau Harganya?? PERGH gua pandang mak gua.. Mak gua pandang gua balik... Kalau sebelum less RM 299.00... Tapi selepas.. Jadi RM 114.50.. Bagi aku yang berada dalam family berpendapatan SEDERHANA nih.. rasa membazir beli kasut memahal ginih...

Tapi disebabkan dah terpaksa sebab kedai-kedai lain dah try tak ada yang boleh kakiku masukkan... Sebab  beli kasut lupa lak aku nak bagi tahu... Prepare sebelum ujan, ribut, taufan mahupun gerhana... buatnya aku ada panggilan temuduga memana nanti senang..

Tu je lah citeraku ari nih...

Nota kaki : to my MOM maceh sebab belikan kasut untuk kaki PAPA Dino nih yer... *papa DINO* nama diberi Amely Afandi

Random Quote GBS