Peminat Setia

Tuesday, December 04, 2012

Reaksi Sensasi Masyarakat : "KEFLATULENAN"

Gedebam Gedebum angin menderu,
Taufan Sandy memangnya ganaih...
Kentut with silencer memang bau..
Apakan daya perut tak mau lepaih...


Kentut atau nama kampungnya  angin suam merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi setiap hidupan di dunia... Ye hidupan mamalia terutamanya!! Pakar kentut telah memberikan nama saintifik bagi kentut iaitu "KEFLATULENAN" sejak berabad dahulu..

Menurut wikipedia:

Kentut dibebaskan dengan tekanan melalui dubur, dengan mana, akibat otot sfinkter dubur bertenang secara sengaja atau tidak sengaja. Ini membebaskan gas dari rektum bahagian bawah. 

AAHHH!! Sudah hentikan kefaktaan entry ini.. Naik nyampah baca fakta kan...

Harini Milah (PSSTT nama baru wartawan Sensasi) akan melakukan temubual dengan orang ramai di Pervertlion, daerah Segamat Timur. Soalan kebanyakannya berkisar tentang Keflatulenan dan kehidupan seharian mereka..

Soalan pertama ditujukan kepada seorang gadis yang hangat menjadi bualan Tuiter iaitu TikaXChumel (@EtiqaCarpet) yang memaksa saya mengajukan soalan semata nak masuk berita Sensasi nih.. *GEDIKS you all!! Nyampah Milah!

Etiqar: HEI Milah wartawan Sensasi!! Mari lah sini soal saya dan masukkan dalam majalah Sensasi!
Milah: ERMM!!*dalam hati taknak tapi soal je lah*
Etiqar: Hah apa lagi dok tecogok je kat Situ mai lah soalh....
Milah: Baik sedia ya dengan soalan saya Tikar oops Etiqar.. Adakah anda tahu apa itu KEFLATULENAN?
Etiqar: Eh apa jenis soalan awak tanya ni Milah, apa maksud perkataan tu.. Ke awak mencarut dekat saya nih!
Milah: Maaf lah Etiqar kalau awak rasa saya mencarut, tapi maksud perkataan tu adalah kentut..
Etiqar: Hei! Apa lah awak ni milah kotor CHOOOIII!! Saya ingat wartawan Sensasi ni nak soal lah pasal saya nak bogel demi mendapatkan Wan Jijah Melon pemain bola sepak terkenal tu.. EWW Gross!! Dah tak payahn la awak soal saya lagi shuh shuh!


Ah nampaknya tak ada orang nak jawab soalan saya.. Maka saya bertanyakan soalan ini kepada diri saya sendiri...

Ya Kentut. Tidak asing lagi bagi kalangan umat manusia, dan sering dilakukan Milah. Tapi saya kentut jenis beradab. Tak pernah saya kentut merata tanpa lihat keadaan dan situasi melainkan TERLEPAS.. Terlepas ni situasi dia adalah ketika dari duduk nak berdiri, atau ketika sukan acara lompat katak... Benda kita tak duga kan...

Tapi Milah sebenanya geram jugak.. Ada setengah orang tuh sengaja je lepas angin dia tak ikut time dan tempat tanpa rasa malu.. EWW!! Geram Milah Geraaam!! Pernah satu ketika tuh time kita makan pon sengaja dilepaskan angin nyer.. Kalau slow tak apa... Ini angin keluar mengalahkan gajah sendawa!!Geram Milah.. Rasa nak je baling lesung batu yang baru je lepas lumatkan cili api 45 biji kat dapur tuh.... Selamat Milah dapat bersabar!

Ada lagi satu jenis manusia ni, membuang tak kuat bunyi tapi bau dia mengalahkan bau telur tembelang... Mengancam! tak terkata tahap bau gas dia tuh!! Tapi bila kita tanya sapa punya dan semestinya lagu "Tapi Bukan Aku" berkumandang... Ahaha,,, Tapi sebenaunya kalau Milah buat milah pon melalak lagu tu hehe!!

Itulah ragam manusia, Lempar Batu Sembunyi Tangan... Tapi kentut bukanlah masalah besar pon Semua orang pernah kentut... Orang jer yang memperbesarkan masalah ni... HAUHAUHAU!!

Renung-renungkan dan selamat Sensasi dari Milah Sensasi... Wartawan sensasi, kalau tak sensasi bukan Milah.. Itu MELAH!! RAWR!!

Monday, December 03, 2012

Oh Kenangan O_o

(Memikir Intro Menarik)
 *Lagu2 dalam playlist CAMPOO di windows media player yang telah gua pin di start menu gua putarkan.. Ahh alangkah indahnya teringat kenangan dimasa Minggu Silaturrahim dikala lagu Kita Hampir Ke Situ diputarkan...

Ahh dah kenapa tah ayat gua memalam ni se-plastic mungkin.. Hentah lah.. RAWR!~!

Dikala ini lagu Taman Astakona dimainkan... Gua masih tercari-cari IDEA untuk update blog...
Denga lagu-lagu leleh ni Idea kejap datang kejap berambus seperti lajunya angin kentut dilepaskan didalam lif....

Kalau update pasal bola karang.. Terlalu ramai dah orang buat post pasal bola..
*Congrats Malaysia - Wish dulu sebelum lupa kan kan kan!!
Kekejap tangan ni  gatai nak bukak tab Fb.. Nothing interesting.. Just people practising drama je yang ramai... Jari terputus kena jahit la.. Memacam budak zaman sekarang ni kan...

Dah kenapa gua cakap macam gua ni bukan budak zaman sekarang.. HAHA!!

Erm interesting story ada tak sepanjang minggu gua kat rumah ni... Rasanya macam tak hado...

Just teringat kenangan sepanjang Sem ni lagi lah kan,... AWHAHA

Layankan Memori Gua
!!! GAMBO SIKIT JER !!!

Ini gambo dikala kami outing ke melaka.. Almaklomlah bandar vendor tu terlalu menarik untuk kami tinggal lelama.. Tu yang kaki gua terjejak dataran 1 Malaysia. Kalau dok terperap je kat hostel pon dok guna jugak kan.. Jauh perjalanan luas pemandangan.. UEKSSS muntah aakakkaa!!! Let me introduce gamba ni.. From left PENCARI MAKANAN TEGAR sapa lagi kalau bukan gua.. Then Iffa, Yang tetengah tu namanya  Ayu, Sebelah kiri aku tu Yaya dan Paling kanan ialah Ilya.. OOPS lupa tuan tangkap gambo ni namanya Tirah..

Done satu gambo.. Next Next!!
Ni gambo sapa lagi kalau bukan gua kan time ni  Kelab Food Micet menganjurkan lawatan *betul ka penggunaan lawatan disitu ekeke* Lawatan ke HalalFest 2012.. OK banyak benda menarik kitorang tengok kat situ.. Cuma berduit dengan tidak sahaja nak beli barang kat situ.. Ada yang murah memang murah but mahal Ya Allah pikir doplohlimaratus kali baru beli..


From Left : Zati, Adib, Gua, Fadzil ni geng HalalFest


















Gua yang macam harimau...
Yang Tirah tu gadis baju purple tu
Ok next gambar adalah gambar dikala kami berjoging petang-petang...


















Next next... Gambar selepas kami penat ber-drama.. dimana Gua melakonkan watak... FOMFUAN dalam cerita DOREMI.... Selamat gambo kecik yang amat kakakaka!!


Carilah gua yang mana.. KAKAKA




Mungkin gambar last.. Ni gambar dimana gua dan Zati bergambar dimalam Talentime,.. Gua malam tuh main caklempong tang percussion *gua main bonggo* manakala Zati main caklempong *lupa nama set dia main kaka*

Ahh banyak lagi kenangan di MICET benonya.. tapi buat masa ni ini sajalah dulu.. nanti bosan pulak klau asik menyingkap kenangan kan.... 

Assalamualaikum.. ^_^

Random Quote GBS