Peminat Setia

Thursday, August 27, 2015

Sambung Belajar

Assalamualaikum.
Gemonink.

Tajuk entri sambung belajar. Khas buat orang orang yang teringin nak sambung belajar kat luar sana. Sebenarnya bersebab aku tulis entry tajuk sambung belajar. Kalau tak memang tak la aku nak update blog.

Well sesiapa yang follow twitter aku ke insta ke gerenti tau yang aku tengah semangat nak sambung belajar ke peringkat ijazah. Sama course dengan yang pernah aku ambil masa aku diploma dahulu. Cuma bezanya IJAZAH laa bukan diploma cheh.
*bagi yang taatau aku nak belajar apa : Bachelor in Chemical Engineering Technology (Food) di UniKL MICET, Taboh Naning.

Biaq pi orang kata aku ni bodoh ke apa sebab habis belajo lambat sangat. Ye lah diploma 3 tahun degree nanti maybe 3 tahun atau lembap sikit 3 taun sengah kan. Ye lah kami yang amik diploma ni kurang keyakinan nak amik matrix well kami ni pemalu. ape aku merapik ni.

Ok back to track

This Sunday,

Aku akan register. Selamat bertemu selepas 2 minggu tak jejak tempat belajar tu haha.
Preparation tu macam biasa lah. Setel cepat2 senang takda masalah. Register pulak pergi sendiri. Bujang sangat!!!! KEN MAIN!

Mak Pak dok je kat kampung anakmu ni boleh register sendiri. Setakat MICET tu je takda menda lah aihh.. Sekangkang kera je pong!!

Orang mesti pertikaikan kenapa aku tak terus kerja sebab ekonomi kita la ni mana nak stabil sangat dengan ringgit jatuh la memacam. Aku bukan pakar ekonomi nak ulas lanjut pon lari jauh dengan bidang yang aku belajar. Keh!! Bak kata orang kalau bodoh tu simpan sikit tunjuk kat anak cucu je tayah tunjuk kat umum. Ken! Taknak la jadi GOOGLE bergerak merata tempat. Semua serba tau. Tatau buat cara tatau. Omelnyaaa ittew!!

Sambung Belajar!

First sebab target aku yang utama adalah nak dapat Master secepat mungkin dan nak jadi pensyarah atau food technologist laa kemon cliché kan jawapan ni.

Second who knows bak kata orang ekonomi makin teruk. Tapi kalau ekonomi meningkat pon aku yakin yuran pon gerenti bertambah. Yang sekarang ni punya yuran pon boleh buat banglo punya nilai inikan pulak akan datang.

Third aku nak sangat belajar sebanyak ilmu yang boleh. Belajar bukan ya aku tegaskan BELAJAR tak belajar takdo nyo dapat ilmu. Kalau kau membaca tu memang dapat ilmu tapi zaman sekarang kesahihannya boleh diragui. So walaupon aku belajar fokus satu bidang je tu pon kira ok sebab kalau diri tak mampu belajar banyak2 bidang jangan paksa. Tunggu je masa datang untuk belajar bidang lain. Kita adalah apa yang kita impikan. Ilmu Allah tu sangat luas jangan kedekut ilmu.

Tapi target utama aku adalah nak bangga kan ibu bapa aku. Aku nak anjakkan keluarga aku ke tahap yang lebih tinggi dalam masa yang sama bahagia. Siapa yang nak hidup kat bawah lama2. Kita ni macam pokok. Bila makin besar makin teringin la diri nak mencapai cahaya matahari. Kalau kita tak bersaing dengan orang lain mana kita nak capai cahaya matahari tu. So aku berharap dengan adanya ilmu sedikit sebanyak boleh la bantu ibu bapa aku. Ingin jadi orang berguna lah dan tidak membebankan senang cerita.

Tips Sambung Belajar:
*bagi adik2 yang tak pernah jejakkan kaki ke IPT

1. Tolong jangan culture shock
Sangat! aku harap sangat korang tolong lah elakkan dari tergolong dalam golongan culture shock bahaya wei! Aku boleh nampak keliling aku masa aku diploma. IPT bukan sekolah. LANGSUNG tak sama dengan sekolah menengah korang tak kira la asrama ke tak asrama. Asmara tu lain! OPPS!

2. Tolong pilih kawan
Bukan kau tak boleh kawan dengan semua orang. Tapi tolong lah anak2 oi. Jangan lah dengan orang yang kuat ponteng engkau berkawan nanti korang boleh terikut jejak diorang. Dapat2 bila sama umur. Tapi kalau kau jenis yang tetap pendirian kawan je la ngan diorang. Ubah sikit-sikit perangai diorang. Elakkan la join tabiat diorang kalau diorang ajak. TARBIAH kan je diorang kalau perlu. Kalau kita tak tolong depa sapa lagi nak tolong. Diri diorang sendiri kuat memonteng haha..

3. Jangan lupa ibu bapa
Memang betul kat IPT kau ada kawan tapi jangan pernah lupa IBU BAPA korang. Korang tau cari mak bapak korang bila duit tak ada. Bila kau putus cinta. Bila lect bagi kerja melambak. Tolong lah jangan semakkan kepala diorang dengan masalah kita contohnya FAIL EXAM. Bila kau ingat ibu bapa kau yang bersusah payah hantar korang sumpah boleh nangis. Hargai diorang. Bila korang down and korang rasa nak berenti dari apa yang korang buat then ko ingat mak bapak korang, for sure korang akan dapat semangat balik.

4. Betulkan niat
BELAJAR tu niat kau tolong tulis besar-besar dalam hati kepala nota semua yang ko boleh tulis tuliskan NIAT BELAJAR korang. Kenapa korang perlu belajar dan lain2... Bila niat dah lari memang la potensi kau tak nak belajar tu ada. Semua bergantung kepada niat. Kata nak ubah nasib nak bantu family lah kan. :D

5. Bersosial
Cipta kenangan dengan bersosial secara sihat. Elak permusuhan walaupun memang akan terjadi. Cuba aktif sikit dengan kelab ke sebab dia salah satu cara untuk korang release tension. Jangan lak aku suruh bersosial korang gi lepak Movida ke Mixx ke. Aku sumpah korang jadi batu nanti. Sosial secara sihat ya!! Bukan pergi ngandungkan anak orang. Haram jadah betul.Tujuan sosial juga untuk korang cipta memori ketika berada di kampus. Jangan la menyendiri sangat sampai yang kenal kau hantu2 sekitar blok asrama je!


Ah cukup lah tips ni. Aku pun baru belajar. Tak cukup ilmu lagi. Tapi ini apa yang aku dapat bagitau kepada yang baru first time jejak kaki ke IPT. Lain-lain nanti korang boleh belajar sendiri.

Maaf kalau kasar bahasa. Well im excited dah lama tak mengarang. Then bila mengarang dapat karang panjang panjang lak!

Wednesday, August 26, 2015

Matang!?!

Pergh fuhh fuuh
Sembur ridsect, Sembur Ambipur.
Jilake ni blog ke stor yang tak pernah dikemas..
Tetiba gua rindu nak mengarang kat blog. Lama betul aku tak ngarang kat sini. Last entry bulan 10 tahun lepas. Hamek hengko.
Tajuk entry kalini MATANG
JILAKE umo dah 20 tahun takkan tak matang-matang lagi,
Mustahil paling-paling pon engkorang dah matang secara paksa!!!
EH binatang apa matang secara paksa. Hengkorang pegi lah google sendiri kah3!!
Bila dah lama tak bukak blog, baca entry lama semua nya sengal gila, poyo!!
Zaman lepas spm apa lah sangat ilmu yang ada.
Bukan mudah nak dikatogerikan matang ni
Perangai engko, rupa engko, body language engko, ilmu engko, kawan engko dan macam-macam engko lagilah boleh menunjukkan kematangan engkorang.
Kekadang bila tengok muka dah kenmain serabut serabai serba serbi bulu ada, misai, janggut, jambang semua engkorang bela kekonon hamek inspirasi nak jadi Wak Doyok. Muka matang kay muka matang. Tapiiii engko tengok tu.. perangai merajuk kuat yang hamat. Ok terus cancel kata tak matang.
Ada orang tegur cuba jadi matang. Bagi aku tengok diri dulu matang tak matang. Ni kalau menegur sbab nak nampak macho nak nampak manly tu bukan matang ya dik siyes talk. Cara kau tegur orang tu pon bole tunjuk ko matang tak sekian.

Wednesday, February 04, 2015

Jawatan: Dipilih, Sukarela atau Paksaan

Assalamualaikum

Halo semuaa.
Ada orang baca ke tak ni ahaha

Ok terus mukadimah lah ye,
Kebanyakan student U ni biasanya part ada meeting bagi jawatan je semua kenmain samaada jadi tikus sesenyap mungkin atau jadi tukang kenakan orang. Dok suggest nama orang sahaja ye!!!

Kenmain

Be reasonable lah ye adik adik, semua dah besar dah masuk U dah pon bukan kat pra skolah lagi,
kalau ada satu sesi pelantikan jawatan tu tolong lah jangan aniaya kawan. Jika kita sahabat yang baik, hormati rakan kita tu, jika beliau betul betul layak dapat jawatan tu, based on responsibility, attitude why not suggest.

Ini tidak, muka muka kaki songlap duit, kaki tak buat kerja dan kaki yang tak pernah bekerja tu jugak lah korang pilih. Percayalah, jika seseorang itu memegang jawatan bukan kerana rasa tanggung jawab dan amanah hancur lah sesuatu sistem...

Simple je, korang tengok sekeliling pon boleh dapat,

Ok cari la contoh sendiri bukan tuding kat kerajaan jer, tengok institusi pendidikan korang pon boleh hahahha!! OPPSS sangat

So jika mencadang tu biarlah ada rasa percaya terhadap dicadang atas tanggung jawab yang bakal dipegang.

Yang memilih pula, jangan lah pulak kita senang makan kata kata hasutan orang dik oi. Muka hensem baik, muka sepai penagih, sedangkan artis muka hensem pon boleh jadi penagih so jangan pandang luaran saja dik. Yang mana kau rasa dapat menggetarkan hati ko tu lah korang pilih hakikatnya masak air pon tatau! HAHA!

Wednesday, January 28, 2015

Sorry Tak Melayan

Assalamualaikum

Ohh Sorry sorry wahai adik2 yang pernah cari info pasal course di UniKL MICET.
Tak layan blog sepanjang study *tak teringat pon yang pernah ada blog hahaha!! Sorry ye

Kalau ada soalan berkenaan course baik korang semua boleh PM di fb aku,
search je Muhamad Jajam :D!!!

Sorry short update je malam ni sebab baru lepas balik makan2 well
My sister dapat mengajar dekat Sarawak so my mum memang sibuk dan merisauinya punnn adohai.
Takpo tunggu turn den fly obersea lak ye mak!! *Kalau dapat hahaha!!


Monday, January 26, 2015

Bazingga!!!!

Assalamualaikum

2 tahun aku tak bukak blog ni
Ni baru terdetik nak bukak
Apa cita readers semua, ada ke lagi reader haahaa

Sorilah semua
Baru ada masa free
*padahal ada je masa free noobs!

Ok latest update, aku baru je habiskan sesi belajar sepanjang diploma alhamdulillah result tu boleh la ringankan beban mak ayah, tunggu praktikal je ni haha!

Praktikal untuk diploma ni aku pilih untuk sambung buat CHASEP - halal executive program lah senang cerita.
3 bulan belajar teori then barulah 3 bulan lagi buat praktikal.
Teori tu dekat UniKL tercinta gua yaitu UniKL MICET

Aku dak dak overly attached kat MICET ni
Kau kutuk MICET aku sepak
*tapi kalau kau kutuk benda yang betul aku join!! KAH3!!!

Ok tu jelah untuk kalini doakan aku lebih istiqamah untuk blogging haha! MUAH CIKED!!!

Random Quote GBS