Peminat Setia

Thursday, June 27, 2013

Al Kisah Tukang Buat Air

Assalamualaikum.

Cuti sem gua yang mula sejak tengah bulan May sampai ke bulan September ni gua rasa gua bakal penuhi dengan duit. PERGH!!! Leleh air mata dengar duit.

Gua kawin #EH!!!! Gua kerja dekat sebijik kedai makan. Dekat je ngan rumah gua. Adalah lebih kurang 0.2 marhalah. Yeyer je jangan caya!

Kerja gua datang awal, masak air, keluarkan barang-barang air, lap tempat buat air, buang air! #EH!.

Air Three layer merupakan air paling comel LOL!


GUA KERJA SEBAGAI TUKANG BANCUH AIR

Pergh CAPS LOCK tu..
Buat air tak susah, senang jer. *BAJET! 
Awal-awal memang gua macam tapir nak beranak. Tercari-cari tertanya-tanya apa resepi nak buat air milo, ais blended, air buah, air mata T_T. eerghh.. dapat-dapat lak masa first day kerja tu lah orang datang macam setahun tak minum air. Ramai orang beb!!!!

Ok masa demi masa. *Maaf cikgu BM salah tatabahasa ni
Gua dah tau dah. Ape sebenonya resepi orang buat air ni.

Rahsia besar dia ialah : 

"KETENANGAN"

Kalau tak tenang kelamkabut la jadinya workstation gua. Teraba-raba carik bekas milo, bekas susu hehe!

Apa yang gua tak suka pasal kerja gua ni ialah bila gua dah siap mengemas cawan tapi still kena tunggu sekumpulan jejaka yang suka melepak diwaktu malam kat kedai makan. ERGH! nak menunggu diorang punya cawan tu kena cuci gak wei!

Karang kalau gua gi dekat diorang pastu pakai taram kemas gelas diorang kang dikata biadap lak.
Tak pepasal gua pergi nak amik cawan tapi last-last gua makan cawan.
*Normally geng-geng mat motor selalu lepaking macam ni. Tahu lah takda anak bini. Kesian kan lah gua yang ada anak bini ni. #EH 

So terpaksa lah gua dengan hati suci tulus murni nunggu diorang bayar dulu. *Menunggu bukan sifat gua. hehe

So gua akan balik terus. Cawan-cawan lain tu biar lah esok hari gua kemas. SWEET kan gua.

Ape pun gua rasa pertambahan berat akan terus berlaku kerana kerja kedai makan ni asal tukang masak masak kita akan rasa sikit. Normally western food punya saki baki fries bakal ditibai oleh pekerja kuat melantak macam kami haha!

"Anyway kerja kena ikhlas, niat gua datang kerja cari rejeki halal bukan dok makan gaji buta"-JajamJimbit

Random Quote GBS