Peminat Setia

Thursday, September 12, 2013

Cerpen : Lewat Malam

Hamboi kenmain lagi kan gua bercerpen ni gua tulis pepanjang dah lama dah.. Cuma tak publish-publish je. Komen komen gua buat pembaikan lain hari!!

21 Ogos 2013 / 01:34



Lewat Malam by Jajam




Kantuk yang dirasakan sejak petang tadi seperti ditahan-tahan. Apakah ini yang dikatakan insomnia? Penyakit orang millennium katanya.Mana tidaknya laman sesawang untuk bersosial tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan, lepas satu yang baru akan timbul. Anak muda. Apa lagi yang digemari selain dari bersosial.

Aku masih mencari topik yang sesuai untuk diulas di susur masa (time line) Twitterku. Malam buta begini banyak mana sangatlah kawan-kawanku yang masih segar sepertiku? Boleh dibilang. Topik yang diutarakan oleh para pemikir yang sedang hangat bercinta sudah semestinya mengenai dendam rindu mereka terhadap pasangan. Ah!! Aku kutuk orang aku juga kadangkala rajin berpeleseran dengan ayat-ayat jiwang sedemikian. Bangga menunjukkan rasa cinta yang hakikatnya hanyalah mainan dunia.

Sesekali aku akan memfokuskan pembacaan ku terhadap cerita seram yang diceritakan para curator @SeramShit. Bagus pemuda-pemuda ini, berkongsi cerita seram bagi menggalakkan burung hantu bertubuh manusia supaya tidur awal. Tapi bukan semua cerita mereka seram, adakala ada curator yang menyampaikan cerita dengan sambil lewa. Penuh kehambaran lagi menggalakkan pemerhati mereka tertawa daripada terkencing.Tetapi kalau curator bijak mengolah cerita yang menulis sudah pasti ramai yang akan meremang bulu roma, memandang sekeliling lalu dengan perlahan menginjakkan kaki ke katil gebu.

Isu semasa tidak kurang dipamerkan di timeline hari ini. Ialah isu hangat tentang pinjaman pelajaran. Isu sebegini baik aku komen dengan komen yang tidak bias. Kalau pro kepada kerajaan aku di cop orang kaya, kalau pro kepada pembangkang aku di cop menderhaka. Ah akta yang menyusahkan.

Aku hilang seketika dari mengarang. Ralit menggiat diri dalam #PuisiPerabot, Ini menariknya malam hari dunia maya. Ada saja yang mencuit hati menarik minat. Resam hidup di Twitter yang ramai orang main tu lah yang sering diikut.
Ah itu dia si ayam kampung. Berkokok riang dipagi hari buat kali keberapa aku pon tak pasti. Jam dikilas, baru 2:43 pagi. Tenang dan dingin sahaja malam ini. 

Cengkerik berlagu riang.

Seketika terhenti penulisanku
Aku terdengar derapan kaki. Siapa pula yang masih belum tidur dalam rumah ini. Kalau ikutkan si Grey sudah semestinya dia yang pertama membuta. Sia Leman pula sudah pulang ke kampung halaman. Yang tinggal hanyalah aku dan Grey.
Takkan lah Grey membawa perempuan. Sesosial manapun dia dia tetap ingat dosa dan pahala. Dia dan kekasihnya pun tidak pernah kulihat seperti kucing mahu mengawan. Mereka biasa-biasa sahaja, sekadar duduk, lepak dan berborak kosong di campus.

Aku menapak keluar dengan perlahan.

Langkahku canggung, terjingkit-jingkit bagai pencuri mahu menyelinap. Mata liarku pula sentiasa bergerak mencari susuk tubuh empunya derapan kaki. Dihadapan bilikku kelihatan hanyalah samar-samar cahaya lampu dinding. Masih menggunakan mentol berkuasa 60 watt.

Bayang hitam melintas sekilas dihadapan mataku namun sempat ku tangkap.
Bayang itu panjang dan berekor.

Sial. Jahanam kau makhluk yang kubenci. Mengapa dimalam-malam ini barulah dia nak muncul. Ketika semua orang sedang lena dibuai mimpi baru lah kau datang. Siapa yang perlu ku kejut untuk menghalau makhluk itu? Grey sudah! Jangan harap lah jantan pemalas tu mahu bangun. Jikalau dikejut pon dia akan bercakap-cakap yang entah apa-apa dan kemudiannya akan menyambung tidur.

Dalam aku sibuk memerhati, satu aroma mula menusuk hidungku, aroma yang paling aku tidak gemar. Kehadiran aroma itu membangkitkan aura seriau. Pinggan mangkuk yang disusun diatas singki kedengaran seperti dipunggah.

Tak guna. Makhluk itu sudah mula buat kacau nampaknya. Penyapu didalam bilikku kugapai. Diperbuat dari secekak buluh halus pasti sakit kalau dihayun ke atas badan makhluk itu. Berani ya engkau datang ke rumahku dimalam hari begini. Kau tidak tahu aku sudah punya senjata untuk mengusirmu.

Aku mengumpul keberanian untuk menapak dengan perlahan kearah dapur. Pancaran kilat kelihatan diikuti dengan dentuman guruh yang menghentam gegendang telingaku. Ah sudah! Lampu pula terpadam, BLACK OUT.

Mujur aku sudah biasa bergelap ke dapur. Setibanya di dapur mataku mula ligat mencari kelibat makhluk itu. Aroma yang dibawa makhluk itu juga semakin kuat.
Zass.. Libasan daripada ekor makhluk itu kearah kakiku menyedarkanku dari lamunan. Tanpa sedikit perasaan culas aku menghentam penyapum, tetapi sayang batang penyapu itu hanya mengena lantai, tidak seperti yang diharapkan.

Satu gigitan hinggap dikakiku. Sial! Binatang ini bukan sembarangan. Bijak dan pantas mengambil kesempatan.

Aku kembali merenung sekeliling. Mataku tiba-tiba tumpah kepada mata makhluk itu. Dalam kegelapan malam masih kelihatan sinaran kejahatan makhluk itu. Dia berada di atas kabinet..

BAMMM!!!

Satu lagi hempasan yang tersasar mengenai muka kabinet tersebut. Adakah kerana perasaan gementar berdepan dengan makhluk ini membuatkan pukulanku tidak mengena? Atau skilku sebagai seorang pemukul dalam permainan bola lisut hanya akan datang dikala aku terkinja-kinja diatas padang botak berbentuk diamond?
Ah segala persoalan itu hanya menyesakkan dada. Matlamatku pada malam ini adalah untuk mengganyang makhluk itu sepuas hatiku. Dialog hati kutunda seketika. Nampaknya makhluk itu sudah meninggalkan rumah dengan cara menyusup tingkap yang rompong tidak ditutup.

Aku membuka pintu keluar mencari kelibat makhluk itu. Halaman belakang rumahku terang dek sinaran bulan dan kerdipan bintang, walaupun seketika tadi panahan kilat menyebabkan bekalan eletrik terputus.

Mataku melilau sekali lagi dan menjumpai binatang itu sedang tegak di sudut kiri rumahku. Dia sedang menyeringai menayangkan barisan taringnya sambil sesekali lidahnya terjelir.

Tanpa berlengah aku membuka langkah seribu. Mengejar makhluk itu sambil tangan kananku lincah cuba menghambat tengah belakang makhluk itu. Aku berkejarang dengan makhluk itu hingga ke bahagian hadapan rumah. Dia kemudiannya menuju ke luar pagar.

Ah aku tidak memikirkan apa pandangan anak bujang yang melepak di hadapan rumah. Walaupun aku sedar bahawa kain gombang yang dikenakan sudah sedikit terlondeh, aku meneruskan perjuangan bagi menghapuskan makhluk itu.

Dia kemudiannya melintas jalan. Aku menuruti sahaja langkahnya tanpa memandang kiri dan kanan. Tanpa ku duga kenderaan berat datang dari arah kanan menghentam badanku. Kepalaku terhantuk dijalanan. Pipiku tersiat bergesel dengan jalan raya yang kasar tidak berturap hampir dua tahun. Aku kaku. Tak dapat bergerak.

Hanya laungan sahaja yang dapat aku sampaikan ke seluruh alam. Makhluk yang ku kejar menoleh kebelakang lalu memandangku sepi sebelum meneruskan langkahnya. Mungkin makhluk itu berkata dihatinya bahawa ajalku sampai dahulu sebelumnya.
Pandangan kian kabur. Darah mengalir dengan deras. Kepalaku berat. Pening. Pipiku perih. Kaki ku sudah tidak kurasakan. Kebas. Adakah sudah sampainya ajalku Tuhan? Matikah aku sebentar nanti?

ZAAAAASSSS!!!!

Seperti libasan cemeti dari ekor pari kurasakan. Rupanya tali pinggang Grey menghentam punggungku. Aku mamai. Aku masih hidup?

“Kau dah kenapa mengigau sampai jatuh katil, siap terkencing lagi tu. Pengotor nama saja sudah 23 tahun tapi perangai masih macam budak pra-sekolah. Esok pagi aku tau kau mop satu lantai rumah ni.”marah Grey.

“Aku bermimpi? Mengigau? Tak logik sedangkan baru seketika tadi aku menghadap laptop aku. Mana KUCING tu aku nak bantai dia!” soalku kepada Grey.

“Kau ni dah kenapa. Dah gila agaknya, mana ada kucing kat dalam rumah ni. Tu lah kalau benci binatang pon biar berpada, jangan sampai nak pedajal binatang. Lagi satu lain kali sebelum tidur tu basuh kaki, kencing siap-siap. Takda lah bocor macam ni.”perli Grey.

Ya aku tersedar. Aku tercengang. Aku kemudiannya menguruskan apa yang patut.


Random Quote GBS