Peminat Setia

Sunday, October 27, 2013

Turun Naik

Assalamualaikum.

Eh dah pukul doblas. Gua update blog je mesti dah time orang tido. Dah takda orang nak baca blog gua ni.. ahahha.. Tak kesah but gua tahu ada jugak orang baca blog gua ni, walaupon secara silent.

Turun naik

Waddap bro turun naik ni....
SUMPAH TAKDA KAITAN NGAN BAJET 2014 bebaru ni..
Gua bukan orang yang minat ambil tahu pasal politik..
Gua hanya sekadar amik tahu..
LOL tapi tetap amik tahu. EH bahasa apa nih!

Gua nak citer yang gua punya hidup turun naik..
This week terlalu sibuk. Pagi lab habis lab direct test. Mostly
Nak buat cemana life as a student kan katakau!

Gua sangat sangat sangat tak berpuas hati dengan test Technical Math 3 gua!
Sumpah sedih.

Petang before test tu belajar dah. Dah paham dah method nak tackle soalan. Dah ingat step dah. Sekali masuk dewan soalan dia buat gua gigil beb!
Sepanjang gua duduk U ni tak penah amik test masa jawab menggigil.
Biasanya sekadar tak boleh jawab je.
Tapi kali ni gua tak tahu dia punya susah sampai gigil gua. *Mungkin gua je gigil sebab gua kurang stadi. LOL

Tu lah orang kata turun naik kehidupan. Bukan semua benda kita boleh buat. Bukan semua benda kita berjaya. Bukan semua benda kita kat atas.
Benda ni buat mata gua terbukak. Jangan riak. Jangan berbangga dengan apa yang kita ada. Jangan pernah bangga dengan benda yang pernah kita ada.

Mungkin selama ni gua lalai. Stadi memain. Tak fokus. Banyak mengeluh. Banyak beralasan.
So itulah hasilnya. Tuhan bagi sedas. Effect sampai masuk blog.

Takpe hidup tak semestinya smooth - Caklempong Husna
 Thanks kak husna. Sedarkan gua, bagi semangat kat gua. Akak selalu datang time gua tengah emosi. haha

Kalau kak usna baca post ni jangan nak kembang sangat. Dah elok dah kurus macam tu. Macam semut dah.. KAK HUSNA CUTE. TERIMA KASIH!

Tuhan jugak ajar gua hargai benda yang tak selalu ada. Terima kasih TUHAN :)

Saturday, October 19, 2013

Kenapa Budak Engine Kerja Melambak

Assalamualaikum

Hamboi tajuk nak promot dak engine le tu. RAWR!
EH Biar lah blog saya! Eh tapi kalau tak da readers tak guna ada blog <- Konflik dalaman

Ok kembali kepada tajuk gua ni..

Memang bak kata orang ni dak-dak engine ni suka buat kerja last minute. Ye ke tidak.. Sendiri mau hingat LALALA! Kerja kami ni banyak tu tak lah banyak sangat tapi macam time management tu 24 jam pon tak cukup. EH termengaku pulak

Tepek sejambak dua mawar merah

Ini desktop gua!! RAWR!

Hamboih todia naik penuh desktop kami naa! Dok berlari berkejaran berciciran berguguran segala benda. Tu pon gua rasa gua tak habis tulis lagi. Tolong jangan diskriminasi budak ENGINE! Kami ada alasan kami tersendiri. Kami bukan sengaja.

Kenapa Kami Banyak Kerja
Kami bukan nak bajet kami ni bagus. Kami banyak kerja sebab dalam seminggu kami ada tiga pat lab session yang perlu kami conduct. Compared to student that takes other major. Kebiasaannya dak-dak major lain akan ada assignment and tuto at the same week diorang pon assignment bukan setiap minggu . Tapi kalau kami, ada assignment, ada tuto, lab report. Kalau kami assignment tu kira ada lah setiap minggu jugak, sebab kami ada jugak subjek yang tak ada lab report misalnya pengajian Malaysia and etc but subjek macam ni lah yang memenuhkan ruangan assignment kami.

Ada Tambahan Lab Report Je Pun Boleh Settle Ape
Memang kami ada tambahan lab report je pun. Tu je kan. Tapi kami bukan boleh settlekan lab report tu sejurus kami keluar lab. Kami manusia perlu jugak rehat. Ingat tak penat ke duduk dalam lab tu. Each lab session may took 2-3 hours to be finished. Bukan nya lab macam sekolah dulu. Masuk daun dalam beaker tunggu berbuih record hypotesis, pemboleh ubah bagai. Lahai. Kami nyer lab report siap kena amik data tu tak tengok time interval record data tu berapa puluh minit baru record. Kalau macam tempat gua belajar ni, ada certain course yang kena amik data yang time interval dia menjangkau jam, Bukan minit lagi dah.

Tu tak tengok lak etika berpakaian kami dalam lab. Dalam lab engine biasanya akan ada safety regulation dia tersendiri. Kamu DIWAJIBKAN membawa Personal Protective Equipment kamu sendiri bersesuaian dengan subjek kamu kat lab tu. Dan paling kami benci ialah SAFETY BOOT. As I mentioned before this, safety boot tak digemari sebab berat dan menyakitkan kaki.

Biasanya habis lab memang kena bantai rehat lah dulu kan. Kalau cam den ni lagi teruk ada sesi lab yang kena kejar waktu. Memang rushing gila lah kan nak kesana kemari.

Kami Budak Engine Belajar Calculation Merapu
Yup memang ini yang kami rasa pun. Calculation jangan cakap lah mak hayam pon boleh terkincit tengok calculation kami. Orang kata calculation ni kena ingat formula je. Dah kalau formula tu pon kami tak paham cemna kami nak menggunakannya. Reason kami belajar calculation susah susah ni jarang kami temui dalam kelas, sebab biasanya guna time kat industri nanti.

For the time being i think ni je kut point kenapa kerja kami budak engineering agak melambak. Bukan malas. Bukan tak manage time. Haha. Apa kami boleh buat kan, kami dah pilih jalan hidup ni, so kami kena tabah menghadapi segala cabaran. Cabaran ni lah yang menguatkan kita.

Kalau kalian rasa point ni tak patut ada sila komen nyatakan sebab.
Kalau kalian rasa aada point tak cukup sila komen boleh gua add nanti <- Dak Engine Detected!!

Tuesday, October 15, 2013

Whats Up?

Assalamualaikum

Lama sungguh gua tak blogging. Kesian sangat kat taman dino gua ni, dulu selalu turun bagi makanan sekarang nak bukak seminggu sekali pon susah.. Bukak susah nak hupdate? Lagi lah susah sayangku.

Oh Lupa Salam Aidil Adha
*Amaran kepada yang mana ada darah tinggi tu beringat sikit jangan pantang jumpa daging, tulang segala benda taram HIKSS. -Pesanan khidmat masyarakat dari JarJarBinks..

Ok melalut

Tajuk entri kalini Whats Up?
So mesti orang semua dah dapat agak dah apa gua nak sembang malam ni..Semestinya pasal kehidupan bosan gua RAWR!!!
Banyak benda besar telah berlaku dalam awal semester gua, dengan masalah duduk luar dalam.. Dengan masalah eksiden *chewah*.. Dengan masalah kutukan #EH maaf!

Other big things yang agak memeranjatkan adalah

Gua telah dilantik menjadi Presiden Kelab Kebudayaan UniKL MICET yang kini telah dinaik taraf menjadi sebuah syarikat. Kenmain kerlas lagi kan kelab kebudayaan je pon terus upgrade jadi sebuah syarikat.

Pada awalnya takda rasa pon nak pikul tanggungjawab ni. Takda pengalaman lah katakan. Takut tanggungjawab pun ye jugak <-- penakut.

Jadi presiden ni banyak jugak rasanya ubah cara hidup gua.

1- Time management -masih tak berapa betul
2- Stress management -agak dapat dikawal
3- Kena jaga pergaulan dengan orang
4- Kena berkerja berpasukan -kena handle meeting, minta pendapat AJK tertinggi dan Exco

Semu tu gua rasa dah mula terbina dalam diri gua. Kena tukar pendapat, buat keputusan yang bijak, care about anak-anak buah. Alhamdulillah hope dapat pikul tanggung jawab ni sampai tamat tempoh.

Eh before sambung kisah hati gua yang lain nah ape kata kalau korang semua LIKE fanpage company kami. Irama Warisan Enterprise.

Caklempong performance, Seni Tarian tranditional and Contemporary, Acoustica, Theater< ini perkhidmatan yang kami tawarkan

Berminat hubungi kami seperti yang tertera dibawah ni :D
Ini details tentang contact person

Next

Semestinya nak bagitau pasal new subjek yang aku belajar.. haha
The best subjek ever bagi aku for this sem is basic engineering workshop.
Banyak sangat hands on activities kat workshop. Untuk sepanjang 5 minggu ni gua dah dapat mengendalikan welding. Mengenali jenis-jenis welding. Aih setakat cerita buat apa tepek sikit gambar..

Ini namanya Tungsten Inert Gas Welding
Next

Kisah bersama gadis-gadis kelas gua.. Kan macam lu orang semua tahu kelas gua biasanya gua sorang lelaki.. so macam heaven sikit lah aahhh ahhh!! mengerangggg~~ Tepek gambar sikit dengan awek-awek kilang sat lah


EH sikit-sikit je lah yer.. But why Nabilah Ali macam ikan tu??

Lepas ni gua akan fokus dengan test dan quiz segala bagai lah kot almaklum lah cuti midsem sekarang ni kan.. And ada lagi big upcoming event nanti.. Itu dah confirm gua update lah.. Kot-kot korang terkejut je nanti tengok gamba gua dah kawin *PROPANYA!!

Random Quote GBS