Peminat Setia

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday #7

Assalamualaikum

Nangis kalau tengok citer nih


Binatang tau setia pada tuannya tapi manusia??

Friday, May 25, 2012

Tutorial : Lukisan Vector - Adobe Illustrator

Assalamualaikum..


RAWR RAWR!!

Tanak cakap panjang sebab entry ni banyak gambar.. Oleh kerana haritu gua post pasal vector drawing gua yang pertama (istilah salah kot.. gua ikut suka jer hehe) ada la rakan blogger yang lain mintak buat tuto.. pergh! PERGH!


Langkah pertama pilih gambar


Adik maniss.. mau nombor boleh


2. Klik layer -> lock layer 1 -> create new layer..


3. Klik pen tool -> klik default fill and stroke -> klik none


4. Mulakan proses membuat outline menggunakan pen tool tadi..
Mulakan ngan bahagian paling mudah.. misalnya tudung
* pastikan korang buat outlinge atas layer kedua tau!


5. Ok ini dia tudung dan muka yang siap di outline kan,.. pasni sambung buat hidung and lain2



6. ini hasil yang gua dapat bila dah outline semua hehee..


7. Toggle visibility Layer 1 tu . nanti akan jadi macam gamba kat atas ni..



8. Selection tool -> Select salah satu outline -> pilih brush -> pilih jenis brush -> Ubah saiz brush
*ulang langkah kepada setiap outline lain yang kita buat..

Tadaaa tudia dah siap..

Terima kasih sebab sudi melihat tutorial gua yang pertama nih..
Mohon berikan komen, Ulasan, Cetusan hati dan dedikasi, dan yang berkaitan dan sama maksud,,
OK kepada tuan badan Kak Baby Zyrang maceh sebab bagi guna gambar..

EH nanti tunggu gua buat tutorial mewarna lukisan vector ni yer!! ^_^


P/S:  untuk besarkan gambar klik jer gambar tu heehe
Nota Kaki : mohon sangat beri komen..


Wednesday, May 23, 2012

Lukisan Vector Pertama gua!

Assalamualaikum!

Dikala kebosanan melanda diri
Gua dengan langkah kaku mengendap FB semua orang..

Eh apekehal nyer nih.. gua rasa harini rabu!

Akibat boring semalam gua ter-donload software Adobe Illustrator..
Tak tau ape guna natang nih..
Search punya search gua jumpa pasal salah satu kegunaan AI nih..

Iaitu Vector painting..



Apekehal plok aku tunjuk gamba katun ni??

Ok lukisan tu gua buat!
Bukan free hand guna mouse tapi gua buat guna teknik vector guna Adobe Illustrator..

Tu je gua  nulis kali ni..

P/S : Kalau rajin gua buatkan tuto..

Nota Kaki : Bukan menunjuk sekadar berkongsi lakaran kehidupan gua selama beberapa hari ni.. ^_^

Monday, May 21, 2012

Kisah Kita Bab 13

Kepada pembaca baru : Klik SINI untuk ke bab 1





Cikgu Azmi kagum dengan kehebatan Puteri mengajar rakan-rakannya. Dia semakin kagum apabila ilmu yang di ajar oleh Puteri itu difahami oleh rakan-rakanya.

            “Bagus Puteri. Saya kagum dengan kemahiran awak mengajar matapelajaran yang sukar sebegini. Rakan-rakan kamu pula langsung tidak menunjukkan sebarang tanda kebosanan ketika kamu sedang mengajar.”kata Cikgu Azmi.

            “Tak adalah cikgu. Saya memang minat mata pelajaran ni. Mencabar.”balas Puteri ringkas.

            “Baguslah kalau macam ni! Nanti dah besar boleh jadi cikgu pulak. Ajar anak bangsa kita matapelajaran yang bangsa kita anggap susah sangat ni.”kata Cikgu Azmi lalu beredar.

            Fairuz menghampiri Puteri. Senyuman paling manis dihadiahkan Fairuz kepada gadis itu. Kalau bukan kerana Puteri sudah tentu satu kelas akan didenda oleh Cikgu Azmi sebentar tadi.

            “Awak. Terima kasih sangat-sangat saya ucapkan sebab kalau tak ada awak tadi saya gerenti satu kelas ni kena denda.” Kata Fairuz.

“Tak ada masalah tapi disebabkan awak yang mendatangkan masalah awak kena belanja  makan hari ni.”balas Puteri dengan senyuman sumbing. Ada sesuatu yang sedang bermain di dalam fikirannya sekarang.

“La belanja makan jer. Ingatkan apa tadi. Kalau macam tu  saya setuju aje.”balas Fairuz.

“Rizal, Ain datang sini sekejap..”kata Puteri.

“Ada apa Puteri?” soal Rizal dengan muka ingin tahu yang teramat sangat.

“Korang berdua jangan lupa rehat ni Fairuz janji dengan aku yang dia nak belanja kita!”balas Puteri tanpa menyedari kata ganti nama yang yang dia gunakan telah berubah.

            “Eh! Bila masa pulak saya cakap macam tu.” soal Fairuz kepada Puteri pula.

            “Tadi. Saya tak ada pulak cakap kat awak yang awak kena belanja saya seorang kan.”

            “Yess!! Fairuz belanja. Siapkan duit kau banyak sikit Ruz. Kau kenal aku kan.” Mata Rizal bersinar sambil fikirannya menerpa ke arah kaunter jualan di kantin.

            ‘Hari ni hari Isnin. So, aku dah tau ape yang aku akan order dekat kantin nanti’omel Rizal di dalam hati.
            “Zal kau jangan nak mengada-ngada aku tau kau tengah fikir apa. Kau nak order Nasi Ayam Berempah Special Mak Cik Kiah kan.”soal Fairuz kepada Rizal.

            “Yelah-yelah, aku belanja korang sebab adik manis ni tau bukan sebab lain!” Fairuz memalingkan mukanya kearah Puteri lalu tersenyum manis.

            “Hoi Fairuz!! Kau jangan nak bagi penyakit kencing manis yer! Senyum bukan main lebar kau eh, kalah madu lebah punya tahap kemanisan. Aku yang tengok ni pon bukan main geli lagi kau tau tak!” Kata Ain yang geli-geleman melihat senyuman manis Fairuz.

            “Eh!! Terima kasih atas pujianmu Ain. Baru aku tau aku punya senyuman ni boleh kalahkan kemanisan madu lah yer. Agak-agak kalau jual kat pasar malam laku tak? Mana tau boleh buat pendapatan sampingan ker.” Balas Fairuz sambil ketawa terbahak-bahak.

            “Sudah lah kau Fairuz geli aku dengar kau nak jual senyuman pelesu kau tu kat pasar malam. Silap-silap Mak Jemah Sewel yang datang beli. Jangan kau carik aku kalau dia yang beli.”

            “Mak Jemah Sewel? Siapa tu Ain?” Soal Puteri lalu memaparkan riak yang jelas kebingungan.

            “Errr, orang gila lah Puteri. Kau jangan la cuba nak dekat-dekat dengan dia, ada yang tak jejak tanah kau berlari nanti. Kitorang ni dah pernah kena.” Terang Ain ringkas.

            “Hei Zal apesal kau bukak cerita pasal Mak Jemah pulak? Meremang bulu roma aku kau tau tak!” kata Fairuz kepada Rizal. Rizal hanya tersenyum pabila kenangan lalu mengusik memori mereka.

            Mereka kemudiannya megambil tempat masing-masing selepas kelibat guru matapelajaran berikutnya kelihatan. 

Saturday, May 19, 2012

Kesah Ke Aku Dengan Juara Mania??

Assalamualaikum..

Baru beberapa minit lepas Ajenil mengumumkan keputusan Mania..

Hasil carian google dengan keyword HAFIZ


Berikut merupakan senarai pemenang : *ayat tetiba skema memintak penampar!!
1. Hafiz yang famous hasil pengiklanan gula-gula NANO
2. Stacy yang famous amos dengan "Kenapabah2 Kau Berubah" - sedutan lagu dia yang dulu!
3. Jack *bukan Jack Sparrow tapi Jackelin Victor - eeh betul ker ejaan, abaikan !!

Kepada ABANG HAFIZ tercinta.. Seandainya dikau merinduiku membaca entry slow talk ini mohon sedekahkan blog ni RM 50.00. Bukannya apa, duit simpanan tuan blog ni yang cute, hensem lagi tembam seperti ABANG HAFIZ sudah mencapai tahap kritikal. Almaklumlah, bak kata akak Pirana gua ni tanam anggur.

*Kejadahnyer aku meraih simpati tetiba nih. Tajuk entry gua bukan "Surat Rayuan Wang Sumbangan Juara Mania". gua rasa gua dah tersasar sejauh 2 marhalah la pulak.. kena patah balik ni, gua blogging bukan musafir lalu di atas talian!!

Ok sebelum tu gua nak ucapkan tahniah Kepada Hafiz sebab berjaya menjuarai program Mania tuh!

Gua sebenanya tak kisah siapa yang menang,
Niat gua nengok TV untuk hiburkan hati,
Bukan kutuk mengutuk *melainkan program ala2 Mak Jemah Wartawan Sencaci!*

Gua sebenarnya tak suka bila tengok dinding-dinging FB ramai yang mempertikaikan kejuaraan orang lain,
Masalahnya : "Ekau yang dok propa sangat kata itu inih ado ngundi ko? Kalo tak do bek sonyap makan cecoki lagi baguih."

REZEKI ada dimana-mana sahaja, mungkin bukan rezeki retis yang korang minat untuk menang, mungkin rezeki artis yang korang minat tu tiba bila dia sertai program lain. THINK POSITIP my friend.

NotaKakiDino : GUA LEBIH KISAH PASAL NARUTO YANG TENGAH BERPERANG ATAU REINKARNASI DINO-DINO CUTE BERBANDING PROGRAM REALITI TV.

PESANAN IKHLAS DARIPADA SUSU CAP TAPAK KAKI REXX!!

Friday, May 18, 2012

An Apple A Day Keeps The Doctor Away!!

Assalamualaikum



Harini kita belajar pepatah mat salih lagi..

An Apple A Day Keeps The Doctor Away

Alah pepatah biasa yang budak dajah 6 guna untuk dapat markah merit *kata cikgu MELAH laaah..
Dan dan jer epal boleh jauhkan doktor..

EH gua lupa dah patut taip ape..

OK ok..

Dulu gua pernah pikir patutnya gua tak yah makan epal lagi bagus!!
Alasan : Kalau sakit nanti gi klinik untung-untung dapat jumpa doktor beertugas yang CUTEE YAAWW

Gatal kan gua.. UEKK UEEKKK!!

Tapi bila dah besar ni gua pikir balik.

Kesihatan tu tak boleh dijual beli,
Kesihatan tu bukannya murah,
Kesihatan tu bukan boleh dicari ganti,
Kesihatan itu adalah satu nikmat yang Allah berikan kat kita!!

So jom lah kita jaga kesihatan yang kita ada sekarang nih..

!!! BoNuS MaLaM Ni !!!
Ini Bukan Epal Tapi ini Kak Semang 
Malam ni sepesial sikit gua nak rebiu blog akak akak gua!

Kalau korang ada masa terjah blog pertama ni : Kak Baby Zyrafah
Blog serba biru sebiru otak tuan belog maksud gua sebiru langit cerah.. Blog nie ozem sikit sebab penulis blog masih kelihatan seperti belasan tahun walaupoooon umornya sudah mencecah pulohan tahun!!

Ok Blog kedua : Kak Zapirana
Blog yang simple mimple ini baru di modifikasi!! Lebih cantik, menarik, tertarik, kau memang tembam lah!! Tapi pemilik blog masih mengekalkan warna tema seperti dahulu iaitu hitam putih.. *mungkin tuan blog ni minat taik cicak... KAH KAH KAH!! maafkan saya  ter TROLL pulak!! =P

Thursday, May 17, 2012

Practice Makes Perfect

Assalamualaikum!



FUH FUH..
Rindu nak hapdate blog..
Rasa macam dah tinggal setaun dua lak gua tak naip entry *padahal baru tinggal sehari...

Semalam gua tak hapdate sebab bizi sikit kat sekolah mak gua..
Well semalam kan hari guru.. *so gua dijemput khas untuk kesekolah mak gua*
Cheh dijemput lah sangat kann...
Padahal mak gua yang ngajak tolong urus persembahan kui kui kui!

Eh dah rasa macam terlajak
dari ape yang gua nak ceritakan jer hah!

Ok..
Practice Makes Perfect
Pepatah mat salih jadah nye gua guna..
tapi nak buat cam mana kan.. sebab gua rasa gua tak dapat tuka kepada pepatah BM
What a Sad Story haha!

Memang betul pon..
makin banyak buat latihan..
Makin elok perkara yang kita buat..

Latihan Sajak
Well sekolah menengah biasanya seminggu sebelum ada persembahan dah kena buat latihan kann..
Same with my school.. Selalu ada hari-hari penting, kena ada persembahan yang kekadang gua terlibat sama..
So seminggu sebelum tuh for sure balik lambat ada latihan..

Selalunya gua terlibat dalam ber sajak jer..
HAHA!! *mesti korang tak caye
Time latihan tu biasalah kan..
Gegedik sangat kan.. Asal salah sikit jer dah kena denda..

Tapi disebabkan latihan jugaklah persembahan kitorang kena puji *puihh bajet siot!
Latihan demi latihan menjadikan kita lebih baik YAAW!!

Sekarang ni gua tengah berlatih jugak nih..

Berlatih buat ape??

HAAA natang ni gua tengah buat..



Mamat senget


YUYUNG LAICIKANG

Amacam.. HAHA!!
Memang tak perfect macam blogger lain buat HEHE!

TAPI!
Gua buat untuk sesuka tau!

HARAP MAK JAH!

NotaKaki : Pemes la yuyung lepas nih...

RAWR!!

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari GURU!! - 2012

Assalaamualaikum..

Hari ni 16 MEI tarikh keramat setiap tahun..

Hari Guru!!!

SUNGGUH AKU SUKA SAMBUT HARI NI KAT SEKOLAH

Sedih laa bila teringat kenangan SELALU naik pentas buat persembahan bagai untuk hari guru kaaan..

Well aku bangga jugak lahir dalam keluarga yang majority nyer cikgu..
Seronok wooo...

*terutama bila mak gua balik bawak hadiah kaan.. RAWR RAWR!!

Besempena Hari Guru ni gua ada lah buat  doodle.. HEHE...
Kalini doodle yang gua buat pakai Adobe Photoshop...

THIS THIS :



Cikgu tengah nyanyi lagu selamat hari guru


Hehe! bebudak nyer lukisan...

Kepada guru-guru yang pernah mengajar, atau bertemu gua satu sekolah ker... gua nak ucapkan

SELAMAT HARI GURU
MOHON HALALKAN ILMU , MAKAN DAN MINUM SAYA!!!

P/S : Jom baca salah satu entry gua pasal Dilema Anak Cikgu

TWIT via MetroTwit Lebih SYOK Dari via Web!!

Assalamualaikum...

Hai HO!!

Sekarang ni ramai dah yang mempunyai akaun laman sosial Twitter 
Termasuklah aku~~ *TWITTER lagi best sebenarnya dari  FB hehe

Semalam gua ada mensi MetroTwit dalam entri  INI 


Inilah papan pemuka MetroTwit
*mohon yang ada dalam gamba ni jangan marah ^__^

Ape
sebenarnya MetroTwit nih??


"what you might fall in love with

NEW Tweet with me, myself and I.

With multiple-accounts support, quickly and easily switch between different personas for work or fun - view and tweet as if you were one. (MetroTwit Plus feature)

NEW None of what you don't want

With every thing going on, your friends are bound to say something you just couldn't care less about. Set up keyword, hashtag or even application filters to block out the noise from your streams.

NEW A DeLorean built-in.

Undo tweet is the fastest way to fix that silly spelling mistake before anyone notices. Flux capacitors included.

NEW All about you

Be notified when someone follow you, favorited your tweet and added you to a list. It's like having your own paparazzi.

Faster than a Peregrine Falcon.

Even the fastest animal on the planet can't deliver a message as fast. With support for Twitter's Streaming API, you can now follow along hot topics and discussions in real-time.

Look, it's a bird! It's a plane! No, it's a funny cat picture!

Get a close look at all the pictures and videos with popup previews for third-party media services, including but not limited to YouTube and TwitPic, without ever leaving the application.

Tweet a thousand words, or just an extra few

A picture can speak a thousand words so simply drag and drop images from Windows to quickly tweet your best cat photos. Otherwise if just need an extra few precious words, TwitLonger makes sure you can fit it all in.
Of course there's always something brewing so more features to come..." - dipetik dari laman web MetroTwit


Bagi gua pengguna tegar MetroTwit pulak : 

Well penggunaan nyer lebih kurang dengan TweetDeck

TAPI

TwitDeck dah tak boleh twit panjang-panjang kan.. Kalau MetroTwit ni boleh!!
Tak payah nak risau kira 140 huruf kaaaan..

Lagi pon MetroTwit ni kalau guna tak lembap macam guna via Web... HEHE

Tak percaya cubalah.. Tekan gamba kat bawah ni.. pastu korang download lah File yang ringan nih..

*SEBELUM TUH jangan lupa follow gua @Ezo94



NotaKaki : Tak cuba tak tau, dah cuba bagi tau kat ruangan komen yer!!


Monday, May 14, 2012

Akhirnya DOODLE

Assalamualaikum..

HAI HOO!!

Dikala kebosanan yang teramat sangat, malam tadi gua bertekad nak lukis doodle..
Setelah sekian lama berenti dalam melukis doodle HEHEHE

Gua lukis pakai Paint Tool SAI..
agak senang nak ejas sana nak ejas sini..

The Making Of MAMAT SENGAL

*eeh apesal time capture skrin keluar lak MetroTwit punya notification.... Apetu MetroTwit?? nanti kalau gua rajin gua cerita..

Balik kepada cerita doodle nih...
Gua siapkan dalam tempoh satu jam lebih termasuk warna sekali.. hehe..

Nak tengok ke hasilnya??

Alah jangan laah..
Malu malu... *BLUSHING*

E'EH apejadah gua taip entri ni kan kalau bukan untuk menunjuk *CHEH BANGGA SEH..
Ok bukan menunjuk just sharing YAAAAHHHH!!! 

Ok jap gua upload jap..

FEW SECONDS waiting then TADAAAAA...

MAMAT SENGAL yang siap diwarna

AMACAM.. hehe..

baju Melayu tema raya tahun ni tau!
sbenarnye gua teringin nak simpan rambut macam tuh untuk raya nanti... HOPE MENJADI KENYATAAN.. sebab takut bapak gua cantas sendiri rambut gua hehe!!

untuk tutorial lihat sini yerk!! - by Kak Lyssa




p/s : Doodle ni yang first aku buat secara tekun tau hehe

Thursday, May 10, 2012

Selamat BELAJAU Geng!!

Assalamualaikum...


Eeeh awek sape pulak nih!

Bukan awek gua! Just kawan sekelas yang rapat giler ngan gua...

Kitorang kenal sejak sekolah rendah lagi.. Dia akan sambung belajar kat Kolej MARA Kuala Nerang.. Esok dah gerak dah...

So tadi gua dengan kawan-kawan gua planning buat small gathering untuk awek kat atas tuh...

Lokasi : Rumah awek tuh.
Masa   : 5 Petang
Peserta : Gua, Jennyper Lopeh, Shafikah


Gua and Jeny 
Pikashi



Seawal jam 4.45 lagi gua dah gerak ngambil Pikashi dak kemudiannya meneruskan perjalanan mengambil retis Jenniper Lopeh. Dan sampai lebih kurang jam 5.05 PM ke kawasan kejadian.. *pon VOLEY..

Kami disambut riang oleh awek tersebut.. asik awek tersebut jer.. nama gadis tuh Ain okey.. kitorang sampai jer ke rumah Ain terus berjumpa orang tua yang ada kat rumah dia.. Siapa yang tua?? Akak dia ngan nenek dia jer ada time tuh! So kitorang pon salam lah nenek dak Ain ~~ THEN!


OHMAI!! OHMAI!!

Ok insiden yang tak gua sangka but quite terkejut jer.. selama ni yang pernah kiss pipi gebu aku nih nenek gua yang asli jer.. Gua tak kisah asalkan nenek dia gembira..

Ok back to the story..

Ape yang kitorang bincangkan..
Biasalah topik Hot Sensasi lah kan~ Sambung Belajar ~

Cerita sikit pasal budak G dapat mana,
Budak O dapat mana...

But sambil borak-borak tu gua sedih jugak sebab ada antara rakan sekelas gua yang taknak sambung belajar.. *MEMILIH lebih tepat..

CONTOH :

Si A tak dapat UPU tapi dapat Form 6 -  beliau memilih untuk duduk tunggu rayuan UPU yang entah tentu entah tidak dapat nyer

SI B pulak dapat Form6 but rela mengeluarkan ungkapan "Nak Kerja Dulu" - medoi medoii~ tak tau lah nak kata apa lagi HUH!

*RASA TERLAJAK JAUH LAK*

Ok gua nak ucapkan kepada


Ain Najihah : Semoga sukses selalu. Jangan lupa kawan. Selalu hubungi kitorang. Jangan lupa lawat Taman Dino gua tau!! Jangan lupa promot Blog gua kat KMKN nanti tau!! *kalau ada awek yang padan untuk gua yang A-DOOOR-able nih jangan lupa kasi nombor tau.

Jannifer : Akak gua nih!! Ok !! Akak kuh sambung Form 6 sistem baru ni buat lek lok tau.. Jangan risau kita dekat boleh jumpa selalu.. Kalau ada interesting story to share bagitau gua yer!

Pikashi : Okey lu dah confirm masuk mana gitau yer.. Teruskan usaha kau dalam mengumpul seluar dalam artis korea koleksi cerita korea dan lagu korea tu yer. Yang best-share kat gua sekali tau!!




NOTA MINTAK KAKI : Kepada kawan gua yang lain jangan share korang dapat sambung mana.. Semoga persahabatan kita kekal abadi. Mohon jangan sedih kerana lagu latar belakang blog gua ni yer

Wednesday, May 09, 2012

CONTEST KE 2 HAZWAN HAIRY



Dah lama tak join contest harini JOIN JOIN!!

Nak join klik gamba tuh yer!!

Senang jer buat slogan jer moh ler join =)

"SAYA SUKA MEMBACA KERANA DENGAN MEMBACA SAYA MERASAKAN HIDUP SAYA DITERANGI CAHAYA PENYULUH TANPA BATASAN, SEMAKIN BAYAK DIBACA SEMAKIN TERANG KEHIDUPAN"

* HARAP-HARAP ayat yang pernah aku guna time temuduga program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ni berjaya menarik minat penganjur =)

Wordless Wednesday #6


PAHAM PAHAM LAH =)

P/S : inilah tempat belajar gua nanti UniKL MICET! =)

Tuesday, May 08, 2012

UPU oh UPU

Assalamualaikum....


TODIA dah mai dah...

semua orang tau yang semalam result UPU keluar kan kan kan??
EEH ada yang belum semak?? PEGI cek cepat!  klik SINI

HAaaa korang yang tak pergi link tu mesti dah cek atau dah melepasi saat ni few years ago kan...

Ok OK yang muda2 remaja sebaya gua meh sini, meh rapat sikit.. yang tua tu sila beri laluan kat yang remaja macam gua... Kak ZYRA ROXX kalau rasa diri tu boleh menyempit ngan budak MUDA REMAJA gua izinkan join...

EEH gua nak citer apa nih!

OKEH ingat gua nak citer pasal course yang gua dapat masa semak UPU semalam

COURSE : Diploma Pemulihan Carakerja
Tempat Belajau : UiTM Kampus Puncak Alam

Mesti korang tanya gua terima tak course nih...

SETELAH berbincang, bergusti, berhujah dengan parents gua semalam
KEPUTUSAN telah dicapai dengan aman...

GUA akan ke UniKL jugak...


RESTU dah dapat kann..

Lagipon gua nyer persiapan ke UniKL dah separuh jalan dah.. alang alang baik teruskan =)

Ada tak antara readers yang dapat UniKL MICET... AUM AUM... boleh date nanti... eeh silap boleh bertukar pendapat!..

Kepada readers yang dah melepasi saat saat genting ni apa pendapat korang yer..



NOTA KAKI  : SETIAP YANG MASUK BLOG NI KOMEN PASAL PILIHAN GUA ATAU GUA SURUH DINO GUA GEGET KARANG!!

GANAS KAAN!

RAWR SANA RAWR SINI!

Thursday, May 03, 2012

Kembali Blogging

Assalamualaikum...


mesti korang nanya.. Ape gua buat lagi kat sini nih... bukan patutunyer semalam gua da masuk PLKN ker..

OK Untuk makluman semua PLKN gua tangguh...
Sehingga bila?? Sehingga dia panggil balik laaa..

Gua nangguh PLKN ni sebab ada banyak urusan U belom selesai..
Kalau dah masuk dalam plkn buatnya orang U call ke nanti acane tuh...
Gua tak pikir yang pihak pengurusan akan hubungi parents gua sebab semua application yang gua buat guna no tepon gua...

OK DAH MALAS CITER PASAL PLKN LAGI DAH!! *tunggu dia panggil balik baru bukak yer bhahaha...

Eh ketepi sikit lah.. jangan nak bermanja sangat lah wahai DINO-DINO ku... POK POK pOK 

HAaa amik  kau padah akibat nak bermanja sangat...

Dah gua nak story ape lagi ni ek...

ERGH ERGH THINK THINK!!

owh ingat...

GUA NAK UCAPKAN RIBUAN JUTAAN MELON



TERIMA KASIH
KEPADA GBS yang telah memberi nasihat-nasihat yang 

BERGUNA *LAH SANGAT 
kepada gua .... HAHAHA!!! APA-APA pon TERIMA KASIH ATAS NASIHAT!!



Insyaallah gua akan kembali aktif BLOGGING ^_^

Random Quote GBS