Peminat Setia

Sunday, October 27, 2013

Turun Naik

Assalamualaikum.

Eh dah pukul doblas. Gua update blog je mesti dah time orang tido. Dah takda orang nak baca blog gua ni.. ahahha.. Tak kesah but gua tahu ada jugak orang baca blog gua ni, walaupon secara silent.

Turun naik

Waddap bro turun naik ni....
SUMPAH TAKDA KAITAN NGAN BAJET 2014 bebaru ni..
Gua bukan orang yang minat ambil tahu pasal politik..
Gua hanya sekadar amik tahu..
LOL tapi tetap amik tahu. EH bahasa apa nih!

Gua nak citer yang gua punya hidup turun naik..
This week terlalu sibuk. Pagi lab habis lab direct test. Mostly
Nak buat cemana life as a student kan katakau!

Gua sangat sangat sangat tak berpuas hati dengan test Technical Math 3 gua!
Sumpah sedih.

Petang before test tu belajar dah. Dah paham dah method nak tackle soalan. Dah ingat step dah. Sekali masuk dewan soalan dia buat gua gigil beb!
Sepanjang gua duduk U ni tak penah amik test masa jawab menggigil.
Biasanya sekadar tak boleh jawab je.
Tapi kali ni gua tak tahu dia punya susah sampai gigil gua. *Mungkin gua je gigil sebab gua kurang stadi. LOL

Tu lah orang kata turun naik kehidupan. Bukan semua benda kita boleh buat. Bukan semua benda kita berjaya. Bukan semua benda kita kat atas.
Benda ni buat mata gua terbukak. Jangan riak. Jangan berbangga dengan apa yang kita ada. Jangan pernah bangga dengan benda yang pernah kita ada.

Mungkin selama ni gua lalai. Stadi memain. Tak fokus. Banyak mengeluh. Banyak beralasan.
So itulah hasilnya. Tuhan bagi sedas. Effect sampai masuk blog.

Takpe hidup tak semestinya smooth - Caklempong Husna
 Thanks kak husna. Sedarkan gua, bagi semangat kat gua. Akak selalu datang time gua tengah emosi. haha

Kalau kak usna baca post ni jangan nak kembang sangat. Dah elok dah kurus macam tu. Macam semut dah.. KAK HUSNA CUTE. TERIMA KASIH!

Tuhan jugak ajar gua hargai benda yang tak selalu ada. Terima kasih TUHAN :)

Saturday, October 19, 2013

Kenapa Budak Engine Kerja Melambak

Assalamualaikum

Hamboi tajuk nak promot dak engine le tu. RAWR!
EH Biar lah blog saya! Eh tapi kalau tak da readers tak guna ada blog <- Konflik dalaman

Ok kembali kepada tajuk gua ni..

Memang bak kata orang ni dak-dak engine ni suka buat kerja last minute. Ye ke tidak.. Sendiri mau hingat LALALA! Kerja kami ni banyak tu tak lah banyak sangat tapi macam time management tu 24 jam pon tak cukup. EH termengaku pulak

Tepek sejambak dua mawar merah

Ini desktop gua!! RAWR!

Hamboih todia naik penuh desktop kami naa! Dok berlari berkejaran berciciran berguguran segala benda. Tu pon gua rasa gua tak habis tulis lagi. Tolong jangan diskriminasi budak ENGINE! Kami ada alasan kami tersendiri. Kami bukan sengaja.

Kenapa Kami Banyak Kerja
Kami bukan nak bajet kami ni bagus. Kami banyak kerja sebab dalam seminggu kami ada tiga pat lab session yang perlu kami conduct. Compared to student that takes other major. Kebiasaannya dak-dak major lain akan ada assignment and tuto at the same week diorang pon assignment bukan setiap minggu . Tapi kalau kami, ada assignment, ada tuto, lab report. Kalau kami assignment tu kira ada lah setiap minggu jugak, sebab kami ada jugak subjek yang tak ada lab report misalnya pengajian Malaysia and etc but subjek macam ni lah yang memenuhkan ruangan assignment kami.

Ada Tambahan Lab Report Je Pun Boleh Settle Ape
Memang kami ada tambahan lab report je pun. Tu je kan. Tapi kami bukan boleh settlekan lab report tu sejurus kami keluar lab. Kami manusia perlu jugak rehat. Ingat tak penat ke duduk dalam lab tu. Each lab session may took 2-3 hours to be finished. Bukan nya lab macam sekolah dulu. Masuk daun dalam beaker tunggu berbuih record hypotesis, pemboleh ubah bagai. Lahai. Kami nyer lab report siap kena amik data tu tak tengok time interval record data tu berapa puluh minit baru record. Kalau macam tempat gua belajar ni, ada certain course yang kena amik data yang time interval dia menjangkau jam, Bukan minit lagi dah.

Tu tak tengok lak etika berpakaian kami dalam lab. Dalam lab engine biasanya akan ada safety regulation dia tersendiri. Kamu DIWAJIBKAN membawa Personal Protective Equipment kamu sendiri bersesuaian dengan subjek kamu kat lab tu. Dan paling kami benci ialah SAFETY BOOT. As I mentioned before this, safety boot tak digemari sebab berat dan menyakitkan kaki.

Biasanya habis lab memang kena bantai rehat lah dulu kan. Kalau cam den ni lagi teruk ada sesi lab yang kena kejar waktu. Memang rushing gila lah kan nak kesana kemari.

Kami Budak Engine Belajar Calculation Merapu
Yup memang ini yang kami rasa pun. Calculation jangan cakap lah mak hayam pon boleh terkincit tengok calculation kami. Orang kata calculation ni kena ingat formula je. Dah kalau formula tu pon kami tak paham cemna kami nak menggunakannya. Reason kami belajar calculation susah susah ni jarang kami temui dalam kelas, sebab biasanya guna time kat industri nanti.

For the time being i think ni je kut point kenapa kerja kami budak engineering agak melambak. Bukan malas. Bukan tak manage time. Haha. Apa kami boleh buat kan, kami dah pilih jalan hidup ni, so kami kena tabah menghadapi segala cabaran. Cabaran ni lah yang menguatkan kita.

Kalau kalian rasa point ni tak patut ada sila komen nyatakan sebab.
Kalau kalian rasa aada point tak cukup sila komen boleh gua add nanti <- Dak Engine Detected!!

Tuesday, October 15, 2013

Whats Up?

Assalamualaikum

Lama sungguh gua tak blogging. Kesian sangat kat taman dino gua ni, dulu selalu turun bagi makanan sekarang nak bukak seminggu sekali pon susah.. Bukak susah nak hupdate? Lagi lah susah sayangku.

Oh Lupa Salam Aidil Adha
*Amaran kepada yang mana ada darah tinggi tu beringat sikit jangan pantang jumpa daging, tulang segala benda taram HIKSS. -Pesanan khidmat masyarakat dari JarJarBinks..

Ok melalut

Tajuk entri kalini Whats Up?
So mesti orang semua dah dapat agak dah apa gua nak sembang malam ni..Semestinya pasal kehidupan bosan gua RAWR!!!
Banyak benda besar telah berlaku dalam awal semester gua, dengan masalah duduk luar dalam.. Dengan masalah eksiden *chewah*.. Dengan masalah kutukan #EH maaf!

Other big things yang agak memeranjatkan adalah

Gua telah dilantik menjadi Presiden Kelab Kebudayaan UniKL MICET yang kini telah dinaik taraf menjadi sebuah syarikat. Kenmain kerlas lagi kan kelab kebudayaan je pon terus upgrade jadi sebuah syarikat.

Pada awalnya takda rasa pon nak pikul tanggungjawab ni. Takda pengalaman lah katakan. Takut tanggungjawab pun ye jugak <-- penakut.

Jadi presiden ni banyak jugak rasanya ubah cara hidup gua.

1- Time management -masih tak berapa betul
2- Stress management -agak dapat dikawal
3- Kena jaga pergaulan dengan orang
4- Kena berkerja berpasukan -kena handle meeting, minta pendapat AJK tertinggi dan Exco

Semu tu gua rasa dah mula terbina dalam diri gua. Kena tukar pendapat, buat keputusan yang bijak, care about anak-anak buah. Alhamdulillah hope dapat pikul tanggung jawab ni sampai tamat tempoh.

Eh before sambung kisah hati gua yang lain nah ape kata kalau korang semua LIKE fanpage company kami. Irama Warisan Enterprise.

Caklempong performance, Seni Tarian tranditional and Contemporary, Acoustica, Theater< ini perkhidmatan yang kami tawarkan

Berminat hubungi kami seperti yang tertera dibawah ni :D
Ini details tentang contact person

Next

Semestinya nak bagitau pasal new subjek yang aku belajar.. haha
The best subjek ever bagi aku for this sem is basic engineering workshop.
Banyak sangat hands on activities kat workshop. Untuk sepanjang 5 minggu ni gua dah dapat mengendalikan welding. Mengenali jenis-jenis welding. Aih setakat cerita buat apa tepek sikit gambar..

Ini namanya Tungsten Inert Gas Welding
Next

Kisah bersama gadis-gadis kelas gua.. Kan macam lu orang semua tahu kelas gua biasanya gua sorang lelaki.. so macam heaven sikit lah aahhh ahhh!! mengerangggg~~ Tepek gambar sikit dengan awek-awek kilang sat lah


EH sikit-sikit je lah yer.. But why Nabilah Ali macam ikan tu??

Lepas ni gua akan fokus dengan test dan quiz segala bagai lah kot almaklum lah cuti midsem sekarang ni kan.. And ada lagi big upcoming event nanti.. Itu dah confirm gua update lah.. Kot-kot korang terkejut je nanti tengok gamba gua dah kawin *PROPANYA!!

Thursday, September 12, 2013

Cerpen : Lewat Malam

Hamboi kenmain lagi kan gua bercerpen ni gua tulis pepanjang dah lama dah.. Cuma tak publish-publish je. Komen komen gua buat pembaikan lain hari!!

21 Ogos 2013 / 01:34



Lewat Malam by Jajam




Kantuk yang dirasakan sejak petang tadi seperti ditahan-tahan. Apakah ini yang dikatakan insomnia? Penyakit orang millennium katanya.Mana tidaknya laman sesawang untuk bersosial tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan, lepas satu yang baru akan timbul. Anak muda. Apa lagi yang digemari selain dari bersosial.

Aku masih mencari topik yang sesuai untuk diulas di susur masa (time line) Twitterku. Malam buta begini banyak mana sangatlah kawan-kawanku yang masih segar sepertiku? Boleh dibilang. Topik yang diutarakan oleh para pemikir yang sedang hangat bercinta sudah semestinya mengenai dendam rindu mereka terhadap pasangan. Ah!! Aku kutuk orang aku juga kadangkala rajin berpeleseran dengan ayat-ayat jiwang sedemikian. Bangga menunjukkan rasa cinta yang hakikatnya hanyalah mainan dunia.

Sesekali aku akan memfokuskan pembacaan ku terhadap cerita seram yang diceritakan para curator @SeramShit. Bagus pemuda-pemuda ini, berkongsi cerita seram bagi menggalakkan burung hantu bertubuh manusia supaya tidur awal. Tapi bukan semua cerita mereka seram, adakala ada curator yang menyampaikan cerita dengan sambil lewa. Penuh kehambaran lagi menggalakkan pemerhati mereka tertawa daripada terkencing.Tetapi kalau curator bijak mengolah cerita yang menulis sudah pasti ramai yang akan meremang bulu roma, memandang sekeliling lalu dengan perlahan menginjakkan kaki ke katil gebu.

Isu semasa tidak kurang dipamerkan di timeline hari ini. Ialah isu hangat tentang pinjaman pelajaran. Isu sebegini baik aku komen dengan komen yang tidak bias. Kalau pro kepada kerajaan aku di cop orang kaya, kalau pro kepada pembangkang aku di cop menderhaka. Ah akta yang menyusahkan.

Aku hilang seketika dari mengarang. Ralit menggiat diri dalam #PuisiPerabot, Ini menariknya malam hari dunia maya. Ada saja yang mencuit hati menarik minat. Resam hidup di Twitter yang ramai orang main tu lah yang sering diikut.
Ah itu dia si ayam kampung. Berkokok riang dipagi hari buat kali keberapa aku pon tak pasti. Jam dikilas, baru 2:43 pagi. Tenang dan dingin sahaja malam ini. 

Cengkerik berlagu riang.

Seketika terhenti penulisanku
Aku terdengar derapan kaki. Siapa pula yang masih belum tidur dalam rumah ini. Kalau ikutkan si Grey sudah semestinya dia yang pertama membuta. Sia Leman pula sudah pulang ke kampung halaman. Yang tinggal hanyalah aku dan Grey.
Takkan lah Grey membawa perempuan. Sesosial manapun dia dia tetap ingat dosa dan pahala. Dia dan kekasihnya pun tidak pernah kulihat seperti kucing mahu mengawan. Mereka biasa-biasa sahaja, sekadar duduk, lepak dan berborak kosong di campus.

Aku menapak keluar dengan perlahan.

Langkahku canggung, terjingkit-jingkit bagai pencuri mahu menyelinap. Mata liarku pula sentiasa bergerak mencari susuk tubuh empunya derapan kaki. Dihadapan bilikku kelihatan hanyalah samar-samar cahaya lampu dinding. Masih menggunakan mentol berkuasa 60 watt.

Bayang hitam melintas sekilas dihadapan mataku namun sempat ku tangkap.
Bayang itu panjang dan berekor.

Sial. Jahanam kau makhluk yang kubenci. Mengapa dimalam-malam ini barulah dia nak muncul. Ketika semua orang sedang lena dibuai mimpi baru lah kau datang. Siapa yang perlu ku kejut untuk menghalau makhluk itu? Grey sudah! Jangan harap lah jantan pemalas tu mahu bangun. Jikalau dikejut pon dia akan bercakap-cakap yang entah apa-apa dan kemudiannya akan menyambung tidur.

Dalam aku sibuk memerhati, satu aroma mula menusuk hidungku, aroma yang paling aku tidak gemar. Kehadiran aroma itu membangkitkan aura seriau. Pinggan mangkuk yang disusun diatas singki kedengaran seperti dipunggah.

Tak guna. Makhluk itu sudah mula buat kacau nampaknya. Penyapu didalam bilikku kugapai. Diperbuat dari secekak buluh halus pasti sakit kalau dihayun ke atas badan makhluk itu. Berani ya engkau datang ke rumahku dimalam hari begini. Kau tidak tahu aku sudah punya senjata untuk mengusirmu.

Aku mengumpul keberanian untuk menapak dengan perlahan kearah dapur. Pancaran kilat kelihatan diikuti dengan dentuman guruh yang menghentam gegendang telingaku. Ah sudah! Lampu pula terpadam, BLACK OUT.

Mujur aku sudah biasa bergelap ke dapur. Setibanya di dapur mataku mula ligat mencari kelibat makhluk itu. Aroma yang dibawa makhluk itu juga semakin kuat.
Zass.. Libasan daripada ekor makhluk itu kearah kakiku menyedarkanku dari lamunan. Tanpa sedikit perasaan culas aku menghentam penyapum, tetapi sayang batang penyapu itu hanya mengena lantai, tidak seperti yang diharapkan.

Satu gigitan hinggap dikakiku. Sial! Binatang ini bukan sembarangan. Bijak dan pantas mengambil kesempatan.

Aku kembali merenung sekeliling. Mataku tiba-tiba tumpah kepada mata makhluk itu. Dalam kegelapan malam masih kelihatan sinaran kejahatan makhluk itu. Dia berada di atas kabinet..

BAMMM!!!

Satu lagi hempasan yang tersasar mengenai muka kabinet tersebut. Adakah kerana perasaan gementar berdepan dengan makhluk ini membuatkan pukulanku tidak mengena? Atau skilku sebagai seorang pemukul dalam permainan bola lisut hanya akan datang dikala aku terkinja-kinja diatas padang botak berbentuk diamond?
Ah segala persoalan itu hanya menyesakkan dada. Matlamatku pada malam ini adalah untuk mengganyang makhluk itu sepuas hatiku. Dialog hati kutunda seketika. Nampaknya makhluk itu sudah meninggalkan rumah dengan cara menyusup tingkap yang rompong tidak ditutup.

Aku membuka pintu keluar mencari kelibat makhluk itu. Halaman belakang rumahku terang dek sinaran bulan dan kerdipan bintang, walaupun seketika tadi panahan kilat menyebabkan bekalan eletrik terputus.

Mataku melilau sekali lagi dan menjumpai binatang itu sedang tegak di sudut kiri rumahku. Dia sedang menyeringai menayangkan barisan taringnya sambil sesekali lidahnya terjelir.

Tanpa berlengah aku membuka langkah seribu. Mengejar makhluk itu sambil tangan kananku lincah cuba menghambat tengah belakang makhluk itu. Aku berkejarang dengan makhluk itu hingga ke bahagian hadapan rumah. Dia kemudiannya menuju ke luar pagar.

Ah aku tidak memikirkan apa pandangan anak bujang yang melepak di hadapan rumah. Walaupun aku sedar bahawa kain gombang yang dikenakan sudah sedikit terlondeh, aku meneruskan perjuangan bagi menghapuskan makhluk itu.

Dia kemudiannya melintas jalan. Aku menuruti sahaja langkahnya tanpa memandang kiri dan kanan. Tanpa ku duga kenderaan berat datang dari arah kanan menghentam badanku. Kepalaku terhantuk dijalanan. Pipiku tersiat bergesel dengan jalan raya yang kasar tidak berturap hampir dua tahun. Aku kaku. Tak dapat bergerak.

Hanya laungan sahaja yang dapat aku sampaikan ke seluruh alam. Makhluk yang ku kejar menoleh kebelakang lalu memandangku sepi sebelum meneruskan langkahnya. Mungkin makhluk itu berkata dihatinya bahawa ajalku sampai dahulu sebelumnya.
Pandangan kian kabur. Darah mengalir dengan deras. Kepalaku berat. Pening. Pipiku perih. Kaki ku sudah tidak kurasakan. Kebas. Adakah sudah sampainya ajalku Tuhan? Matikah aku sebentar nanti?

ZAAAAASSSS!!!!

Seperti libasan cemeti dari ekor pari kurasakan. Rupanya tali pinggang Grey menghentam punggungku. Aku mamai. Aku masih hidup?

“Kau dah kenapa mengigau sampai jatuh katil, siap terkencing lagi tu. Pengotor nama saja sudah 23 tahun tapi perangai masih macam budak pra-sekolah. Esok pagi aku tau kau mop satu lantai rumah ni.”marah Grey.

“Aku bermimpi? Mengigau? Tak logik sedangkan baru seketika tadi aku menghadap laptop aku. Mana KUCING tu aku nak bantai dia!” soalku kepada Grey.

“Kau ni dah kenapa. Dah gila agaknya, mana ada kucing kat dalam rumah ni. Tu lah kalau benci binatang pon biar berpada, jangan sampai nak pedajal binatang. Lagi satu lain kali sebelum tidur tu basuh kaki, kencing siap-siap. Takda lah bocor macam ni.”perli Grey.

Ya aku tersedar. Aku tercengang. Aku kemudiannya menguruskan apa yang patut.


Thursday, August 15, 2013

Kabut!! Ribut!!

Kabut..
Ribut..
Apa nak jadi..
Yang betul salah..
Yang salah betul..
Dunia dah terbalik..
Agama dipermain..
Maruah dipertaruh..
Bangsa dipijak..
Wanita ditindas..
Lelaki mengganas..

Kabut...
Ribut..
Yang sana mengata..
Yang sini mendengar..
Yang sana dapat dosa..
Yang sini boleh masuk neraka..
Yang sana bijak sana..
Yang sini tiada apa..
Yang sana kaya..
Yang sini merana..

Kabut..
Ribut..
Dunia sekarang..
Dunia akan datang??

Friday, July 26, 2013

Hilang Berganti?



Duduk termanggu
Termenung mengenang nasib diri
Dicari ramai
Setianya boleh dikira

Awalnya ramah
Mungkin aku terlalu annoying
Ditinggalkan
Seorang kembali

Hilang seorang
Datang lagi ramai
Tapi kualitinya?
Sama seperti yang lalu?

Adakala rasa patah harapan
Berseorangan adalah takdirku?

Ya Tuhan! Mengapa perlu begini
Salahku mungkin
Terlalu memikirkan mereka
Lali
Terlupa akan diri Mu
Seronok dibuai arus
Terlalu inginkan keseronokan

Ku inginkan kesempurnaan
Diri ini pun banyak celanya

Mungkin yang bukan di depan mata adalah yang sejati
Yang maya itu penenang hati
Mungkin yang disekeliling hanya menumpang
Yang maya penenang dan tempat luahan hati

Hati ini rapuh
Mudah cemburu

Orang lain seronok
Ya kadangkala rasa mereka seronok tanpaku
Cemburu dengan keakraban mereka
Ya mungkin salahku

Diri ini
Sukar bergaul

Pemikiranku tidak sebebas mereka
Mereka mudah bermesra
Aku?
Sama sekali tidak seperti mereka.
Hobi berlainan
Mudah diperdaya
Termakan hasutan

Tapi
adakalanya bersyukur

Masih ada yang sudi bersahabat denganku
Walaupun seketika

Ya
Lumrah manusia
Datang bila perlu
Pergi bila dibantu

Moga yang pergi
Diganti yang lebih baik
Cukup walau seorang dua

-JarJam-

Saturday, July 20, 2013

Tahun Pertama Berlalu

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa! AUM!!

Kenmain lagi tajuk tahun pertama berlalu...
Bukan tahun pertama berkahwin tetapi tahun pertama gua dalam

Diploma in Chemical Engineering Technology (Food)

Hamboi kenmain lagi amik chemical gua ni.
Walhal kat sekolah minat pon idok.
Minat gua makanan jer LOL!!

Untuk makluman gua masuk 22 Julai tahun lepas. Eh!? Cemna boleh gua kata genap setaun.

HAHA!!

Ok sem 2 gua kan dah habis bulan 5 haritu. so genap lah setahun ye dok?

Sem 1 gua sukses! HOyeah bangga sat. Rasa macam menang award.
Sem 2 erk... Drop HUAA!! tapi bersyukur lah jugak dropnya takdalah teruk.. BLERGH!

Belajar kat UniKL MICET ni jangan pelik lah nampak macam kami ni pekerja kilang. HIKSS!!

Ini namanya lab coat

Memasing dengan Jaket Biru dan Lab Coat almaklumlah nak kerja dengan industri nanti.
yang paling syok nya kalau ke lab takkan berenggang dengan safety boots. Oh kami sayang benda ni.
LOL!
Safety boots ni agak menyusahkan jugak sebab berat. Lagipun campus kami ni kolej kediaman terletak diatas bukuit (bukit) so agak siksa jugak nak menapak sambil ber safety boots. 
Oh ya biasanya gegadis comel MICET akan pakai wedges manakala safety boots hanya pakai dikala betul2 nak masuk lab. Habis lab session keluar pakai wedges balik. OH COMEL!!

Dan untuk makluman MICET ada ramai gadis comel ok.

Ini namanya jaket BIRU
September ni bakal bermula lah tahun ke 2. Kenmain gua semangat!!
Hope boleh naikkan pointer HUA!!! T__T


Tips Shopping Online

Assalamualaikum....

Kenmain rajin lagi tangan nak naip entry memalam buta macam ni...

But the problem is. Nak naip pasal ape?
EKEKE!!

Shisha haram? DUH! gua bukan blog SEO.
Awek? DUH! Awek gua sibuk. LOL!

Ok got it! Tabiat shopping online!

Ok gua rasakan semenjak dua menjak ni la kan.. Gua kuat bebenau soping online. LOL!
Soping baju. Soping barang cantikkan muka. pergh! kenmain lagi macam harem....

Bukan ape lah kan bagi gua soping online ni boleh tahan gak lah! Ada barang murah compared to the market price of some item! Lepastu kalau soping online ni kita boleh jimat tenaga dari berjalan kat luar! Kahkahkah! Alasan orang pemalas memang macam ni. MEH! Patut la badan naik!

Kitab Terfaktab yang gua beli online! Woi gua ada 3 set! HAHA


Few tips kalau nak shopping online ni

1. Kenalpasti dahulu dengan siapa kita berurusan. Tengok rekod dia sebelum berurusan. Dimana korang boleh dapat ni? Korang senang tengok je komen-komen orang yang pernah beli dengan tuan kedai tu. Kalau ramai komen puas ati so why not teruskan.

2.Survey dahulu!!
Yup kita kena survey dahulu harga-harga yang ditawarkan oleh tuan kedai tu. Kalau ada kedai yang lagi murah, jangan lah pulak kalian bazirkan duit beli memahal! haha! ok! <-- masuk dalam tips berjimat!

3.Make a deal first!
Dimana korang kena lah whatsaapp or calling2 mesej2 ngan tuan kedai. tanya barang yang korang nak beli tu ada lagi tak. kang tak pasal duit korang dah bank in but then stok habis. Tak ke merana nak nunggu tuan kedai restock. Then confirm kan harga dulu, tanya include postage or not. Kang kena tambah duit lagi. Tak ke dah bazir masa.


Ok buat masa ni tu je tips yang aku selalu guna.

Shopping online ni ada baik ada buruk.
Buruknya bila korang dah ketagih semua benda kau nampak murah! Gojes sedangkan ~ ~...

Kawal nafsu dalam perbelanjaan. Kalau tak karang lari bajet. Dapur tak berasap laki larik. LOL! <- tadak kaitan ngan Acap Mushlim
Limitkan sikit wang keluar, biar wang dalam akaun berkepuk sikit. HAHA!!

Selamat selamat selamat soping online.

"Gua tengah pakai bedak tanaka beli online. Kenmain berkesan lagi. Jerawat surut!"-JarJam

Friday, July 19, 2013

Derita Merindu

Assalamualaikum.

Jangan salah anggap gua bukan mabuk. Gua sedaq ni! Waras. Tidak berada dibawah pengaruh alcohol, candu, opiat dan segala benda yang haram lagi memabukkan. Air ketum pun bukan!

Gua cuma B-O-S-A-N
Kau bayangkan. Bayangkan cepat sampai kuar awan2 daripada kepala korang.

Cuti bermula sejak bulan May haritu lagi! How SWEET!! Cuti secuti-cutinya.

Cuti pulak bukan sekejap. Bulan 5 sampai minggu ke 2 bulan September.
Sempat la untuk gua menggamit memori sambut raya genap 30 hari dekat rumah ni.
Kenmain lagi!!

Masalahnya cuti yang diberi oleh pihak UniKL yang sangat pemurah ni buat kami yang muda remaja ni rasa tepu, dan lampi. ERGH!

Rindu rindu rindu baq hang dekat campus gua! UniKL MICET!



Kenmain lagi kan rindu!

Ergh manusia. mana pernah puas.
Bila takda cuti mintak cuti (biasanya buat sendiri),
Bila cuti dicampak baru sekerat hari cuti dah mula nak blajaq baliq.

ERGH!

Ke gua je yang saited terlebih sampai rindu melambung-lambung ke campus gua?

Ekceli rindu dengan sahabat, kawan, lecturer, hostel. Dan paling dirindui sendiri SUASANA BELAJAR!!
Ok gua tau gua macam menggedik sikit.

Tapi yang syok nya cuti ni, pemberi sumbangan kami MARA sentiasa menghulurkan wang elaun seperti biasa.  (bukak buku sejarah form 5 kalau tak tau apa tu MARA)  ALHAMDULILLAH!
Tahu2 je kami ni nak beli pekakas raya, Dan yang lagi penting bayar duit Ostel dan insurans :)

Oh itu rindu pada campus.

Next rindu pada kekasih hati. Ohoi Che Ta
.
Awak! Saya janji ni janji... <---- stop tanak kena bash

Ok truth!

Awak! I miss u. Rasa macam dah seminggu tak contact. Lol!
Saya tau awak comel  Eh! terpuji lak. Saya tau awak tengah study, ngadap perangai lecturer awak, mengadap essaimen, mengadap puasa, mengadap test and quiz. Ok ngadap semuanya.
You have your own personal life. Tanak kacau sangat.

Tapi.. Mmmmmmmmmm
Saya nak cakap kat awak ni.
Study leklok. Bila nak buat cornflakes madu untuk saya lagi? bila nak kawin dengan saya?

Ah rasa sadis lak gua memalam ni. Puih..

Ok benaunya nunggu awak msj LOL!!
Bukan ape kalau saya start dulu kekadang awak dah nak capai bantal busuk. So saya kena hantuk kepala. haha!
Ok awak take care! Miss u.

Ngalahkan Che Ta tau gua blogging. LOL!!
Oh. Ini gua. Pesen gua sebenarnya. Manja terlebih. Sepakkan aje biau gua merasa. Gedik. Mengada!

"Adakala jantan-jantan pon nak kena manja, tak lebih sikit jer" - Jarjam


Wednesday, July 17, 2013

TheJimbits

Assalamualaikum..

Hehe haritu privatekan blog ni kekunun malas nak blogging.
Pastu ter-rindu lak kat blog ni.

Ok untuk makluman gua ada blog baru.
Bukan kat blogspot.com dah. Gua move on ke wordpress.

Sebabnya gua nak try gak wordpress.
Not bad cara nak edit blog segala bagai sangat mudah. Depends pada theme yang kita pilih. Blog baru gua ni gua tak rasa nak hias kenmain tiptop. Gua guna theme simple sedia ada jer..

Eh dari tadi kata blog baru blog baru, nama blog tak lak dibaginya

Ok ni nama blog baru gua. TheJimbits <--- Klik untuk terjah..



Kat blog TheJimbits ni gua rasa gua akan post bila terdetik hati nak mengarang. Kenmain lagi kan.

Untuk makluman gua tengah mengarang Cerpen. (Cerpen ape tah sampai ada part2)

Tajuk : Amukan Rimba

Ni list and link cerpen yang dah siap ditaip. (Cerpen bersiri !!!)

Amukan Rimba #1

Amukan Rimba #2

Amukan Rimba #3

Amukan Rimba 4 <-- tengah draft hikss!!

Cerpen ni gua buat pada puasa ke berapa tah. Baru lagi lah jugak.

Papepon need comments dari korang readers. Kekalau ada penulis novel berjaya ke ngomen pon ok gak. Cambah sikit ilmu kat otak gua ni!!

Ok tudia kekunun nak taip sikit je tapi tertaip panjang lak. Moga hepi2 selalu.
Kasi terjah!

Thursday, June 27, 2013

Al Kisah Tukang Buat Air

Assalamualaikum.

Cuti sem gua yang mula sejak tengah bulan May sampai ke bulan September ni gua rasa gua bakal penuhi dengan duit. PERGH!!! Leleh air mata dengar duit.

Gua kawin #EH!!!! Gua kerja dekat sebijik kedai makan. Dekat je ngan rumah gua. Adalah lebih kurang 0.2 marhalah. Yeyer je jangan caya!

Kerja gua datang awal, masak air, keluarkan barang-barang air, lap tempat buat air, buang air! #EH!.

Air Three layer merupakan air paling comel LOL!


GUA KERJA SEBAGAI TUKANG BANCUH AIR

Pergh CAPS LOCK tu..
Buat air tak susah, senang jer. *BAJET! 
Awal-awal memang gua macam tapir nak beranak. Tercari-cari tertanya-tanya apa resepi nak buat air milo, ais blended, air buah, air mata T_T. eerghh.. dapat-dapat lak masa first day kerja tu lah orang datang macam setahun tak minum air. Ramai orang beb!!!!

Ok masa demi masa. *Maaf cikgu BM salah tatabahasa ni
Gua dah tau dah. Ape sebenonya resepi orang buat air ni.

Rahsia besar dia ialah : 

"KETENANGAN"

Kalau tak tenang kelamkabut la jadinya workstation gua. Teraba-raba carik bekas milo, bekas susu hehe!

Apa yang gua tak suka pasal kerja gua ni ialah bila gua dah siap mengemas cawan tapi still kena tunggu sekumpulan jejaka yang suka melepak diwaktu malam kat kedai makan. ERGH! nak menunggu diorang punya cawan tu kena cuci gak wei!

Karang kalau gua gi dekat diorang pastu pakai taram kemas gelas diorang kang dikata biadap lak.
Tak pepasal gua pergi nak amik cawan tapi last-last gua makan cawan.
*Normally geng-geng mat motor selalu lepaking macam ni. Tahu lah takda anak bini. Kesian kan lah gua yang ada anak bini ni. #EH 

So terpaksa lah gua dengan hati suci tulus murni nunggu diorang bayar dulu. *Menunggu bukan sifat gua. hehe

So gua akan balik terus. Cawan-cawan lain tu biar lah esok hari gua kemas. SWEET kan gua.

Ape pun gua rasa pertambahan berat akan terus berlaku kerana kerja kedai makan ni asal tukang masak masak kita akan rasa sikit. Normally western food punya saki baki fries bakal ditibai oleh pekerja kuat melantak macam kami haha!

"Anyway kerja kena ikhlas, niat gua datang kerja cari rejeki halal bukan dok makan gaji buta"-JajamJimbit

Saturday, May 11, 2013

Di Pertengahan Final

Fuh fuh Assalamualaikum..

Kalau ada reader lagi blog gua ni gua rasa bangga lah jugak. Dahlah entri gua semua tak best kan huhu.. dah la jarang update pon satu masalahnya huhu :)

Macam semorang tahu gua sekarang gua tengah Final exam ahhhhh :-)
Stress nya memang tayah cakap lah kan sekarang baru lah lega sikit sebab 3 daripada 6 soalan gua dah jawab huahaha.....

Dah jawab malas nak pikir lah kan apa yang bakal dapat tu biar je lah haha. Usaha dah sudah :-)

Hah apa lagi yang gua nak update lagi ni ek.. lol tah sampai sini je lah update gua kalini :-)

Saturday, April 27, 2013

Suatu Post Di Tengah malam

Assalamualaikum. Apakabo taman dino ku oiii..

Hari ni baru teraso nak up satu entri.. perhaps jadi seorang studeng melimitkan masa gua hapdet blog.. payah jugak jadi student ni lol..

Podia gua carutkan ni woii.. mana ada benda senang dalam dunia ni.

"Sesungguhnya kepahitan itu yang bakal mengajar kita erti kemanisan"-terbaca kat fb

Yup setuku sangat ngan idiom tersebut :-)
Kemanisan takkan pernag datang semudah beli gula kat kedai runcit mahupon super market.

"Kak saya nak sekilo kemanisan dalam kehidupan"

Pernah korang dwngar ayat cem ginih hahaha. Mahu makan tampo atau penerajang toke kedai nanti.

Semalam tamatlah sudah sesi kelas mengelas , lab-mengelab di MICET terchenta. Semakin banyak pengalaman yang dapat.

Dah last2 ni baru dok pikir balik cara pengurusan hidup yang gua atur sepanjang sem 2 ni memberangsangkan atau tak .

Berdasarkan penelitian memang hampeh. Banyak yang tak ikut agenda dan matlamat sem 2 yang telah gua set awal sem haritu.

Biasalah manusia x pernah lari dari kesilapan :-) chill sudah. Apa yang kita kena lakukan pas ni adalah penambah baikan :-).

Pahit manis sem ni akan terus berlalu. Huhu apa yang bakal menyusul adalah study week dan final exam. Fuh fuh sempot.

Tuh jadual gua gua tampal sekali kat entry ni... minggu depan gua rasa macam nak menghambakan diri kat library je kot huhu..

Eh tu je kot apa yang den mau tulis malam ni huhu..

Sunday, April 14, 2013

Brace Your Self

Assalamualaikum..

Selamat datang ke taman dino.. Fuhh Fuhh berhabuk rumah kesepuluh den ni haa..

Bukan taknak update. Tapi keadaan tak mengizinkan..

Atas masalah teknikal line internet di kampus kesayangan gua hilang.. Mungkin modem telah dihantar ke tempat lain oleh Bartholomew Kuma <--- sila search google sendirik gua tepek gambo saje bulih?


Nampak sangat gua kalut nonton One Piece sementara cuti 4 hari ni kan.. Hoi hoi jajam hang jangan buat gila meh kita tengok Planner Minggu depan :

Selasa - CPP TEST
Khamis - ANALY TEST, MATH TEST,
Jumaat - ORGANIC TEST, MANDARIN TEST

Opocot terkejut den mengadap natang ni..

Komen Saya untuk hari2 tersebut -

Selasa - Hai CPP saya sayang awak
Khamis - Hai Analy saya rasa saya nak baca awak sampai muntah dan awak pulak Math sila kawan dengan saya jangan cari X awak
Jumaat -  Organic saya nak jadi chemical engineer berjaya so awak kena tolong saya, awak pulak mandarin kalau saya dapat A- lagi sem ni siaplah awak.

Doakan kejayaan gua ye sahabat. T_T leleh air mata tadah tangan mintak ampun , maaf kalau ada salah silap halalkan makan minum gua..... RAWR!!

Saturday, March 09, 2013

The Missing Halimah Sofea

Assalamualaikum.. 




How about an english entry for tonight?
Im at home right now, well as usual im doing my hobby "Resting on the Social Networking Site" a common hobby for teenagers nowadays.
I keep my eyes reading while scrolling the time line as usual until i've got an idea to update my blog.
Why would I make an entry about a missing girl? Shhh.... There was something strange regarding this missing girl! Wanna know more? Read it!



Yeah at last im updating my Blog Budak Sengal. Thanks to Shira Ranchong. While walking together with her to the mandarin class, she ask me to update my blog so today I would like to fulfil your mind with my "Sengal Virus". 

5.00 P.M , 5th March, our Reading for Academic Purposes lecturer, Miss Intan came as usual to the class... But today, with some weird face expression..


Weirdo isnt it?

Her first question after distributing the attendance form to be signed was "Is there is a person named Halimah Sofea in this class?". The whole class that was clamorous suddenly quiet. Some of us laugh what an interesting joke for the late evening class.

Again she asked whether Halimah Sofea are in the class or not. we say NO! 


Of course there was nobody that have an old classy name like that. My classmate have their own vogue name given by their parents. Not Halimah, Kak Limah, Kak Pia or whatever like that..

From the attendance form that was distributed there was a student named Halimah Sofea but when the Mis Intan checked through the ACMD (Academic Management Department *maybe*) the students name or ID number didnt exist at all!

After hearing that facts some of us that are keeping their mouth spitting words to stop their task. Some of us changed the name to Kak Limah, well kak limah a ghost (*crazy character in Hantu Kak Limah Balik Rumah). The "CUAK" feeling suddenly absorbed to our class.

To stop the CUAK from dissolving through the vein  we sang "Enjit Enjit Semut Song". The mood are now back to the happening  2 DIP G.

So in this entry I would like to say, Halimah you better meet Miss Intan if you exist she didnt want you to be on the barred list. SIGH. *IF YOU ARE EXIST*

If the character named above didnt exist, i would like to say thanks to the creator of the character. Thankyou for making 2 Dip G HAVOC hehe! We will keep spreading the name until we meet her.

*HAMBOI KENMAIN ENTERI MATSALIH JAJAM BUAT* ok jangan ada cikgu BI komen dah!

Friday, February 15, 2013

Perginya Seorang Insan

Assalamualaikum..

Harini hari yang agak sedih bagi gua. T_T

Sahabat gua yang selalu gua ajak teman ke kelas sudah menghadap Ilahi..

Fadzil Peter sahabat satu course dan satu kelas sem ni telah pergi buat selamanya. Allah sayangkan dia.

Sesungguhnya nyawa kita boleh diambil bila-bila masa..

Arwah orang Sabah,anak sulung, mempunyai cita2 dan semangat yang besar, seorang yang rajin, Ceria, so jenazah akan bertolak ke sabah jam 10 malam ni.. Moga selamat sampai.

Bertuah arwah kembali menghadap ilahi pada penghulu segala hari.. =)
Kenangan bersama kau memang aku takkan lupakan.. Bukan aku  sahaja yang rasa kepiluan ni, tapi satu MICET. Kami redha dengan ketentuan ni.

So lepasni kelas sunyi tanpa beliau.. Aku ke kelas pon jalan sorang-sorang lepas ni.
Dan takda orang yang boleh kitorang usik lagi..

Mohon semua orang yang terbaca post ni Sedekah kan Al-Fatihah.. Moga rohnya dicucuri rahmat, AMIN

Thursday, February 14, 2013

Ambik Lesen Sekali Lagi

Assalamualaikum...

Harini 14 haribulan kenmain orang dok loving-loving...
Den jo morano harini...

Dah tongah2 cuti ni la den kono amik modul 6 jam kekunun melayakkan gua dapat lesen L kembali sebab baru nk blajo mutocar a.k.a KERETO

8.00 Pagi.. *ooops pukul 7.45 pagi lagi den dah ko institut memandu*

Den datang dengan beg kuliah den ke pusat memandu tu, hanto misej kat agen yang den dah sampai.
Den nunggu lagi lah sampai jumpa cikgu nyo..

Semak punya semak DEN dah salah tarikh!
Tarik modul 6 Jam den 21 Feb...
Den dah mulo buek muko sepucin..


Cumil lagi dari baby atas ni den buat..
Cikgu pesan takpo, tunggu jo dulu bueknyo ada budak tak datang den ganti tompek dio...
Tunggu punyo tunggu dan macam biaso lah.. Kekadang jombalang dok menghasut kato tak yah tunggu baik balik tido...

Tapi dek korano den cokal kan hati akhirnya alhamdulillah memang bona ada budak tak datang so den teruih la masuk donga ceramah urang tu membebel tak tontu harah... Lawak ado, goli hati pon ado donga pengalaman penceramah masa aja budak memandu...

*solamat den ado bawak ubat kuat den ketiko donga coramah tuh takdo la den nantuk jo macam kucing dalam rumah den..

12.00 Tengahari

Sejurus tamat den punya sesi coramah,
Dibori nyo rihat, den pon puaskan diri den dengan ruti sandwich RM 1.50 dan seterusnya air mineral RM 1.00..

Dah pueh den moncokek apo lai den pon teruih la poi jamban..
Membeseh kojap...

Habis jo buang air kocik pengajar panggil den dio tunjuk demo teruih caro bawak kereto...

Den sekarang giliran den bawok kereto, part jalan luruih kenmain la den bulih kawal.. Almaklumlah pestime bawak kereto.. Takut pon ado...

Masuk jo part naik bukit memang hanco den kojokan.. Part naik bukit tu OK! part nak mulo gorak turun bukit, memang sesikit mati injin dek korano tak borapo lancar lagi seimbangkan minyak ngan clutch..

Itulah pongalaman den untuk hari ni..
Doakan lah den dapek buat sampai abih dapat lesen P balik yo!

*KEPADO SENIOR CAKLEMPONG DEN YANG NGONDAP BLOG DEN NI NANTI DEN KELUO KAN PULOK TIPS LULUS BAWAK KERETA YO*

tu pon kalau den rajin LOL!! MUACHHXXX! LOVE U

Wednesday, February 13, 2013

Lagi Banyak Tahu Lagi Banyak Tak Tahu

Assalamualaikum..

Todia JAJAM datang woi jajam datang kekunun rajin menaip blog..
Padahal...

Ni apekehal lak gua taip tajuk kenmain panjang lagi panjang dari tali pusat bayi baru lahir nih kekeke..

SEMESTER 2

Todia perkataan semester 2 kenmain besar.
YUP semester 2 ni makin makin makin mencabar
Subjek pon susah-susah..

Organic Chemistry

Pada awal ingat macam biasa jer, tapi sekali tengok semua pasal naming organic compound, dapat lak lecturer yang mengajar laju + garang macam She Hulk.. *Tapi  dia garang2 baik kalau tak buat masalah ngan dia*

Ok kembali ke cerita.
Naming organic compound ni memang lebih kurang jer ngan yang pernah belajar kat sekolah, cuma kali ni lagi banyak family yang kita belajar, in example Ethyne (triple bond), Amine and Amide dan banyaaaaaakkkkkk lagi! HUHU!

Nampak tak family Organic Compound yang perlu dihapal

Fluid Mechanics

Subjek ni pulak penuh kena menghafal Formula, kena  mahir buat equation, kena terror unit conversion.. Memang gila punya unit converision.. 

Chemical Process Principle

Subjek ni pulak belum terasa lagi kesukaran dia sebab masih dalam chapter yang senang.. Senior kata subjek ni lah yang paling tak terkata kepayahan nya. Subjek ni pon banyak conversion unit.. kejam dalam standard SI unit pastu American punya unit pon ada... QUITE menyusahkan LOL!
Jom tengok sikit Conversion Table yang bakal digunakan sepanjang sem ni.. kekeke


Todia kan ke pening jugak nak memillih mana satu nak digunakan... HURM! Dan both Fluid Mechanics and CPP nih ada Case Study kira macam folio gak la #EH?

But apa pon semester 2 baru bermula lebih kurang sebulan, gua takkan mudah mengalah. Setiap tahun memang akan ada benda yang susah.. Itu NORMAL.. 

Lagipun orang pernah kata menuntut ilmu ni diawalnya memang susah, tapi bila dah biasa dengan benda yang dipelajari akan mudah.. InsyaAllah.. 

#Cuti midsem umpama study week.. Segala benda nak di semak, nak dirujuk RAWR!


Monday, January 28, 2013

Hidup Kembali Normal

Assalamualaikum dan selamat tengah malam buta..

Malam ni ter rajin post kisah kehidupan gua yang kembali normal ke alam persekolahan eh alam unibersiti

*Alhamdulillah Line internet micet dah benarkan kami bukak blogger.com

*Jerang air kejap - Mujurlah water heater depan mata
*bukak tab Hotot tengok orang bash Jajam Dino

Kuajaq punya jiran bilik sebelah.. Kutuklah gua memacam nanti gua suruh saka belaan gua serang korang.. Biar tinggal tulang je korang!! RAWR!! *Saka Denesor kau.. bukan saka rimau atau buaya..

*Sambung bukak tam blogger.com
*tengah menaip..
*Teringat nak sambung tengok RunningMan episode 123 tapi tepis niat tu.. nanti tak dapat blogging
*terbaca tuit kawan mengadu sem 2 ni susah.. -sama-samalah kita harungi wahai sahabat.. InshaAllah
*Ada kawan mintak lab manual Organic Chemistry
*bukak group Micet94 upload lab manual OC

Bosan tak baca kisah gua sekarang ni.. Hurm beginilah kehidupan studeng gua kat UniKL micet..
Tapi sem ni kira ok lah dari sem lepas blogger.com  bulih bukak bulih la den update blog selalu!!

*Phone berbunyik.. Tengok mesej dari Madam Haryanti.. Yehh!! Esok tadak Lecture Math

Argh rasa macam tah pape bila dah tak boleh buat entri yang lucu.. Tah mood tadak.. Perasaan pon tadak.. Ker perlukah aku blogging tengtang chemistry dan engineering je mulai sekarang!
TAK! ITU bukan konsep Taman Dino yang diidamkan!!

Tarik nafas.. Hembus..

Eh jap nak upload gamba.. List subjek Kentang sem 2 ni..


Eh tangan ter gatal nak upload gambar jadual sem ni pulak


Adakah gua je yang rasa jadual ni pack atau orang lain pon rasa macam tu..

Mungkin inikah punca yang bakal menghalang gua dari blogging secara aktip *sebelum ni ektif sangat la tuh LOL!

Ape bulih buat.. Terima jelah kenyataan dah kena belajar bagai nak ghak sem ni.. Doakan gua yer rakan blogger dan reader yang lain


*KucingComelUntukDijual*


Wednesday, January 02, 2013

Bau Duit Dah Dekat (0_0)


Assalamualaikum...

Gambo Pakcik Google

Firstly nak ucap selamat tahun baru.. Selamat berazam baru..
Banggo lak den orang sebut2 namo den KEKEKE!~!

Gua tak pernah berazam kekke..

Tapi tetap nak bagi ucapan selamat berazam kepada korang yang berazam ucapan ini tulus ikhlas dari azam yang tak pernah berazam walaupun nama gua azam... 
SO Tajuk entri dah mengiurkan sangat..

Oh Elaun MARA ku.. kutunggu jandamu eh kedatanganmu

Ginilah gamaknya setiap budak sem 1 yang baru nak up menunggu duit masuk kan.. HAHA~~

Duit tuh kalau dapat akan diurus sebaiknya!! Tiada pembaziran.. Tiada ragu.. Duit itu akan terus gua guna untuk meminang WOW!! MEMINANG!!

Kentut lah nak meminang..

yang penting akan ada bahagian bakal gua korbankan untuk sumbat bagi penuh sikit akaun ASB gua kekeke...

Eh korang nak tanya sikit boleh Apa novel yang NGETOP dan BEST sekarang ni.. Dapat duit ni memang rasanya bakal terkorban sikit untuk novel.. Asik akak gua je belanja novel gua bila lagi kan!! HAHA!!

Random Quote GBS