Peminat Setia

Friday, July 26, 2013

Hilang Berganti?



Duduk termanggu
Termenung mengenang nasib diri
Dicari ramai
Setianya boleh dikira

Awalnya ramah
Mungkin aku terlalu annoying
Ditinggalkan
Seorang kembali

Hilang seorang
Datang lagi ramai
Tapi kualitinya?
Sama seperti yang lalu?

Adakala rasa patah harapan
Berseorangan adalah takdirku?

Ya Tuhan! Mengapa perlu begini
Salahku mungkin
Terlalu memikirkan mereka
Lali
Terlupa akan diri Mu
Seronok dibuai arus
Terlalu inginkan keseronokan

Ku inginkan kesempurnaan
Diri ini pun banyak celanya

Mungkin yang bukan di depan mata adalah yang sejati
Yang maya itu penenang hati
Mungkin yang disekeliling hanya menumpang
Yang maya penenang dan tempat luahan hati

Hati ini rapuh
Mudah cemburu

Orang lain seronok
Ya kadangkala rasa mereka seronok tanpaku
Cemburu dengan keakraban mereka
Ya mungkin salahku

Diri ini
Sukar bergaul

Pemikiranku tidak sebebas mereka
Mereka mudah bermesra
Aku?
Sama sekali tidak seperti mereka.
Hobi berlainan
Mudah diperdaya
Termakan hasutan

Tapi
adakalanya bersyukur

Masih ada yang sudi bersahabat denganku
Walaupun seketika

Ya
Lumrah manusia
Datang bila perlu
Pergi bila dibantu

Moga yang pergi
Diganti yang lebih baik
Cukup walau seorang dua

-JarJam-

Saturday, July 20, 2013

Tahun Pertama Berlalu

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa! AUM!!

Kenmain lagi tajuk tahun pertama berlalu...
Bukan tahun pertama berkahwin tetapi tahun pertama gua dalam

Diploma in Chemical Engineering Technology (Food)

Hamboi kenmain lagi amik chemical gua ni.
Walhal kat sekolah minat pon idok.
Minat gua makanan jer LOL!!

Untuk makluman gua masuk 22 Julai tahun lepas. Eh!? Cemna boleh gua kata genap setaun.

HAHA!!

Ok sem 2 gua kan dah habis bulan 5 haritu. so genap lah setahun ye dok?

Sem 1 gua sukses! HOyeah bangga sat. Rasa macam menang award.
Sem 2 erk... Drop HUAA!! tapi bersyukur lah jugak dropnya takdalah teruk.. BLERGH!

Belajar kat UniKL MICET ni jangan pelik lah nampak macam kami ni pekerja kilang. HIKSS!!

Ini namanya lab coat

Memasing dengan Jaket Biru dan Lab Coat almaklumlah nak kerja dengan industri nanti.
yang paling syok nya kalau ke lab takkan berenggang dengan safety boots. Oh kami sayang benda ni.
LOL!
Safety boots ni agak menyusahkan jugak sebab berat. Lagipun campus kami ni kolej kediaman terletak diatas bukuit (bukit) so agak siksa jugak nak menapak sambil ber safety boots. 
Oh ya biasanya gegadis comel MICET akan pakai wedges manakala safety boots hanya pakai dikala betul2 nak masuk lab. Habis lab session keluar pakai wedges balik. OH COMEL!!

Dan untuk makluman MICET ada ramai gadis comel ok.

Ini namanya jaket BIRU
September ni bakal bermula lah tahun ke 2. Kenmain gua semangat!!
Hope boleh naikkan pointer HUA!!! T__T


Tips Shopping Online

Assalamualaikum....

Kenmain rajin lagi tangan nak naip entry memalam buta macam ni...

But the problem is. Nak naip pasal ape?
EKEKE!!

Shisha haram? DUH! gua bukan blog SEO.
Awek? DUH! Awek gua sibuk. LOL!

Ok got it! Tabiat shopping online!

Ok gua rasakan semenjak dua menjak ni la kan.. Gua kuat bebenau soping online. LOL!
Soping baju. Soping barang cantikkan muka. pergh! kenmain lagi macam harem....

Bukan ape lah kan bagi gua soping online ni boleh tahan gak lah! Ada barang murah compared to the market price of some item! Lepastu kalau soping online ni kita boleh jimat tenaga dari berjalan kat luar! Kahkahkah! Alasan orang pemalas memang macam ni. MEH! Patut la badan naik!

Kitab Terfaktab yang gua beli online! Woi gua ada 3 set! HAHA


Few tips kalau nak shopping online ni

1. Kenalpasti dahulu dengan siapa kita berurusan. Tengok rekod dia sebelum berurusan. Dimana korang boleh dapat ni? Korang senang tengok je komen-komen orang yang pernah beli dengan tuan kedai tu. Kalau ramai komen puas ati so why not teruskan.

2.Survey dahulu!!
Yup kita kena survey dahulu harga-harga yang ditawarkan oleh tuan kedai tu. Kalau ada kedai yang lagi murah, jangan lah pulak kalian bazirkan duit beli memahal! haha! ok! <-- masuk dalam tips berjimat!

3.Make a deal first!
Dimana korang kena lah whatsaapp or calling2 mesej2 ngan tuan kedai. tanya barang yang korang nak beli tu ada lagi tak. kang tak pasal duit korang dah bank in but then stok habis. Tak ke merana nak nunggu tuan kedai restock. Then confirm kan harga dulu, tanya include postage or not. Kang kena tambah duit lagi. Tak ke dah bazir masa.


Ok buat masa ni tu je tips yang aku selalu guna.

Shopping online ni ada baik ada buruk.
Buruknya bila korang dah ketagih semua benda kau nampak murah! Gojes sedangkan ~ ~...

Kawal nafsu dalam perbelanjaan. Kalau tak karang lari bajet. Dapur tak berasap laki larik. LOL! <- tadak kaitan ngan Acap Mushlim
Limitkan sikit wang keluar, biar wang dalam akaun berkepuk sikit. HAHA!!

Selamat selamat selamat soping online.

"Gua tengah pakai bedak tanaka beli online. Kenmain berkesan lagi. Jerawat surut!"-JarJam

Friday, July 19, 2013

Derita Merindu

Assalamualaikum.

Jangan salah anggap gua bukan mabuk. Gua sedaq ni! Waras. Tidak berada dibawah pengaruh alcohol, candu, opiat dan segala benda yang haram lagi memabukkan. Air ketum pun bukan!

Gua cuma B-O-S-A-N
Kau bayangkan. Bayangkan cepat sampai kuar awan2 daripada kepala korang.

Cuti bermula sejak bulan May haritu lagi! How SWEET!! Cuti secuti-cutinya.

Cuti pulak bukan sekejap. Bulan 5 sampai minggu ke 2 bulan September.
Sempat la untuk gua menggamit memori sambut raya genap 30 hari dekat rumah ni.
Kenmain lagi!!

Masalahnya cuti yang diberi oleh pihak UniKL yang sangat pemurah ni buat kami yang muda remaja ni rasa tepu, dan lampi. ERGH!

Rindu rindu rindu baq hang dekat campus gua! UniKL MICET!



Kenmain lagi kan rindu!

Ergh manusia. mana pernah puas.
Bila takda cuti mintak cuti (biasanya buat sendiri),
Bila cuti dicampak baru sekerat hari cuti dah mula nak blajaq baliq.

ERGH!

Ke gua je yang saited terlebih sampai rindu melambung-lambung ke campus gua?

Ekceli rindu dengan sahabat, kawan, lecturer, hostel. Dan paling dirindui sendiri SUASANA BELAJAR!!
Ok gua tau gua macam menggedik sikit.

Tapi yang syok nya cuti ni, pemberi sumbangan kami MARA sentiasa menghulurkan wang elaun seperti biasa.  (bukak buku sejarah form 5 kalau tak tau apa tu MARA)  ALHAMDULILLAH!
Tahu2 je kami ni nak beli pekakas raya, Dan yang lagi penting bayar duit Ostel dan insurans :)

Oh itu rindu pada campus.

Next rindu pada kekasih hati. Ohoi Che Ta
.
Awak! Saya janji ni janji... <---- stop tanak kena bash

Ok truth!

Awak! I miss u. Rasa macam dah seminggu tak contact. Lol!
Saya tau awak comel  Eh! terpuji lak. Saya tau awak tengah study, ngadap perangai lecturer awak, mengadap essaimen, mengadap puasa, mengadap test and quiz. Ok ngadap semuanya.
You have your own personal life. Tanak kacau sangat.

Tapi.. Mmmmmmmmmm
Saya nak cakap kat awak ni.
Study leklok. Bila nak buat cornflakes madu untuk saya lagi? bila nak kawin dengan saya?

Ah rasa sadis lak gua memalam ni. Puih..

Ok benaunya nunggu awak msj LOL!!
Bukan ape kalau saya start dulu kekadang awak dah nak capai bantal busuk. So saya kena hantuk kepala. haha!
Ok awak take care! Miss u.

Ngalahkan Che Ta tau gua blogging. LOL!!
Oh. Ini gua. Pesen gua sebenarnya. Manja terlebih. Sepakkan aje biau gua merasa. Gedik. Mengada!

"Adakala jantan-jantan pon nak kena manja, tak lebih sikit jer" - Jarjam


Wednesday, July 17, 2013

TheJimbits

Assalamualaikum..

Hehe haritu privatekan blog ni kekunun malas nak blogging.
Pastu ter-rindu lak kat blog ni.

Ok untuk makluman gua ada blog baru.
Bukan kat blogspot.com dah. Gua move on ke wordpress.

Sebabnya gua nak try gak wordpress.
Not bad cara nak edit blog segala bagai sangat mudah. Depends pada theme yang kita pilih. Blog baru gua ni gua tak rasa nak hias kenmain tiptop. Gua guna theme simple sedia ada jer..

Eh dari tadi kata blog baru blog baru, nama blog tak lak dibaginya

Ok ni nama blog baru gua. TheJimbits <--- Klik untuk terjah..



Kat blog TheJimbits ni gua rasa gua akan post bila terdetik hati nak mengarang. Kenmain lagi kan.

Untuk makluman gua tengah mengarang Cerpen. (Cerpen ape tah sampai ada part2)

Tajuk : Amukan Rimba

Ni list and link cerpen yang dah siap ditaip. (Cerpen bersiri !!!)

Amukan Rimba #1

Amukan Rimba #2

Amukan Rimba #3

Amukan Rimba 4 <-- tengah draft hikss!!

Cerpen ni gua buat pada puasa ke berapa tah. Baru lagi lah jugak.

Papepon need comments dari korang readers. Kekalau ada penulis novel berjaya ke ngomen pon ok gak. Cambah sikit ilmu kat otak gua ni!!

Ok tudia kekunun nak taip sikit je tapi tertaip panjang lak. Moga hepi2 selalu.
Kasi terjah!

Random Quote GBS