Peminat Setia

Saturday, October 19, 2013

Kenapa Budak Engine Kerja Melambak

Assalamualaikum

Hamboi tajuk nak promot dak engine le tu. RAWR!
EH Biar lah blog saya! Eh tapi kalau tak da readers tak guna ada blog <- Konflik dalaman

Ok kembali kepada tajuk gua ni..

Memang bak kata orang ni dak-dak engine ni suka buat kerja last minute. Ye ke tidak.. Sendiri mau hingat LALALA! Kerja kami ni banyak tu tak lah banyak sangat tapi macam time management tu 24 jam pon tak cukup. EH termengaku pulak

Tepek sejambak dua mawar merah

Ini desktop gua!! RAWR!

Hamboih todia naik penuh desktop kami naa! Dok berlari berkejaran berciciran berguguran segala benda. Tu pon gua rasa gua tak habis tulis lagi. Tolong jangan diskriminasi budak ENGINE! Kami ada alasan kami tersendiri. Kami bukan sengaja.

Kenapa Kami Banyak Kerja
Kami bukan nak bajet kami ni bagus. Kami banyak kerja sebab dalam seminggu kami ada tiga pat lab session yang perlu kami conduct. Compared to student that takes other major. Kebiasaannya dak-dak major lain akan ada assignment and tuto at the same week diorang pon assignment bukan setiap minggu . Tapi kalau kami, ada assignment, ada tuto, lab report. Kalau kami assignment tu kira ada lah setiap minggu jugak, sebab kami ada jugak subjek yang tak ada lab report misalnya pengajian Malaysia and etc but subjek macam ni lah yang memenuhkan ruangan assignment kami.

Ada Tambahan Lab Report Je Pun Boleh Settle Ape
Memang kami ada tambahan lab report je pun. Tu je kan. Tapi kami bukan boleh settlekan lab report tu sejurus kami keluar lab. Kami manusia perlu jugak rehat. Ingat tak penat ke duduk dalam lab tu. Each lab session may took 2-3 hours to be finished. Bukan nya lab macam sekolah dulu. Masuk daun dalam beaker tunggu berbuih record hypotesis, pemboleh ubah bagai. Lahai. Kami nyer lab report siap kena amik data tu tak tengok time interval record data tu berapa puluh minit baru record. Kalau macam tempat gua belajar ni, ada certain course yang kena amik data yang time interval dia menjangkau jam, Bukan minit lagi dah.

Tu tak tengok lak etika berpakaian kami dalam lab. Dalam lab engine biasanya akan ada safety regulation dia tersendiri. Kamu DIWAJIBKAN membawa Personal Protective Equipment kamu sendiri bersesuaian dengan subjek kamu kat lab tu. Dan paling kami benci ialah SAFETY BOOT. As I mentioned before this, safety boot tak digemari sebab berat dan menyakitkan kaki.

Biasanya habis lab memang kena bantai rehat lah dulu kan. Kalau cam den ni lagi teruk ada sesi lab yang kena kejar waktu. Memang rushing gila lah kan nak kesana kemari.

Kami Budak Engine Belajar Calculation Merapu
Yup memang ini yang kami rasa pun. Calculation jangan cakap lah mak hayam pon boleh terkincit tengok calculation kami. Orang kata calculation ni kena ingat formula je. Dah kalau formula tu pon kami tak paham cemna kami nak menggunakannya. Reason kami belajar calculation susah susah ni jarang kami temui dalam kelas, sebab biasanya guna time kat industri nanti.

For the time being i think ni je kut point kenapa kerja kami budak engineering agak melambak. Bukan malas. Bukan tak manage time. Haha. Apa kami boleh buat kan, kami dah pilih jalan hidup ni, so kami kena tabah menghadapi segala cabaran. Cabaran ni lah yang menguatkan kita.

Kalau kalian rasa point ni tak patut ada sila komen nyatakan sebab.
Kalau kalian rasa aada point tak cukup sila komen boleh gua add nanti <- Dak Engine Detected!!

No comments:

Random Quote GBS